Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»5 Tip Mudah Senggara Motosikal, Nombor 3 Selalu Penunggang Ambil Ringan
Autotainment

5 Tip Mudah Senggara Motosikal, Nombor 3 Selalu Penunggang Ambil Ringan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENYENGGARAAN ialah asas penjagaan motosikal yang sangat penting dan sering diambil mudah pemilik. Ada yang langsung tidak peduli tentang tempoh servis berkala dan tidak kisah tentang pemeriksaan motosikal sampai kepada tahap asalkan boleh jalan.

Sama seperti kenderaan bermotor lain, motosikal juga perlu  disenggara. Bukannya payah pun, jika anda amalkan 5 tip mudah di bawah ini, anda bukan  saja mampu menjimatkan masa atas jalan, tetapi juga  mengurangkan risiko motosikal rosak tiba-tiba.

Jadi, lakukan 5 tip mudah senggara motosikal ini supaya kenderaan anda dapat berkhidmat lama dengan memberikan prestasi optimum sepanjang masa.

1. PERIKSA TEKANAN ANGIN TAYAR


Tayar motosikal penting untuk memastikan anda dan pembonceng selamat. Tekanan angin tayar motosikal yang mencukupi mempengaruhi prestasi pengendalian, brek dan pecutan motosikal. Sebaliknya tayar yang kurang angin memberikan impak besar terhadap keselamatan tunggangan.

Amalkan memeriksa tekanan angin, dan kondisi tayar setiap seminggu sekali atau sebelum menunggang. Periksa tanda kerosakan, lusuh, pecah, rekah dan retak. Minimum ketebalan bunga tayar bagi motosikal 50cc ialah 1mm. Tekanan angin untuk tayar pula boleh dibaca dalam buku manual.

2. PASTIKAN ENJIN SEJUK


Cecair seperti penyejuk atau coolant dan minyak perlu diperiksa dan diganti baharu dengan kerap bagi meningkatkan prestasi dan jangka hayat motosikal. Buku manual ada menyarankan jenis minyak yang boleh digunakan, bergantung perbatuan dan variasi suhu.

Pastikan enjin tidak panas sebelum menambah coolant untuk elak berlaku keretakan akibat perubahan suhu mendadak. Sekiranya enjin terlalu panas, anda berisiko tercedera. Jadi, gantikan cecair penyejuk sebelum memulakan perjalanan atau tunggu hingga enjin sejuk.

3. MINYAKKAN RANTAI KETIKA MASIH PANAS


Pastikan rantai berada pada tahap kendur yang betul (sekitar 1 inci setiap rantai). Rantai terlalu tegang boleh menyebabkan kerosakan ke atas roda dan bering kotak gear. Tambah pelincir atau minyak rantai sebaik saja pulang berkonvoi ketika motor masih panas supaya boleh diserap rantai ketika enjin sejuk. Jangan lupa bersihkan rantai setiap kali menukar minyak.

BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Tip Senggara Rantai Motosikal yang Perlu Anda Ikut

4. PASTIKAN LAMPU BERFUNGSI BAIK


Kerap memeriksa lampu ialah amalan yang sangat bagus demi keselamatan penunggang. Jika lampu rosak atau pecah, itu bermakna motosikal anda berbahaya ditunggang dan berisiko tinggi ditahan polis. Walaupun mentol dalam keadaan baik, tetapi perumah lampu mungkin terkumpul debu dan kotoran. Pastikan dicuci atau dilap sekerap mungkin.

5. PERIKSA BATERI


Bagi mengelak sebarang masalah atau kegagalan kuasa, periksa bateri sebulan sekali. Bersihkan terminal dengan berus dawai dan pencuci khas untuk mengelak kakisan berlaku. Jika mahu bajet, boleh saja cuci gunakan soda bikarbonat atau minuman Coca-Cola, tetapi pastikan dibilas sebersihnya. Elakkan bahan kimia kuat.

BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Coca-Cola dan Kereta Bersahabat Baik?

Pastikan penutup lubang isi air bateri ketat supaya tidak dimasuki bahan cuci. Selepas benar-benar kering, boleh semburkan bahan anti-karat pada terminal untuk elak pembentukan kakisan. Kerap menunggang jarak dekat dan sekali sekala bergerak jauh ialah cara terbaik memastikan bateri motosikal dicas baik.

SUMBER: MoreBikes

autotainment ciri keselamatan motosikal roda2 Selenggara Motor Selenggara Tayar tip tip senggara motosikal
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    09/06/2026
    Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Lulus MV15 Puspakom Belum Tentu Selamat? Anda Mungkin Kena Buat Pemeriksaan Khas B2

    08/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    08/06/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    03/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.