Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Lexus LS 500, Harga Bermula RM799k!
Roda4

5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Lexus LS 500, Harga Bermula RM799k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Lexus LS 500 Malaysia
LEXUS LS kali pertama diperkenalkan pada 1989. Sebagai model flagship dalam barisan produk buatan pengeluar jenama mewah dari Jepun itu, LS ialah pendahulu dari segi teknologi dan menjadi penanda aras dalam kelasnya. Mutu kerja tangan dan perincian menjadi faktor kuat yang menyumbang kepada jualan laris LS dan juga barisan produk Lexus lain.

Setiap produk LS dipasang di kilang Lexus di  Tahara, Jepun. Sejak diperkenalkan 40 tahun lalu, sudah empat generasi LS dikeluarkan dan setiap satu generasi dibina melangkaui jangkaan pelanggan. Asalnya, produk itu dibangunkan untuk pasaran Amerika, tetapi kemudian menjadi model global di 90 negara.

Terkini, LS generasi ke-5 sudah tiba ke Malaysia. Atas kertas, LS ialah pesaing kepada model mewah seperti Mercedes Benz S-Class, Audi A8 dan BMW 7 Series. Mari ketahui beberapa maklumat ringkas tentang Lexus LS (2018) yang baru sahaja dilancarkan ke pasaran Malaysia:

1. ENJIN HASIL PEMBANGUNAN TEKNOLOGI F1

Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS 500 Malaysia

Generasi ke-5 ini didatangkan dengan saiz enjin lebih kecil berbanding sebelumnya. Pemilihan enjin kecil bagi mendapatkan tahap emisi lebih rendah, mesra alam dan cekap bahan api. Enjin serba baharu 3.5L V6 itu dibangunkan khas buat LS dan dipadankan pengecas turbo kembar (twin-turbo) hasil pembangunan teknologi perlumbaan Formula Satu (F1).

Kuasa dihasilkan 415hp, manakala tork maksimum 600Nm. Secara signifikan lebih tinggi berbanding trenkuasa aspirasi natural (NA) 4.6L V8  sebelumnya.  Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi automatik 10-kelajuan yang turut digunakan LS 500 dengan padanan penukar tork automatik (automatic tork converter).

2. TIGA PILIHAN VARIAN

Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS 500 Malaysia
Harga Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS 500 Malaysia

Ada tiga pilihan varian untuk pasaran Malaysia:

  • LS 500 Luxury: RM799,000
  • LS 500 Executive: RM999,000
  • LS 500h Executive dengan Lexus Hybrid Drive: RM1,459,000

* Harga termasuk GST, tanpa insurans

3. PLATFORM GA-L

Harga Lexus LS 500 Malaysia
Harga Lexus LS 500 Malaysia

Sedan mewah LS menggunakan platform GA‑L paling kukuh dalam sejarahnya yang menyumbang kepada kualiti pengendalian dipertingkat dan pemanduan lebih lancar. Rekabentuk lebih rendah dan lebar mengoptimumkan agihan pusat graviti (CoG) dan berat jentera.

Teknologi struktur dengan keupayaan keluli Lexus menyumbang kepada 42 peratus berat yang lebih ringan di depan, manakala struktur aluminium 1.5 kali lebih kuat, dan 50 peratus berat lebih ringan.  Selain itu, komposisi jisim keluli kekuatan tinggi LS adalah hampir 30 peratus, iaitu dua kali ganda berbanding sebelumnya.

Secara dimensi, LS lebih panjang 28mm dan jarak roda ditambah kepada 35mm dengan ruang lebih lapang seperti limosin. Lebar keseluruhan juga ditingkatkan kepada 1.9m iaitu 25mm lebih lebar berbanding sebelumnya, manakala siling bumbung direndahkan 15mm.

4. PENAMPILAN SENSUAL AGRESIF

Berbanding penampilan terdahulu, LS serba baharu memiliki bentuk tubuh dramatik dan sporty menerusi rekabentuk signatur LS gril ‘Jam Pasir’ atau Spindle. Berevolusi daripada konsep ‘Silhouette Human Centre’, kesenian Spindle diserlahkan menerusi rekaan tiga dimensi yang dipadankan lampu depan 3-suluhan ultra kompak dengan pencahayaan Bi-LED.

Pasukan LS menerapkan unsur rekabentuk Takumi, iaitu tahap tertinggi dalam pertukangan tangan di Jepun. Dengan menggunakan sepenuhnya kemahiran berkenaan, Lexus dapat menghasilkan sebuah kenderaan yang sarat perincian luar biasa seperti biasa dilihat pada kenderaan paling mewah dunia.

Ada tiga ciri utama yang menjadi teraju dalam rekabentuk Takumi ialah:

  • Fabrik lisu tangan (hand-pleated fabric)
  • Kaca ukir Kiriko
  • Pertukangan kayu Agathis (dirujuk Lexus sebagai ‘kayu seni’)

5. CIRI KESELAMATAN

Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS terbaharu masih lagi meneruskan aspek Lexus Safety System+ terdiri daripada Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Amaran Tukar Lorong (LDW), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Sistem Lampu Tinggi Adaptif (AHBS) dan Bantuan Kekal Lorong (LKA). Tidak Ketinggalan, ciri keselamatan lain seperti sistem Monitor Pandangan Panoramik (PVM), Monitor Titik Buta (BSM), 12 beg udara dan tidak ketinggalan sensor khas di depan untuk mengesan impak pejalan kaki.

GALERI
Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS 500 Malaysia
Harga Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS 500 Malaysia
Harga Lexus LS 500 Malaysia
Harga Lexus LS 500 Malaysia
Harga Lexus LS 500 Malaysia
Harga Lexus LS 500 Malaysia
Harga Lexus LS 500 Malaysia
Harga Lexus LS 500 Malaysia
Harga Lexus LS 500 Malaysia
Harga Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS 500 Malaysia
Harga Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS 500 Malaysia
Harga Lexus LS 500 Malaysia
Harga Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS 500 Malaysia
Harga Lexus LS 500 Malaysia
Harga Lexus LS 500 Malaysia
Harga Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS 500 Malaysia
Harga Lexus LS 500 Malaysia
Lexus LS 500 Malaysia
Harga Lexus LS 500 Malaysia
Harga Lexus LS 500 Malaysia Lexus Lexus LS Lexus Malaysia LS 500 Executive LS 500 Luxury LS 500h Executive sedan mewah
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    15/03/2026
    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.