Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»5 Fakta Pantas Tentang Land Rover Discovery Gen-5 (2018) – Harga RM729,800
Roda4

5 Fakta Pantas Tentang Land Rover Discovery Gen-5 (2018) – Harga RM729,800

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JAGUAR Land Rover (Malaysia) secara rasmi melancarkan Discovery di pasaran Malaysia hari ini selepas pertama kali ditayangkan pada Novermber tahun lalu. Model SUV generasi ke-5 itu tampil menggabungkan legasi British dengan semangat pengembaraan tanpa sempadan.

Tidak perlu berceloteh panjang, mari kita lihat 5 fakta pantas tentang Land Rover Discovery (2018):

1. PENGHANTARAN KUASA LIAR

Dikuasakan enjin 3.0L V6 turbo diesel berkuasa 254hp dan tork 600Nm. Pecutan 0-100kmj mampu dicapai masa 8.1 saat, lebih pantas 3.1 saat berbanding generasi terdahulu. Transmisi pula menggunakan kotak gear ZF 8-kelajuan, dibangunkan Land Rover yang menawarkan proses penukaran gear lancar dan penggunaan bahan api optimum.

Kawalan transmisi dapat dibuat menerusi tombol anjakan gear rotari di konsol tengah yang keluar apabila enjin dihidupkan. Bagi mendapatkan pemanduan dinamik, pemandu boleh menukar gear secara manual menggunakan pedal syif di sebalik stereng.

BACA >>> #Videotomotif: Land Rover Discovery Sport Ini Mampu Tunda Kereta Api Seberat Lebih 100 Tan

Keupayaan menakluk pelbagai rupa bumi jadi lebih mudah dengan kotak pindah (transfer box) 2-kelajuan yang menyediakan opsyen gear tinggi dan rendah untuk mengoptimumkan prestasi atas jalan raya dan off-road. Sistem pintar itu membahagikan tork pada tayar depan dan belakang secara 50:50.

2. HARGA & WARANTI

Tanda harga Land Rover Discovery (2018) ialah RM729,800 (termasuk GST, tanpa insurans) yang mana lima pembeli pertama akan diberikan baucar aksesori bernilai RM5,000.  Model SUV mewah itu turut dibekalkan waranti lima tahun berserta servis percuma dan bantuan jalanan percuma selama tiga tahun. Malah, aksesori tulen Land Rover turut mendapat perlindungan waranti selama setahun.

3. POSISI DUDUK STADIUM

Dimensi SUV tiga baris dengan 7-kerusi itu memiliki dimensi panjang (4,970mm), lebar (2,220mm) dan tinggi (1,846mm). Dalaman Discovery (2018) masih mengekalkan posisi duduk stadium yang menjadi ciri khas jenama itu. Tempat duduk memiliki garis bumbung tersendiri bagi memastikan setiap penumpang dapat menikmati pandangan depan dan selesa dalam perjalanan jauh.

Discovery juga dilengkapi set infotainment InControl Touch Pro dengan ciri akses pelbagai aplikasi, navigasi satelit dan kawalan kenderaan menerusi paparan skrin sentuh resolusi tinggi 10-inci yang dikemas kini.

4. REKAAN DINAMIK

Rekabentuk Discovery (2018) baharu lebih dinamik berbanding model terdahulu. Bahagian depan dipasang ukiran permukaan baharu, lampu depan seperti permata dan rekaan lampu siang (DRL) moden bersama signatur pencahayaan tersendiri.  Rupa belakang menampilkan lampu LED mendatar yang menyerlahkan personaliti Discovery yang sporty.

5. LEBIH RINGAN

Struktur badan monokok ringan diperbuat daripada aluminium (85 peratus) dan bahan kitar semula (43 peratus), sekali gus menjadikan Discovery lebih ringan 480kg berbanding model lama. Sistem suspensi udara empat bucu pula meningkatkan kualiti pengendalian dalam apa jua keadaan.

Menariknya ,bahagian but mengetengah ciri Powered Inner Tailgate yang boleh ditarik hingga 285mm untuk dijadikan tempat duduk. Ruang but pula mampu menampung berat hingga 300kg.

GALERI

Discovery Jaguar Land Rover Kenderaan Utiliti Sukan Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Land Rover Land Rover Discovery Land Rover Discovery Gen-5 Roda4 SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.