Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»6 Perkara Yang Kami Tahu Mengenai Proton Saga 2016
Auto Terkini

6 Perkara Yang Kami Tahu Mengenai Proton Saga 2016

Abang GYLBy Abang GYL08/09/20165 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Proton Saga 2016BERITA yang baru kami terima, Proton Saga 2016 akan diperkenalkan secara rasmi hujung bulan ini.

Sebelum ini, beberapa gambar Proton Saga 2016 sudah tersebar di laman sosial dan ia menerima pelbagai respon positif daripada orang ramai.

Ramai juga bertanya kepada kami, bagaimana rupa Proton Saga 2016 dan apakah enjin akan digunakan. Paling penting berapa anggaran harganya?

Sehingga kini, berikut adalah beberapa maklumat yang kami tahu setakat ini mengenai Proton saga 2016.

Proton Saga 2016 Bocor_Pandulajudotcomdotmy (2)1. PARAS RUPA LEBIH MENARIK

Berdasarkan beberapa gambar tersebar sebelum ini, rupa Saga baharu tampak lebih menarik, baik dari pandangan hadapan mahupun belakang jika dibandingkan model sedia ada.

Sekali impas, ia tampak seakan ‘mini Perdana’. Maksudnya, Proton Saga 2016 nampak seakan Proton Perdana, tetapi saiznya yang lebih kecil.

2. ENJIN 1.3L

Dari segi prestasi, Proton Saga 2016 hanya dipadankan enjin bersesaran 1.3L, yakni ‘jantung’ sama digunakan model Iriz.

Tiada lagi enjin 1.6L diperkenalkan pada varian Proton Saga 2016. Paling penting, tahap kesenyapan dalam kabin atau NVH meningkat pada paras terbaik. Ini kerana Proton sudah melakukan beberapa penambahbaikan seperti 3-poin mounting untuk menjadikan enjin lebih senyap.

3. MOD ECO

Lebih menarik, Proton Saga 2016 turut miliki indikator mod pemanduan ECO yang turut digunakan pada Persona baharu.

Proton Saga 2016 Bocor4. CIRI KESELAMATAN PREMIUM

Biarpun hanya bergelar kenderaan segmen-A, ciri keselamatan tidak dilupakan. Kami dimaklumkan Saga 2016 akan didatangkan dengan dua beg udara, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Bantuan Brek (BA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Mendaki (HHA) dan Kawalan Cengkaman (TCS).

5. KEKAL HARGA LAMA?

Kami meramalkan Proton akan mengekalkan harga sama seperti model Saga sedia ada, iaitu sekitar RM35,000 hingga RM45,000.

BACA>>> VIDEO: Inilah Ciri-Ciri Proton Persona 2016 Yang Berjaya Mencuri Hati Ramai

6. PESAING

Seperti kita maklum, pesaing terdekat Proton Saga 2016 adalah Perodua Bezza. Apa yang pasti, kehadiran Saga 2016 bakal memberi cabaran hebat buat Bezza.

Jika benar Saga 2016 mampu mengekalkan harga seperti model sedia ada, sudah pasti akan jadi kelebihan buat Proton. Apa sekalipun, sama-sama kita nantikan kehadiran Proton Saga 2016 tidak lama lagi.

Ciri Proton Saga Proton Perdana Proton Persona 2016 Proton Saga 2016
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2027 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    27/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026

    5 Comments

    1. Peminat on 13/09/2016 12:54

      Mmg cantik mmg menarik dh nmpk kelainan tp bila tahu hnya 1.3 cc terus hilang mood. Body besar cc kecil..tkasih shj.

      Reply
      • Amran on 23/09/2016 09:22

        Ambik Persona la kalau nak 1.6.. Kenapa nak jugak saga platform lama ni pakai 1.6?

        Reply
    2. izham on 19/09/2016 17:06

      1.3L tu pun OK dah tu. Teknologi enjin sekarang walaupun cc kecik tapi power sekadar cukup. Nak tunggu 1.6L keluar pun ntah bila

      Reply
    3. Duan on 20/09/2016 14:31

      Besar cc….Besarla minyaknye.
      Sesuaila dengan body…
      Persona 1.6
      Perdana 2.0/2.4

      Reply
    4. buzzz on 27/03/2018 14:42

      cc besor byr roadtax insurans mula la x mampu bro..hahaha..oke la tu 1.3L

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    By Abang Hirata24/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.