Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»8 Benda Baharu Ada Pada Kawasaki Z900, Z900 SE (CKD) Keluaran Kilang Modenas
Auto Terkini

8 Benda Baharu Ada Pada Kawasaki Z900, Z900 SE (CKD) Keluaran Kilang Modenas

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


EDARAN Modenas (EMOS) mengumumkan tawaran dua siri model motosikal Kawasaki berkapasiti tinggi ke pasaran tempatan iaitu Kawasaki Z900 dan Z900 SE.

Dua model tersebut merupakan produk pemasangan tempatan (CKD) di kilang Modenas di Gurun, Kedah tetapi masih menggunakan lencana asal Kawasaki.

WARNA & HARGA

Setiap model ditawarkan dengan pilihan warna baharu dengan harga seperti berikut:

Kawasaki Z900

  • Metallic Matte Graphenesteel Grey (kelabu) – RM44,900
  • Metallic Spark Black (hitam) – RM43,900

Kawasaki Z900 SE

  • Candy Lime Green (hijau) – RM55,900

EMOS ialah anak syarikat Modenas yang dilantik selaku pengedar rasmi jenama Kawasaki untuk pasaran domestik.

BACA >>> Modenas Ninja Bakal Jadi Kenyataan, EMOS Sah Pengedar Rasmi Kawasaki di Malaysia!

8 PERKARA BAHARU ADA PADA Z900, Z900 SE (2023)

1. ENJIN

  • Enjin menepati standard piawaian Euro5 untuk pelepasan emisi lebih bersih pada masa sama mengekalkan output kuasa dan nikmat tunggangan seperti model sebelum ini.
  • Kawasaki Z900 (2023) dan Z900 SE berkongsi enjin sama iaitu 4-lejang 4-silinder sebaris 948cc DOHC 16-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
  • Enjin itu menawarkan output kuasa 123.6hp @ 9,500rpm dan tork 98.6Nm @ 7,700rpm. Sistem transmisi masih klac manual 6-kelajuan.

2. FREM

  • Frem lebih kukuh. Ada penambahbaikan dilakukan pada frem untuk menambah kekuatan pada swingarm dan bahagian pivot.

3. TAYAR

  • Tayar baharu jenama Dunlop Sportmax Roadsport 2 untuk menambah baik karakter tunggangan khususnya kualiti kawalan.

4. SISTEM KTRC

  • Kawalan Cengkaman Kawasaki (Kawasaki Traction Control, KTRC) dengan tiga mode pilihan untuk membantu mengekalkan kestabilan jentera di atas pelbagai permukaan jalan atau mengikut citarasa penunggang.
  • Mode 1 dan 2 sesuai untuk menikmati daya pecutan maksimum di atas permukaan tidak licin manakala Mode 3 sesuai diaktifkan di permukaan licin dan menambah baik kestabilan tunggangan.

5. EVOLUSI REKAAN

  • Gayaan baharu (evolusi) Z Sugomi. Lampu utama LED siri Z900 kini lebih tajam dan bersaiz kompak.
  • Panel baharu membabitkan fairing, penutup tangki minyak, kowl enjin dengan swingarm rona perak yang lebih kompak.

6. MODE KUASA

  • Pilihan Mode Kuasa. Penunggang kini boleh pilih mode tunggangan sama ada Sport, Road dan Rain. Selain itu, ada pilihan tetapan manual untuk penunggang (Rider).

7. INSTRUMEN METER

  • Boleh tukar latar warna skrin meter TFT. Skrin meter digital penuh 4.3 inci boleh diubah warna latar sama ada putih atau hitam ikut selera penunggang.
  • Sambungan telefon pintar boleh dibuat menggunakan aplikasi Kawasaki Rideology.

8. Z900 SE DAPAT KOMPONEN BONUS

  • Model Z900 SE menerima fork depan 41mm Showa dan sistem monoshock Ohlins S46 boleh laras.
  • Kaliper brek hadapan jenis Brembo M4.32 4-piston (depan) dengan master-cylinder Nissin.

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata:

Ini merupakan model Kawasaki berkapasiti tinggi yang pertama dipasang siap di kilang Modenas di Gurun, Kedah. Syarikat amat berbangga diatas kebolehupayaan pekerja kami dalam memasang serta menguji motosikal Kawasaki ini berpandukan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.”

“Bukan itu sahaja, malah ujian akhir prestasi enjin turut disempurnakan di mesin test bench Kawasaki yang pertama di Asia Tenggara yang kini berada di kilang kami.”

autoterkini Edaran Modenas (EMOS) Kawasaki Z900 (2023) CKD Kawasaki Z900 SE (2023) CKD roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.