DAIHATSU Motor Co Ltd (Daihatsu) enggan mengulas mengenai kerjasama pengeluar itu dengan DreamEDGE Sdn Bhd (DreamEDGE) dalam pembangunan kereta nasional ketiga Malaysia.
Presiden Daihatsu, Soichiro Okudaira berkata, perkembangan dan maklumat mengenai projek kereta nasional Malaysia, yang diumumkan Jun lalu, hanya akan didedahkan pada masa yang sesuai nanti.
“Kami tidak dapat kongsikan sebarang maklumat mengenai kereta nasional ketiga kerana perbincangan baru saja bermula dengan DreamEDGE," katanya ketika ditemui di Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, hari ini.
Malah, Okudaira turut mengambil pendirian tutup mulut mengenai teknologi yang bakal digunakan kereta nasional itu.
Jelasnya, Daihatsu akan memberikan kerjasama buat Kerajaan Malaysia dan pihak berkepentingan untuk tidak mendedahkan sebarang maklumat buat masa sekarang.
Pada Ogos lalu, Kerajaan melantik DreamEDGE sebagai syarikat yang bertanggungjawab membangunkan kereta nasional ketiga Malaysia dengan sokongan teknologi daripada Daihatsu.
Kereta tempatan baharu itu dilaporkan adalah model sedan segmen C dengan teknologi hibrid, manakala prototaip pertama dijangka diumumkan Mac tahun depan sebelum disusuli model sebenar menjelang 2021. Projek ini juga mendapat geran R&D Kerajaan.
BACA >>> Model Pertama Kereta Nasional Baharu Akan Lancar Mac 2021, Sedan Segmen-C Hibrid?
BACA >>> Menteri: Prototaip Projek Kereta Nasional Ketiga Akan Guna Geran R&D Kerajaan
Amir hamzah bin abdullah Amir says
Perodua Alza ne klu pasang enjin fr lebih baik dari enjin ff sebab Malaysia banyak bukit beban belakang dapat di kurangkan berbanding enjin ff beban belakang menjadi lebihan..di hadapan.