Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»5 Jeans Kevlar Terbaik untuk Penunggang Motosikal
Aksesori

5 Jeans Kevlar Terbaik untuk Penunggang Motosikal

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/12/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JEANS dan penunggang motosikal memang tidak dapat dipisahkan. Tetapi sebenarnya material jeans biasa memang tidak sesuai dipakai untuk menunggang. Mungkin sekarang sudah tiba masanya kita dapatkan 1-2 helai jeans kevlar yang memang dikhaskan untuk penunggang motosikal dan boleh dibeli di mana-mana butik aksesori motosikal, ataupun buat tempahan atas talian.

Berikut 5 pilihan jeans kevlar dan paling laris di laman web MCN.

1. DRAGGIN HOLESHOT, DARIPADA £235.99 (RM1,290)

The Draggin Holeshot ialah antara jeans menunggang terbaik di pasaran yang melepasi piawaian CE tahap 2. Jeans disalut sepenuhnya dengan Kevlar dari pinggang ke buku lali dengan Draggin. Hasilnya ialah kualiti perlindungan tahap perlumbaan dengan masa rintangan lecetan akibat seretan 7.45 saat.

Jeans ini turut dipasangkan strap buku lali yang mana jeans akan sentiasa melekap pada kaki penunggang walaupun ketika kemalangan. Pelindung lutut dan pinggul lulus CE melengkapkan lagi ciri perlindungan jeans ini.

2. RST VINTAGE 2 ARAMID FIBER, DARIPADA £89.99 (RM492)

Berharga lebih murah ialah jeans RST Vintage 2. Denim ini diperkuatkan dengan gentian Aramid pada pinggul dan lutut dan turut dilengkapi pelindung lutut lulus CE. Material luaran ialah denim elastik 340g, termasuk memiliki lapisan tembus udara untuk lebih keselesaan. Sebagai tambahan, ada juga poket khas untuk memuatkan pelindung pinggang, tetapi tidak disertakan dengan pembelian.

3. CORDURA RICHA COBALT, DARIPADA £149.99 (RM820)

Seluar Cordura Richa Cobalt ini lulus CE dan dihasilkan daripada Denim Cordura, kapas (cotton) dan poliester dengan lapisan lembut Polycotton untuk menambahkan keselesaan. Jeans ini turut dipasangkan pelindung lutut dan pinggang D3O boleh laras.

4. ALPINESTARS CHARLIE KEVLAR, DARIPADA £161.49 (RM882)

Jeans denim Charlie ini ialah seluar jenis slim-fit yang diperkuatkan dengan gentian Aramid pada pinggul dan lutut. Pelindung lutut seluar ini diiktiraf CE dan boleh laras. Jeans ini menampilkan gaya vintaj Amerika.

5. OXFORD SP-J2 KEVLAR, DARIPADA £89.99 (RM492)

Jeans Oxford SP-J2 menampilkan Kevlar Dupont diperkuat pada bahagian lutut dan pinggul dengan material denim 396g. Seluar ini berharga mampu milik dan juga menawarkan kualiti baik. Malah, turut dilengkapi pelindung lutut yang disahkan CE untuk perlindungan tambahan dan sisi jeans dengan 3 jahitan sulaman.

SUMBER: MCN

aksesori aksesori motosikal jeans jeans kevlar roda2 seluar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.