Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»5 Fakta Pantas: Vespa GTS 300 HPE yang Paling Berkuasa dalam Sejarah Vespa
Roda2

5 Fakta Pantas: Vespa GTS 300 HPE yang Paling Berkuasa dalam Sejarah Vespa

AryonBy Aryon19/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PIAGGIO melancarkan Vespa GTS 300 HPE (2019) baharu yang dikatakan model paling berkuasa pernah dikeluarkan pengeluar itu dengan menawarkan prestasi enjin 23.8hp dan tork setinggi 26.03Nm.

Sebagai jenama motosikal yang memiliki legasi sejarah yang cukup panjang, Vespa sebenarnya sangat mementingkan aspek estetika berbanding menghasilkan produk berprestasi. Bagaimanapun, pengeluar itu kini cuba menggabungkan kedua-dua elemen itu (estetika dan prestasi) dan direalisasikan menerusi GTS 300 HPE (2019), dan HPE ialah singkatan kepada ‘High Performance Engine’.

BACA >>> Vespa GTS Super 300 yang Mantap Bergaya Kini di Malaysia! Harga RM28k Sahaja

Apa yang menarik tentang GTS 300 HPE (2019)?

1. ADA 5 VARIAN DITAWARKAN

Vespa menawarkan 5 varian GTS 300 HPE (2019) dengan pelbagai warna menarik untuk dipilih:

  • GTS 300 HPE – Grigio Dolomiti (kelabu), Verde Relax (hijau muda), Blu Energia (biru)
  • GTS 300 HPE Super – Bianco Innocenza (putih), Nero Lucido (hitam), Rosso Passione (merah), Giallo Estate (kuning)
  • GTS 300 HPE Notte – Nero Opaco (hitam kusam)
  • GTS 300 HPE Touring – Verde Bosco (hijau muda), Rosso Vignola (merah tua)
  • GTS 300 HPE Supertech – Grigio Titanio (kelabu kusam), Blue Vivace (biru kusam)

2. ENJIN BAHARU DENGAN KUASA DIPERTINGKAT

Kuasa GTS 300 HPE (2019) dipertingkatkan sebanyak 12 peratus, manakala tork 18 peratus daripada enjin silinder tunggal 278cc penyejukan cecair berkuasa 23.8hp, tork 26.03Nm. Hasilnya ialah pengalaman tunggangan lancar dan menyeronokkan.

Prestasi dicapai menerusi rekabentuk kepala silinder baharu yang dapat menampung diameter ambilan lebih besar, dan mengubah lif aci sesondol (camshaft), manakala salur ambilan ditala semula bagi meningkatkan tork pada rev rendah, termasuk mengubah sistem injeksi dan pemetaan enjin. Segalanya dikawal unit kawalan enjin (ECU) Magneti Marelli yang patuh Euro5.

Selain meningkatkan angka kuasa dan tork, menarik tentang GTS 300 HPE (2019) ialah tempoh servis turut dilanjutkan daripada 5,000km (sekarang) kepada 10,000km!

3. TRANSMISI DITAMBAH BAIK

Kotak gear GTS 300 HPE (2019) menggunakan sistem transmisi variabel berterusan (CVT) yang dikemas kini dengan menggunakan tali sawat, geometri dan material baharu. Malah, penutup enjin dan transmisi dikedap baik supaya tunggangan jadi lebih senyap dan seronok.

4. CIRI SKUTER MODEN MASA KINI

GTS 300 HPE (2019) dilengkapkan dengan ciri keselamatan moden seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pada brek belakang. Semua varian turut diberikan sistem kawalan traksi (digelar Vespa sebagai ASR @ Anti Skidding Regulator)

Skuter ini boleh dihubungkan kepada telefon pintar menerusi Bluetooth dan aplikasi Bike Finder yang membantu penunggang mengesan lokasi di lot parkir. Spidometer kekal tidak berubah, tetapi odometer dan indikator minyak dipaparkan pada skrin TFT kecil. Palam USB kecil juga disediakan dalam kompartment kecil di depan.

BACA >>> Vespa Notte Edition (2019) Sempena Hari Kekasih di Malaysia, Harga Bermula RM17k

Kapasiti tangki mampu mengisi 7 liter petrol, dan turut ada palam USB 5V dalam kompartmen kecil seakan glove box kereta di depan kaki. Juga ada salur khas mengeluarkan kabel untuk mengecas peranti navigasi atau telefon pintar yang dilekapkan pada hendal. Tidak lupa aksesori menarik lain seperti skrin, rak kargo, dan bar pelindung enjin serta banyak lagi.

5. HARGA BERMULA RM26k DI UK

GTS 300 HPE (2019) kini dijual di semua pengedar Vespa seluruh Eropah pada harga bermula £4,899 (RM25,824). Di Malaysia, GTS 300 Super (21.2hp, 22Nm) dilancarkan di Malaysia pada Mac tahun lalu pada harga RM28,000. Jadi, jika dibawa masuk, harga GTS versi prestasi tinggi ini dijangka lebih mahal.

Apapun, peminat Vespa di Malaysia tentu sudah tidak sabarkan?

SPESIFIKASI

VESPA GTS 300 HPE

ENJIN: Silinder tunggal, 4-lejang, 278cc, penyejukan cecair
TRANSMISI: CVT
KUASA: 23.4hp @ 8,250rpm
TORK: 26Nm) @ 5,250rpm
TINGGI PELANA: 790mm
BREK: Cakera tunggal 220mm, 2-pot, ABS (depan); Cakera tunggal 220mm, 1-pot, ABS (belakang)
KAPASITI TANGKI: 7 liter
HARGA: £4,899 (RM25,824)

GALERI

SUMBER: Bennetts | VespaUSA | TopSpeed

fakta pantas Itali Piaggio roda2 skuter Vespa Vespa GTS 300 HPE Vespa GTS 300 HPE (2019)
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.