Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»6 Sebab Kenapa Mesti Pilih Mitsubishi Xpander!
Autotainment

6 Sebab Kenapa Mesti Pilih Mitsubishi Xpander!

Han OthmanBy Han Othman14/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda Mitsubishi Xpander ialah kenderaan pelbagai guna (MPV) bukan nasional paling laris di Malaysia tahun lalu untuk tahun kewangan April 2020 hingga Mac 2022?

Model itu merekodkan 47.2 peratus jualan dalam produk ditawarkan Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), iaitu sebanyak 9,065 unit. Dalam segmen MPV 7-kerusi, Xpander bersaing dengan lawan seperti Toyota Avanza, Honda BR-V dan Perodua Aruz. Pada harga

BACA >>> Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
BACA >>> Jualan Mitsubishi Malaysia Terus Naik Sepanjang April 2021, Xpander Paling Laris

Apa menarik tentang Xpander hingga menjadi pilihan ramai pembeli?

1. REKABENTUK SPORTY, AGRESIF YANG MEMIKAT

Tiadak dinafikan rekabentuk Xpander jauh ke depan berbanding model pesaing dalam segmen sama. Bahasa rekabentuk Dynamic Shield , sama seperti diperkenalkan pada model trak pikap, Mitsubishi Triton, dapat dikesan pada rekaan gril dan kemasan bampar bentuk ‘X’.

Menambahkan lagi keunikan ialah posisi lampu utama Bi-LED pada sisi bampar dan lampu siang (DRL) tirus yang diletakkan separas bonet. Gaya belakang juga menarik dipandang dengan rekaan lampu belakang unik dan tersendiri.

Ciri lain? Ada rim aloi 16 inci dwi tona, spoiler bumbung dan difuser bawah bampar depan dan belakang.

2. SUSPENSI PEMANDUAN BANDAR, LASAK

Ini kredit tambahan untuk Xpander. Suspensi MPV ini dikatakan ditala mengikut pemanduan dalam bandar berasaskan pandu uji dilakukan di negara Asean yang kita sedia maklum dengan jalan raya mencabar dan cuaca tropika ekstrem.

Roda belakang menggunakan suspensi torsion beam dan absorber yang ditala lembut untuk mengekalkan kestabilan casis. Tetapan suspensi Xpander membuatkan MPV ini selesa dipandu pembeli berkeluarga untuk dijasikan kereta harian, dan mereka yang mencari MPV untuk pemanduan lasak.

3. ENJIN MANTAP, LUARAN DAN DALAMAN LUAS

 

XPander dijana enjin petrol 4-silinder 16-injap 1.5L MIVEC DOHC berkuasa 103hp (105ps) @ 6,000rpm, dan tork 141Nm @ 4,000Nm dengan transmisi automatik 4-kelajuan yang terbukti lasak.

Malah dimensi panjang dan lebar Xpander juga dominan berbanding pesaing seperti BR-V dan Aruz dengan panjang 4,475mm, lebar 1,750mm dan tinggi 1,730mm (lebih rendah 10mm berbanding Aruz), manakala berat 1,250kg, lebih ringan 16kg daripada BR-V dan 60kg daripada Aruz.

4. KABIN PRAKTIKAL, SELESA DAN MODEN

Ciri kabin adalah aspek paling dititikberatkan pembeli MPV di Malaysia. Xpander menawarkan banyak ruang simpanan dalam kabin, iaitu di  bawah kerusi depan, kotak storan bawah kerusi, poket sisi tempat duduk baris ketiga berserta pemegang botol, kotak konsol tengah, pelbagai kotak barang dan laci papan pemuka (glove box)  dalam dua kompartmen.

Tidak dilupakan ciri asas kenderaan moden masa kini seperti unit infotainmen 9 inci dengan ciri konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto. Juga disediakan kluster instrumen 4.2 inci dengan paparan multi-info (MID) seperti tolok suhu enjin, indikator kawalan jelajah, dan bateri lemah pada alat kawalan.

5. CIRI KESELAMATAN LENGKAP

Xpander juga selamat dipandu dengan ciri keselamatan asas seperti:

  • 2 beg udara SRS
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Kawalan Stabiliti Aktif (ASC)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • Peringatan Rehat
  • Sistem Atasi Brek (BOS)

6. HARGA MENARIK, BERBALOI

Dengan gaya sporty moden yang memikat, praktikaliti dan ciri keselamatan sebagai MPV famili dan personal, Xpander nyata pilihan terbaik jika anda mencari MPV bukan nasional yang berbaloi dimiliki.

Xpander boleh dimilik pada harga RM96,800 untuk pembeli Semenanjung RM98,316 (Sabah), RM98,366 (Sarawak), RM89,238 (Labuan) dan RM88,137 (Langkawi).

Satu lagi, setiap pembelian akan dipakejkan dengan 5 tahun waranti pengilang tanpa had perbatuan!

BACA >>> Atuk Bawa Duit Penuh Guni untuk Beli ‘Cash’ Mitsubishi Pajero
BACA >>> Mitsubishi USA Perkenal Masa Kerja Idaman untuk Staf, Tiada Hari Minimum Masuk Ofis!

 

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) Mitsubishi Xpander Roda4 SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

07/07/2026
Roda4

Pikap Musso Kembali! KGM Motors UK Perkenal Musso Rhino dan Musso Rhino+

07/07/2026
Nippon Paint Perkenal AI-PPS
Aksesori

Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
Roda2

Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.