Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Tayar Pecah Ketika Memandu? 7 Tindakan Ini Mampu Selamatkan Nyawa
Autotainment

#ApaNakBuat: Tayar Pecah Ketika Memandu? 7 Tindakan Ini Mampu Selamatkan Nyawa

Han OthmanBy Han Othman07/12/20255 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pemandu panik ketika tayar pecah

BANYAK perkara boleh berlaku tanpa dijangka ketika memandu. Antara paling menakutkan ialah situasi tayar pecah ketika memandu, terutama apabila sedang memecut. Masalahnya sekarang, kita tidak tahu bagaimana mahu mengawal kereta yang meliar ke kiri dan ke kanan.

Seperti biasa, mencegah lebih baik daripada mengubati. Ingat, tayar tidak mudah pecah tanpa sebarang sebab konkrit. Jadi, penyenggaraan betul dan pemeriksaan berkala ke atas tekanan angin dapat mengurangkan risiko insiden tayar pecah dan meletup. Jangan lupa pula periksa tayar simpanan di belakang but.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kedalaman Bunga Tayar Sangat Penting?

Jangan Sesuka Hati Beli Tayar Terpakai

Jika tayar rosak walaupun cuma terlanggar tebing jalan (kaki lima) atau pembahagi jalan, pemeriksaan pakar tetap perlu dilakukan bagi mengetahui sama ada tayar berkenaan masih boleh digunakan ataupun perlu segera diganti baharu.

Ini juga alasan terbaik supaya kita tidak sesuka hati membeli tayar terpakai, kononnya lebih jimat. Sebab apa? Sebabnya, kita sendiri tidak tahu apakah kejanggalan atau kerosakan sebenar yang berlaku ke atas tayar berkenaan? Adakah kita periksa tentang tarikh luput tayar terpakai itu?

Reaksi melampau mungkin menyebabkan kereta kita berpusing tanpa kawalan, berubah haluan memasuki laluan sesak atau bertentangan arus, menghentam pembahagi jalan dan seterusnya bergolek. Harus diingat, peluang terselamat lebih tinggi jika kita memakai tali keledar. Kalau tidak jadilah macam pemandu di bawah ini:


Jadi, jika tayar pecah ketika memandu, berikut tujuh tip yang perlu anda lakukan:

1. Kawal Diri, Jangan Tekan Pedal Minyak

pemandu-panik-pandulajudotcomdotmy
Memang susah, tetapi itulah langkah pertama. Bawa bertenang dan cuba kawal diri. Tayar kereta kita akan mula membelok dan bergegar, tetapi kereta kita sebenarnya masih kekal seimbang. Kekalkan kaki pada posisi pedal sedia ada. Jangan sesekali menekan pendikit atau brek!

BACA >>> #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat?

Ini kerana apabila brek ditekan mengejut, tayar akan mula terkunci (tidak dapat dibelok), kita akan mula hilang kawalan stereng dan kereta akan berubah haluan atau terhuyung-hayang mengikut hukum fizik berbanding arah yang kita mahukan.

Tayar yang terkunci juga meningkatkan peluang kereta berguling (roll over). Ini kerana kereta mengalami situasi ketidakseimbangan mengejut kerana tayar pecah tiba-tiba.

2. Boleh Brek, Tapi Jangan Mengejut

brek-mengejut-pandulajudotcomdotmy
Dengan tayar masih membelok atau terseret, anda boleh membrek. Tayar depan dan belakang mempunyai nisbah kuncian brek berbeza. Kita mungkin tidak tahu tayar mana satu sudah pecah. Keputusan membrek mengejut hanya akan membuatkan kereta membelok dan berpusing lebih teruk, termasuk merosakkan sistem brek seperti menyebabkan brek terkunci.

Pada situasi beginilah ciri keselamatan seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sangat penting. Tetapi bagi pemandu kereta yang tiada ciri tersebut, anda mesti menahan diri daripada menekan brek mengejut.

Bayangkan bola yang disepak kuat. Perginya memang laju, tetapi sampai satu tahap pasti berhenti apabila daya pada bola itu berkurangan. Jadi, tindakan menyekat haluan bola yang sedang memecut hanya akan menyebabkan impak teruk sama ada kepada bola atau objek yang menghalang (bayangkan pemain bola terkena rembatan).

Ingat fizik! Cuba membrek secara mengepam, iaitu tekan dan lepas berkali-kali hingga kereta mencapai kelajuan yang mampu dikawal.

