• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Brazil Masuk Semula Kalendar MotoGP 2022!

Brazil Masuk Semula Kalendar MotoGP 2022!

October 11, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


KEJUARAAN Dunia MotoGP akan kembali ke bumi Brazil buat kali pertama sejak 2004 selepas litar Rio Motorpark disahkan masuk dalam kalendar MotoGP 2022.

Negara Amerika Selatan itu pernah menganjurkan MotoGP hampir sedekad antara 1995 dan 2004 di litar Jacarepagua di Rio e Janeiro.

Namun venue itu, yang turut menganjurkan Formula Satu (F1) (sebelum kembali semula ke Interlagos Sao Paulo), ia digunakan pula untuk Sukan Olimpik 2016 di Rio. Kemudian, perhatian beralih pula kepada pembinaan venue baharu di daerah Deodoro.

BACA >>> Litar KymiRing di Finland Siap Sepenuhnya, Akan Masuk Kalendar MotoGP 2020!

rio-motorpark-1
rio-motorpark-2

Ironinya, Deodoro yang terletak di barat laut Rio, juga salah satu daripada empat kawasan yang digunakan sebagai venue Sukan Olimpik. Dan kini litar Rio Motorpark dibina di sebelahnya. F1 juga dipercayai memeterai perjanjian untuk memulakan perlumbaan menjelang 2022 nanti.

Datuk Bandar Rio de Janeiro, Marcelo Crivella berkata, pembinaan venue tidak melibatkan dana Kerajaan kerana projek jutaan dolar itu sudah dilaburkan dalam Rio Motorsport.

BACA >>> Indonesia Bakal Masuk Kalendar MotoGP 2021, Litar Baharu Akan Dibina di Lombok

"Pembinaan litar Deodoro ialah projek hebat dengan pelaburan luar biasa yang akan menjana 7,000 pekerjaan dan mengembalikan peranan utama Rio dalam pertandingan besar. Kami akan membawa pembangunan ke bandar dengan banyak keperluan dan merangsang pelancongan," katanya.

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, GP Brazil, Litar Brazil, Marcelo Crivella, MotoGP, MotoGP 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my