Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»9 Fakta Pantas: Range Rover Evoque (2020) Lancar di Malaysia Awal Jun Ini!
Auto Terkini

9 Fakta Pantas: Range Rover Evoque (2020) Lancar di Malaysia Awal Jun Ini!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JAGUAR Land Rover Malaysia bakal melancarkan Range Rover Evoque (2020) pada awal Jun depan dengan bahasa rekabentuk baharu yang dilengkapkan teknologi bantuan pemandu termaju dan sistem kepintaran buatan (AI) terkini.

Berikut pembaharuan ditawarkan Range Rover Evoque (2020):

1. Rekabentuk model asal Evoque dapat dikesan menerusi siluet coupe. Model baharu itu kini didatangkan dengan lampu depan dan belakang LED tirus. Hendal pintu akan dikeluarkan automatik apabila kunci pintu dibuka, seperti model Velar.

2. Teknologi cermin pandang belakang pintar, dinamakan ClearSight Rear View Mirror (CSRVM) menggunakan skrin video definisi tinggi (HD) dengan sentuhan buatng. Paparan dari kamera hadap belakang akan dipaparkan terus pada cermin, dan pemandu dapat terus memantau situasi belakang kereta tanpa halangan objek seperti penumpang belakang dan barang besar.

CSRVM juga menawarkan sudut pandang 50º menggunakan kamera atas cermin belakang dan turut memberikan kualiti kejelasan yang baik dalam kondisi pencahayaan rendah.

3. Evoque (2020) juga model pertama Land Rover yang menggunakan algoritmen AI Smart Settings untuk mempelajari kecenderungan pemandu. Sistem kemudian akan mempersiapkan ciri kabin mengikut kecenderungan tersebut. Sistem akan cuba mengenal pasti ragam pemandu menerusi fob kunci dan telefon pintar sebelum berfungsi melaraskan kerusi dan posisi stereng. Tetapan itu membenarkan lapan profil didaftarkan.

Selepas beberapa perjalanan, Evoque akan menyimpan tetapan suhu pilihan pemandu, termasuk mainan media dan nombor panggilan yang biasa dihubungi mengikut masa atau hari sepanjang minggu tersebut.

4. Kabin Evoque (2020) didatangkan dengan sistem infotainment  Land Rover InControl ® Touch Pro Duo yang menggabungkan skrin sentuh HD 10 inci dan paparan pemandu 12.3 inci di sebalik stereng.

5. Evoque (2020) juga menawarkan ruang but seluas 1,383 liter apabila kerusi barisan kedua dilipat dengan nisbah 40:20:40.

6. Ciri keselamatan baharu, Bantuan Kekal Lorong (LKA) membantu pemandu kekal dalam laluan betul dengan sokongan sistem bantuan pengendalian stereng.

7. Tambahan teknologi lain ialah Pemantau Kondisi Pemandu (DCM) yang menggunakan input stereng untuk mengesan aksi seperti  senggukan, dan pergerakan tidak linear yang menunjukkan pemandu sedang dalam keletihan sebelum amaran audio dan visual dikeluarkan pada kluster instrumen.

8. Evoque (2020) baharu menawarkan enjin petrol 2.0L Turbo Ingenium baharu yang menawarkan respons pantas kepada input terotel dengan transmisi automatik 9-kelajuan.

9. Semua model Jaguar Land Rover didatangkan dengan pakej program ‘Land Rover Care’ berserta waranti 5 tahun atau perbatuan 150,000km, servis 5 tahun (atau 65,000km) dan bantuan jalanan 3 tahun.

BACA >>> 7 Fakta Pantas | Range Rover Velar Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM529k
BACA >>> 10 Fakta Pantas: BMW 840i Gran Coupé M Sport Lancar Secara Virtual di Malaysia, Harga RM968k

GALERI
Jaguar Land Rover Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Range Rover Evoque Range Rover Evoque (2020) Roda4 Smart Settings SUV SUV kompak SUV kompak mewah
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 – Buat Kali Pertama Dengan Empat Pintu

    28/07/2026
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.