3. Betulkan  Stereng dengan Lembut

kawal-stereng-pandulajudotcomdotmy
Roda stereng ialah komponen sama yang mengawal roda tayar. Secara normal, tayar kereta akan patuh ke mana arah tuju dibawa stereng. Dalam situasi tayar pecah ketika memandu, situasi berubah. Kita mungkin mahu belok ke kanan, tetapi kereta belok ke kiri. Atau mahu belok 30º, sebaliknya kereta belok 45º.

Apabila tayar pecah, kereta sebenarnya masih dalam kawalan walaupun keseimbangan kereta sudah tidak sekata lagi. Ini membuatkan stereng bergegar dan membelok ke arah tayar pecah. Misalnya, jika tayar depan kanan pecah, stereng akan cenderung belok ke kanan kerana berat tertumpu ke bahagian pecah tersebut.

Cuba putar stereng arah melawan dan luruskan stereng secara lembut tetapi pantas. Jangan pusing habis!

4. Rendahkan Gear, Guna Brek Enjin

turun-gear-pandulajudotcomdotmy
Jika memandu kereta auto, terus turun gear daripada D4 kepada posisi D3 dan D2. Jika manual, perlu tukar gear dengan pantas tanpa menekan klac. Ini dinamakan pembrekan enjin (engine braking), antara kaedah menghentikan kelajuan kereta dengan efektif dan selamat.

BACA >>> 10 Game Perlumbaan Terbaik 2016/2017

Seperti bermain Need For Speed, di depan anda ialah selekoh tajam dan sudah tentu kita perlu turunkan gear 6 kepada 3 dengan pantas. Kita pun tahu kalau membrek semata-mata ketika layan corner dalam kelajuan tinggi hanya akan menyebabkan kereta berpusing-pusing hingga terkeluar amaran ‘Wrong Way’. 😅

Samalah ketika berdepan situasi tayar pecah ketika memandu.

5. Cuba Kekal dalam Laluan

dalam-laluan-pandulajudotcomdotmy
Cuba sedaya upaya mengawal kereta dalam laluan memandu, bukan menghala ke tepi jalan. Jangan pula sesekali cuba melanggar sebarang objek sama ada pembahagi jalan, pengadang jalan, bonggol atau pokok. Tindakan itu cuma menempah maut.

Apabila berjaya melakukan 3 langkah di atas, kereta biasanya sudah berada dalam kawalan. Langkah seterusnya adalah menukar tayar. Jangan berhenti di tepi jalan begitu saja. Carilah kawasan kurang sesak dan elakkan berhenti di selekoh.

6. Nyalakan Lampu Amaran (Hazard Lights)

butang-amaran-kecemasan-pandulajudotcomdotmybutang-amaran-kecemasan-pandulajudotcomdotmy
Lakukan perkara ini selepas situasi jadi terkawal. Bergerak perlahan-lahan ke dalam lorong kecemasan dan berhentilah di kawasan yang difikirkan selamat dan ada sedikit teduhan. Maklumlah, tukar tayar bukanlah sepantas seminit dua.

Kalau hentian rehat (di lebuh raya) tidak jauh, atau ada susur keluar ke kawasan lapang, pilihlah berhenti di sana kerana lebih selamat.

7. Jaga-Jaga di Lorong Kecemasan

segitiga-kecemasan-pandulajudotcomdotmy
Jika tiada pilihan dan perlu juga berhenti di lorong kecemasan. Gunakan lampu kelip kecemasan atau pakai baju reflektif untuk meningkatkan kejelasan, terutama jika pancit ketika malam. Jika ada reflektor segi tiga, letakkan di belakang kereta di luar tepi jalan dalam jarak 45 meter dan bukan 3 atau 5 langkah seperti dilakukan ramai pemandu. Itu sangat bahaya!

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Segi Tiga Amaran dan Berapa Jauh Perlu Letak dari Kenderaan?

Jika anda sendiri yang menukar tayar, pastikan dapat dilihat pengguna jalan raya lain. Lebih selamat jika dapat hubungi terus pembantu jalan raya seperti Peronda PLUS, atau pihak insurans, terutama kalau kita tidak pasti dengan prosedur menukar tayar.

apanakbuat autotainment bantuan kecemasan jalan raya tayar pecah ketika memandu tip keselamatan tip tayar pecah
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

25/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

19/01/2026
Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
E&O Express
Autotainment

#TahukahAnda: Malaysia Ada Perkhidmatan Kereta Api Mewah Ala Eropah?

20/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.