Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»5 Soal-Jawab Utama Tentang Kereta Elektrik (EV) yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

5 Soal-Jawab Utama Tentang Kereta Elektrik (EV) yang Perlu Anda Tahu

Abang HirataBy Abang Hirata08/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TREND teknologi automobil sekarang sedang berubah daripada trenkuasa petrol dan diesel kepada kuasa elektrik. Setiap hari ada saja berita tentang kereta hibrid, hibrid plug-in (PHV) dan elektrik (EV). Walaupun setiap teknologi tersebut berada dalam kategori mesra alam, tetapi masing-masing mempunyai ciri berbeza.

Timbul beberapa persoalan yang perlu diberikan pencerahan. Antara soalan kerap ditanya, berapakah jarak perjalanan atau di manakan lokasi pengecasan? Tidak kurang juga isu harga yang wajib dibandingkan dengan kereta biasa.

Dalam usaha menjawab pelbagai persoalan yang menjadi dilema pengguna tentang kenderaan elektrik, pengeluar automotif dari Sepanyol,  SEAT menghimpunkan beberapa soalan lazim berserta jawapan.

Semua soal-jawab itu relevan kerana SEAT kini merancang melancarkan enam kereta elektrik dan hibrid plug-in bermula 2021.

  • PHV – hibrid plug-in
  • EV – kenderaan elektrik

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Kereta Hibrid, Hibrid Plug-In (PHV) dan Kereta Elektrik (EV)?

1. Berapakah Jenis Kereta Trenkuasa Elektrik di Pasaran?

EV – SEAT el-Born
PHV – Toyota Prius
Hibrid -Nissan Rogue

Ada tiga jenis kenderaan yang digerakkan kuasa elektrik:

Pertama, jenis gabungan enjin pembakaran dalaman dan motor elektrik yang mana bateri dicas semula apabila halaju kenderaan berkurangan. Kenderaan jenis ini dipanggil hibrid.

Kedua, PHV. Selain menjana tenaga ketika kereta diperlahankan, bateri dapat dicas melalui palam domestik atau pengecas khas di pelbagai lokasi. Sama seperti hibrid, cuma ada tambahan ciri pengecasan menggunakan kabel kuasa.

Ketiga, EV menggunakan kuasa elektrik 100 peratus dengan tenaga dibekalkan motor elektrik dan bateri yang dicas menggunakan palam.

Berbeza kenderaan hibrid atau PHV, kereta EV tiada enjin pembakaran dalaman dan bergantung sepenuhnya kepada bateri dan motor elektrik.

2. Di Manakah Boleh Cas Bateri?

Negara EU akan mempunyai 400 stesen cas pantas setiap 120km tahun depan.

Pengecasan boleh dibuat di mana-mana lokasi yang ada sumber elektrik. Walaupun EV atau PHV boleh menggunakan sumber elektrik domestik (rumah), tetapi lebih baik dipasangkan pengecas khas.

Berdasarkan kajian, 70 peratus aktiviti mengecas berlaku di rumah atau tempat kerja. Tidak terhad di dua lokasi tersebut, ada 100,000 stesen pengecasan di negara-negara Kesatuan Eropah (EU) untuk kemudahan pengguna.

Bagaimanakan dengan tempoh mengecas?

Pada awal pengenalan EV, sesebuah model memerlukan masa hingga 8 jam untuk mengecas. Namun, teknologi semakin bertambah baik. Sebagai contoh, SEAT el-Born dengan jarak 420km boleh dicas dalam tempoh 47 minit sahaja.

Jika mahu lebih cekap, stesen pengecasan ultra pantas cuma memerlukan 10 minit untuk mengecas penuh. Tahun depan, negara EU akan mempunyai 400 stesen pengecasan pantas (350 kW) setiap 120km.

3. Berapakah Jarak Pemanduan?

Contoh meter PHV. Jarak kuasa elektrik sebelah kanan (118km), dan jarak petrol sebelah kiri (426km).

Ini soalan kritikal dalam menentukan penerimaan kereta trenkuasa elektrik. Kebiasannya, kuasa bateri mampu membekalkan tenaga untuk pemanduan antara 200km dan 400km, atau lebih. Contohnya, jarak pemanduan SEAT el-Born ialah 420km.

Jarak perjalanan bergantung kepada cara anda memandu, dan berbeza dengan enjin pembakaran dalaman. EV tidak menggunakan banyak tenaga dalam pemanduan bandar.

BACA >>> Xiaomi Himo T1 – Moped EV yang Sangat Murah, Harga RM1.8k Sahaja

4. Benarkah EV Sifar Emisi?

EV dianggap kenderaan sifar emisi kerana beroperasi tanpa enjin yang memerlukan proses pembakaran dan pelepasan sisa bahan api. Jadi EV lebih hijau, dan berdasarkan jangka hayat produk, sesebuah EV cuma mengeluarkan antara 17-30 peratus kurang emisi berbanding kenderaan diesel atau petrol.

Ketua Pembangunan Elektrik dan Elektronik SEAT, Josep Bons berkata, jika bateri dicas menggunakan teknologi angin atau solar, emisi dikeluarkan adalah 90 peratus lebih rendah berbanding kereta konvensional sepanjang kitaran hidup produk berkenaan.

5. Adakah Harga EV Lebih Tinggi Berbanding Kereta Konvensional?

Harga EV sebenarnya semakin mampu milik. Dalam menangani isu harga, SEAT dan syarikat induk, Volkswagen Group memang komited untuk menghasilkan EV yang mampu dimiliki jutaan orang berbanding menumpukan kepada golongan pembeli jutawan sahaja.

Perkembangan teknologi hari ini banyak membantu menurunkan harga EV. Sebagai contoh, kos bateri kini berkurangan 80 peratus berbanding sedekad lalu. Sebagai perbandingan, kos elektrik (Eropah) lebih rendah berbanding petrol atau diesel. Dianggarkan kos penggunaan EV hanya sepertiga berbanding kenderaan konvensional.


KESIMPULAN

Harus diakui, kenderaan trenkuasa elektrik ialah alternatif yang baik kepada manusia dalam menjaga kelestarian alam sekitar. Bagaimanapun, EV juga tidak terlepas daripada beberapa isu kelemahan, sama seperti kenderaan dikuasakan petrol atau diesel.

Di Asean, penduduk di rantau ini, termasuk Malaysia, tidak begitu didedahkan dengan teknologi EV. Namun, fasa pengenalan sudah pun bermula menerusi pelancaran beberapa model EV. Usaha perlu dipertingkat kerana kos petrol dan bahan api tidak akan selamanya murah.

Lebih-lebih lagi, bermula 1 Januari tahun depan, harga minyak RON95 akan mula diapungkan.

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Kereta Biasa ‘Jumping’ Bateri Guna Kereta Elektrik?

autotainment EV FAQ hibrid kereta elektrik kereta hibrid kereta hibrid plug-in Kereta Hibrid Plugig-In (PHV) PHV plug-in hibrid Roda4 Seat Soal-Jawab
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026
    Roda4

    Wagon M Pertama, BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026 Tiba di Malaysia, Harga RM898,800

    24/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.