• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tan Chong Buka Kilang Subaru di Thailand, Subaru Forester Jadi Model Pertama Dipasang

Tan Chong Buka Kilang Subaru di Thailand, Subaru Forester Jadi Model Pertama Dipasang

April 24, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

137
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAN Chong International Limited (TCIL) membuka kilang pemasangan Subaru pertama Asia  di luar Jepun, berlokasi di Ladkrabang, Bangkok, Thailand. Kemudahan dengan keluasan 100,000 kaki persegi itu memulakan operasi pada Mac lalu dengan nilai pelaburan 5 bilion baht (RM646 juta).

Tan Chong Subaru Automotive (Thailand) Limited (TCSAT) ialah usahasama antara TCIL yang tersenarai di Hong Kong dan Subaru Corporation Japan. TCSAT memiliki saham syarikat itu sebanyak 74.9 peratus, manakala selebihnya milik Subaru Corporation (25.1 peratus).

Pada masa ini, kilang tersebut memasangkan Subaru Forester generasi kelima untuk pasaran Thailand, Malaysia, Vietnam dan Kemboja. Forester yang dipasang ialah versi pemanduan kiri (LHD), manakala pemanduan kanan (RHD) akan memulakan pemasangan pada Mei depan. Bagi pasaran Malaysia, Forester baharu akan dibawa dari Thailand.

BACA >>> 13 Fakta Pantas - Subaru Forester (2019) dengan Teknologi EyeSight®, di Malaysia Tahun Depan

KAPASITI 100,000 UNIT SETAHUN

KILANG SUBARU THAILAND_5
KILANG SUBARU THAILAND_4
KILANG SUBARU THAILAND_2

Kilang tersebut mampu memasang hingga empat model, dan sebanyak 6,000 unit Forester akan dikeluarkan untuk tahun pertama sebelum kapasiti pengeluaran ditingkatkan kepada 10,000 unit, tahun depan. Kilang ketiga Subaru di dunia selepas Jepun dan Amerika Syarikat itu mampu mencapai kapasiti pengeluaran hingga 100,000 unit setahun bagi memenuhi keperluan rantau Asean.

Timbalan Pengerusi dan Pengarah Urusan TCIL, Glen Tan berkata, pemasangan kereta Subaru di Thailand ialah batu loncatan buat TCIL. 

“Hubungan strategik jangka masa panjang ini membolehkan kami menguruskan rantaian bekalan, meluaskan lagi barisan produk dan pemasangan tempatan lebih baik serta mengurangkan kebergantungan bekalan dari Jepun.

“Usaha ini mampu membuatkan kami bertindak cepat bagi memenuhi permintaan pelanggan rantau ini dan luar rantau,” katanya.

KUALITI SETANDING JEPUN

Tidak kompromi dengan kualiti, TCSAT memastikan standard pengeluaran dan proses pemasangan mematuhi kualiti sama seperti Jepun. Selain itu, robotik berprestasi tinggi digunakan pada beberapa peringkat proses pemasangan untuk memastikan kualiti dan sifar kecacatan.

Kebanyakan komponen, seperti panel badan dari Jepun dan lain-lain, diambil daripada vendor tempatan dan antarabangsa. Bagi memenuhi Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (AFTA), 40 peratus komponen ialah menggunakan sumber daripada negara rantau.

BACA >>> #Videotomotif: Subaru Forester STI - Wagon Famili yang Mampu Beraksi Atas Trek

GALERI

Related

137
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ASEAN, Auto Terkini, Glen Tan, Kilang Subaru, Kilang Subaru Thailand, Subaru, subaru malaysia, Subaru Motor Corporation, Tan Chong International Limited (TCIL), Tan Chong Subaru Automotive (Thailand) Limited (TCSAT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev