Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»8 Hours of Sepang: Hafizh, Morbidelli dan van der Mark Galas Cabaran Pasukan Tuan Rumah
Auto Terkini

8 Hours of Sepang: Hafizh, Morbidelli dan van der Mark Galas Cabaran Pasukan Tuan Rumah

AryonBy Aryon15/12/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PASUKAN Sepang Racing Team (SRT) mengumumkan barisan pelumba untuk perlumbaan Kejuaraan Dunia Enduran FIM 8 Hours Sepang (EWC) bermula 13 hingga 15 Disember ini.

Pelumba SRT terdiri daripada pelumba MotoGP Petronas Yamaha SRT dan bekas juara Moto2, Franco Morbidelli, pemenang pelbagai kejohanan 8 Hours Suzuka, Michael van der Mark dan pelumba tempatan Hafizh Syahrin. Masing-masing akan berlumba dengan jentera Yamaha YZF-R1 sebagai wakil pasukan tuan rumah.

Walaupun kali pertama berlumba dalam kejuaraan enduran, tetapi dengan sokongan bekas Juara Kejohanan Enduran Dunia daripada Yamaha Austria Racing Team (YART), pasukan SRT komited bekerja keras untuk mengungguli saingan kejohanan enduran yang julung kali diadakan itu.

BACA >>> Pasukan Lumba Motosikal Pertama Anak Malaysia, Satu HATI.Honda Team Asia Sertai Suzuka 8 Hours

Melihat rekod Morbidelli dalam aksi MotoGP, kepantasan pelumba Itali itu memang tidak dapat dinafikan walaupun EWC ialah penampilan sulungnya dalam perlumbaan enduran. Lagipun beliau juga sudah biasa dengan trek Sepang dan jentera YZF-R1.

“Saya pernah berlatih dengan YZF-R1 sebelum ini, jadi sudah ada idea tentang apa yang boleh dijangka, tapi saya pasti superbike enduran akan berbeza,” kata Morbidelli.

Sementara itu kehadiran pelumba Belanda, van der Mark menambah lagi kehebatan pasukan itu. Ini kerana beliau bukan saja pernah menjadi juara perlumbaan Yamaha World Superbike, tetapi juga salah seorang pelumba paling berjaya dalam sejarah perlumbaan Suzuka 8 Hours.

Sebagai pemenang empat kali dalam perlumbaan berprestij itu, daya tahan tahan van der Mark memang tidak perlu dipertikaikan.

BACA >>> Honda Perkenal Fireblade SP Custom Concept – Motor Lumba Replika 8 Hours Suzuka

“Saya akan buat terbaik untuk bantu pasukan dengan pengalaman dimiliki, kerana kita berjuang untuk capai kejayaan. Kita ada pasukan yang kuat, tapi kita juga perlu bijak dan konsisten, kerana pasti matlamat akhirnya adalah kemenangan di tempat sendiri,” katanya.

Pelumba tempatan, Hafizh pun tidak asing dengan trek Sepang, dan pernah beraksi  dalam banyak perlumbaan pelbagai kelas.

“Saya memang tidak sabar untuk menyertai perlumbaan ini. Ini bukan perlumbaan enduran pertama saya kerana saya pernah berlumba dalam Suzuka 8 Hours sebelum ini, tapi pasti berbeza kali ini apabila berlumba di tempat sendiri,” katanya.

Sementara itu Ketua Pasukan SRT, Datuk Razlan Razali mengakui teruja dengan penyertaan pasukan lumbanya dalam saingan 8 Hours Sepang buat kali pertama.  Menurutnya, ini juga cara terbaik untuk menyokong kempen ‘Melawat Malaysia 2020’.

BACA >>> Penunggang Malaysia Capai Misi Enduran Iron Butt 1,609km dengan Modenas RS200

Beliau turut bekerjasama dengan Tourism Malaysia sebagai sebahagian kempen ‘Visit Truly Asia Malaysia 2020′, acara perlumbaan ini akan memanfaatkan hashtag #RoadToMalaysia bagi menyokong inisiatif berkenaan.

SUMBER: Bernama

8 Hours Sepang 8 Hours Sepang FIM Endurance World Championship (EWC) Auto Terkini Datuk Razlan Razali franco morbidelli Hafizh Syahrin Kejuaraan Dunia Enduran FIM 8 Hours Sepang (EWC) Michael van der Mark Visit Truly Asia Malaysia 2020
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LEPAS Tampil Strategi Jenama Berteraskan Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    17/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Acara KLSCFM batal sempena Aidilfitri 2026
    Auto Terkini

    KL Car Free Morning (KLCFM) Batal 22, 29 Mac Ini Sempena Cuti Raya

    17/03/2026
    Anthony Loke Siew Fook
    Auto Terkini

    MOT Perkenal Garis Panduan Baharu Kenderaan ‘De-Controlled’, Pikap

    17/03/2026

    1 Comment

    1. Brandster on 12/09/2019 16:27

      GO GO GO Srt team…

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.