Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»8 Fakta Pantas – Peugeot 308 THP Baharu Diperkenal, Versi Facelift yang Lebih Umpph
Roda4

8 Fakta Pantas – Peugeot 308 THP Baharu Diperkenal, Versi Facelift yang Lebih Umpph

Han OthmanBy Han Othman24/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDAR rasmi Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn Bhd memperkenalkan 308 THP baharu kepada pelanggan Malaysia sempena acara Peugeot’s Motion & Emotion Roadshow di Pusat Beli Belah 1 Utama. Model kompak hatchback baharu itu kali ini tampil dengan rekabentuk bergaya, kejuruteraan cemerlang dan kepuasan pemanduan tulen yang pasti menjanjikan keseronokan buat pemandu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Kumpulan Automotif Naza Corporation Holdings, Dato’ Samson Anand George berkata, 308 THP baharu jelas menyerlahkan ciri dan fungsi Eropah selain menjadi varian dipertingkat untuk model Peugeot paling laris di Malaysia.

“Ia direka untuk pembeli Malaysia yang karismatik. Kami percaya 308 THP baharu akan jadi salah satu model paling laris bersama SUV 3008,” katanya.

Berikut 8 fakta pantas yang perlu anda tahu tentang Peugeot 308 THP baharu:

1. Menampilkan bahasa rekabentuk Peugeot terkini dan rupa baharu dinamik dengan bampar depan, bonet dan gril radiator direka semula, disatukan bersama lencana ikonik Peugeot Lion.

2. Ruang kabin juga tampak bergaya dengan rekabentuk papan pemuka ergonomik Peugeot i-Cockpit yang direka untuk keselamatan dan keselamatan bersama roda stereng kompak dan skrin sentuh definisi tinggi (HD) 9.6 inci, serta paparan dongak (HUD) yang diletakkan pada paras optimum pandangan mata pemandu. Konsol tengah juga ditinggikan.

3. Menawarkan ciri konektiviti termaju seperti Mirrorlink, Android Auto dan Apple CarPlay untuk dihubungkan dengan telefon pintar anda mengikut jenis sistem operasi (OS). Sebagai tambahan, kamera undur 180º dipasangkan dengan fungsi zum automatik untuk memudahkan kerja memarkir dan mengundur kenderaan.

4. Berbanding model pra-facelift, profil 308 THP baharu ini lebih bersegi dan lebih responsif. Enjin 1.6L THP dipadankan bersama transmisi automatik 6-kelajuan dengan teknologi Quickshift. Hasilnya ialah tambahan kuasa 14hp berbanding model pra-facelift dengan output 165hp @ 6,000rpm dan tork 240Nm @ 1,400rpm.

5. Kelajuan maksimum yang mampu dicapai ialah 211kmj, dan pada masa sama masih mampu menawarkan jarak perjalanan terbaik iaitu 800km untuk sekali isian penuh. Lagi? Ada juga mod Sport untuk mereka yang berjiwa kelajuan.

6. Aspek keselamatan dan keselesaan turut dipertingkat. Model baharu ini 140kg lebih ringan, lebih kompak dan kukuh dengan pusat graviti (CoG) rendah berbanding model terdahulu, sekali gus menambah kestabilan jentera.

7. Pakej keselamatan terdiri daripada:

  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • Program Stabiliti Elektronik (ESP)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)

8. Ada 5 warna ditawarkan: Pearl White (putih), Ultimate Red (merah), Artense Grey (kelabu), Magnetic Blue (biru) dan Nera Black (hitam).


TAWARAN HEBAT, MASA TERHAD!

Anda boleh menyaksikan sendiri 308 THP baharu bermula hari ini hingga 28 Oktober nanti di 1 Utama New Wing bersama model Peugeot lain seperti 308 GTi baharu, SUV 3008, SUV 5008 dan 208 Puretech. Acara Peugeot’s Motion & Emotion Roadshow turut mengadakan kempen hujung tahun ‘Year-End Autovaganza Campaign’ dengan menawarkan jualan dan penjimatan hebat hingga lebih RM12,000. Jualan masa terhad itu melibatkan model seperti:

  • Peugeot 308 THP baharu – RM 129,888
  • Peugeot 3008 SUV – RM141,888.
  • Peugeot 5008 – RM172,888 dan
  • Peugeot 208 Puretech – RM86,888.

Peminat Peugeot juga boleh menikmati acara Peugeot’s Motion & Emotion Roadshow di tingkat bawah (ground floor), High Street, Pusat Beli-Belah 1 Utama. Nikmati segera tawaran hebat ini yang hanya ada pada acara ini dan jangan lupa pandu uji model Peugeot kegemaran anda.

Setiap model Peugeot ditawarkan waranti 5 tahun atau perbatuan 120,000km bersama servis jalanan 24 jam – 24-hour Peugeot Assistance dan akses istimewa ke SkyLounge by Naza di Subang Skypark. Sebarang maklumat lanjut sila layari www.peugeot.com.my.

GALERI
Dato' Samson Anand George kompak hatchback Nasim Sdn Bhd Peugeot Peugeot 308 THP Peugeot 308 THP Facelift Peugeot Lion Peugeot’s Motion & Emotion Roadshow Pusat Beli Belah 1 Utama Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

15/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.