Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»6 Perkara Perlu Anda Tahu Mengenai Mazda CX-5 Diesel (2016)
Roda4

6 Perkara Perlu Anda Tahu Mengenai Mazda CX-5 Diesel (2016)

Abang GYLBy Abang GYL21/07/20161 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mazda CX-5 DieselSETELAH sekian lama menanti, Bermaz Motor yang juga pengedar kenderaan Mazda di Malaysia akhirnya memperkenalkan Mazda CX-5 diesel yang dipadankan dengan enjin SKYACTIV-D.

Yang pasti kehadiran model Mazda CX-5 diesel ini bakal menggembirakan peminat Mazda terutamanya mereka yang mahukan prestasi lebih berkuasa.

Mazda Diesel Media Drive_Pandulajudotcomdotmy (18)1. HARGA MAZDA CX-5 DIESEL:

  • Mazda CX-5 2.2L SKYACTIV-D – RM161,529.10 (atas jalan tidak termasuk insurans)

Buat masa ini, Bermaz Motor hanya membawa masuk Mazda CX-5 diesel versi 2WD. Manakala versi 4WD masih dalam perancangan dan hanya akan dibawa masuk sekiranya mempunyai permintaan daripada pengguna.

Jika dibandingkan dengan versi petrol 2.0L 2WD, harga Mazda CX-5 diesel adalah RM20,000 lebih tinggi. Tetapi harus tahu, anda akan menerima prestasi yang lebih berkuasa dan pada masa sama mampu bergerak lebih jauh dengan satu isian tangki penuh.

2. PRESTASI

Dari aspek prestasi, model pemasangan tempatan (CKD) Mazda CX-5 diesel dari kilang Inokom di Kulim, Kedah itu dipadankan dengan enjin SKYACTIV-D bersesaran 2.2L.

Biarpun hanya dipadankan dengan enjin 2.2L, namun kuasa dihasilkan setaraf sama seperti enjin petrol bersesaran 4.0L V8.

Hasil bantuan kotak gear SKYACTIV-D automatik 6-kelajuan, Mazda CX-5 diesel mampu menghasilkan 173hp pada 4,500rpm dan tork puncak 420Nm (2,000rpm). Lebih menarik, ia mampu memberikan 20 peratus lebih penjimatan bahan api.

3. REKAAN

Sekilas pandang, rekaan luaran Mazda CX-5 diesel adalah sama seperti varian CX-5 sedia ada. Cara nak bezakan antara versi petrol dan diesel adalah menerusi tanda SKYACTIV-D pada bahagian belakang.

Begitu juga pada bahagian kabin. Ia tampak sama seperti varian CX-5 sedia ada.

Mazda CX-5 SKYACTIV-D

4. WARNA PILIHAN

  • Aluminium Metallic
  • Arctic White
  • Blue Reflex
  • Meteor Grey

5. CIRI KESELAMATAN

Sedia maklum, Mazda CX-5 menerima pengiktirafan 5-bintang daripada Euro NCAP. Antara ciri-ciri keselamatan disematkan pada Mazda CX-5 adalah;

  • 6 beg udara
  • Smart City Brake Support (SCBS)
  • Blind Spot Monitoring (BSM)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
  • Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)

Mazda Diesel Media Drive_Pandulajudotcomdotmy (21)6. JAMINAN

Sama seperti model Mazda lain, CX-5 diesel didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000km perbatuan. Harus ingat, Mazda CX-5 versi diesel ini hanya sesuai menggunakan bahan api diesel Euro 5M. Sekiranya didapati menggunakan bahan api Euro 2M dengan kerap, secara automatik waranti akan terbatal (selepas siasatan).

Nantikan laporan ke-2 berkaitan Mazda6 diesel nanti! Pastikan anda setia bersama PanduLaju. Tekan Pedan & Jangan Stres!!!

Mazda CX-5 SKYACTIV-D
Mazda CX-5 SKYACTIV-D
Mazda CX-5 SKYACTIV-D
Mazda CX-5 SKYACTIV-D
Mazda CX-5 SKYACTIV-D
Mazda CX-5 SKYACTIV-D
Mazda CX-5 SKYACTIV-D
Mazda CX-5 SKYACTIV-D
Mazda CX-5 SKYACTIV-D
Mazda CX-5 SKYACTIV-D
Mazda CX-5 SKYACTIV-D
Mazda CX-5 SKYACTIV-D
Mazda CX-5 SKYACTIV-D
Mazda CX-5 SKYACTIV-D
Mazda CX-5 SKYACTIV-D
Mazda CX-5 SKYACTIV-D
bermaz Motor CX-5 diesel Mazda CX-5 Diesel Mazda CX-5 Diesel 2016 Mazda CX-5 SKYACTIV-D
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
    Auto Terkini

    B15 Biodiesel Bermula Jun, Langkah Turunkan Kos Diesel Negara

    05/05/2026
    Roda4

    BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

    05/05/2026
    Zeekr 9X by MANSORY
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, SUV Ultra Mewah Jadi Lebih Ganas dengan Rim 24 Inci, Pintu ‘Suicide’!

    05/05/2026
    Auto Terkini

    ‘Orang Kayangan’ Belanja Hingga RM400,000 Setiap Kali Ke Langkawi Demi Kereta Mewah

    04/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.