Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»5 Bahagian Dalaman Kereta yang Ramai Pemandu Terlupa Cuci
Autotainment

5 Bahagian Dalaman Kereta yang Ramai Pemandu Terlupa Cuci

Han OthmanBy Han Othman16/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETA ibarat rumah yang menjadi ruang peribadi anda. Di situlah anda makan, minum, bersin, tertumpah kopi, atau najis si kecil dan mengusung kasut berselut atas karpet. Cara paling popular membersihkan kereta ialah mengelap kawasan kotoran dan menvakum yang biasanya dilakukan ketika mencuci kereta.

Tetapi, tahukah anda ada beberapa kawasan kotoran yang anda terlepas pandang?

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Kemasan Krom dan Cat Kereta yang Perlu Anda Tahu

1. KARPET


Anda kerap menvakum, tetapi sangat jarang sekali mencuci karpet bukan? Walhal, karpet ialah kawasan paling kotor kerana di situlah tempat paling akrab dengan kasut yang anda tumpangkan bersama sisa debu, lumpur, habuk, dan kotoran tanah setiap kali memandu. Itu belum lagi dikira segala macam lelehan dan tumpahan sisa kotoran makanan dan barangan.

Jadi, silalah cuci karpet kereta anda sekarang dan berikan lebih tumpuan kepada karpet bahagian pemandu. Anda boleh cuci sendiri menggunakan pencuci fabrik ataupun hantar saja ke pusat cuci kereta, dan minta dicuci menggunakan pencuci kimia khas. Boleh juga dihantar ke pusat mencuci karpet. Pastikan dijemur sehingga betul-betul kering.

2. BUT


Tiada siapa duduk dalam but, melainkan anda menyeludup lembu ke Siam. But ibarat bilik stor bagi kereta. Di situlah anda campakkan segala macam barang daripada barangan runcit, beg dan bagasi, perabot hingga kepada alat perkakasan dan baik pulih serta barangan pertanian.

Kereta moden hari ini ada menyediakan talam atau pelapik vinil khas untuk bonet. Ini lebih mudah dicuci hanya dengan mengelap. Jika kereta anda tiada, karpet but jadi mangsa kepada pelbagai kotoran yang ditinggalkan. Pernahkah anda mencucinya?

BACA >>> #ApaNakBuat: 10 Tip DIY Mudah Cuci Penapis Penyaman Udara Proton Saga BLM

Seperkara lagi, jangan pula dilupakan ruang menyimpan tayar simpanan kerana kotoran dan kelembapan mampu mengotorkan tempat tersebut walaupun anda tidak pernah menyimpan apa-apa di situ melainkan sebuah tayar donat dan jek.

3. SILING BUMBUNG


Bilakah kali terakhir anda mencuci siling bumbung kereta? Tahukah anda, siling bumbung mampu memerangkap bauan daripada asap rokok atau makanan dan mungkin menyebabkan kesan tompokan walaupun anda tidak pernah menyentuh kawasan tersebut sejak mula membeli kereta.

Cara mencuci fabrik pada siling bumbung perlu dilakukan dengan berhati-hati menggunakan bahan pencuci yang betul dan dikeringkan dengan sempurna. Ini kerana kelembapan mampu meninggalkan kesan warna tidak sekata.

4. PEMEGANG CAWAN


Pemegang cawan di sini adalah daripada jenis mempunyai lantai atau tapak, biasanya terletak di konsol gear. Sisa tumpahan minuman yang kering menyebabkan lantai pemegang cawan kotor dan melekit serta berbau. Lebih malang jika pemegang cawan bertona gelap yang menyukarkan anda mengesan sebarang kesan kotoran.

Cara mencuci adalah dengan menuang sedikit air bersabun ke dalam pemegang cawan tersebut dan gunakan berus kecil seperti berus gigi untuk menyental. Buang air kotoran menggunakan kain serap air atau span. Ada sesetengah kereta menyediakan pelapik getah khas pada pemegang cawan. Jadi, anda cuma perlu menanggalkan pelapik tersebut dan mencucinya di rumah sebelum meletakkannya semula.

5. KERUSI


Bahagian penyandar ibarat magnet yang mampu memerangkap pelbagai kotoran, termasuk poket fail di belakang kerusi. Bahagian kerusi lain yang kerap kotor ialah tempat duduk kerana ramai pemandu ada tabiat menyelitkan telefon bimbit mereka di celahan kelangkang ketika memandu. Bukit telefon bimbit itu yang menyebabkan kotoran, tetapi geseran dan sentuhan tangan anda di kawasan berkenaan.

Begitu juga bahagian di kedua-dua sisi kerusi pemandu dan penumpang depan yang bersebelahan konsol tengah. Ini kerana bahagian tersebut kerap menerima pelbagai aktiviti melibatkan sentuhan tangan sama ada kerana menukar gear, menarik brek tangan, mengecas telefon bimbit dan meletak air ke pemegang cawan.

Cara mencuci, jangan lupa memvakum dahulu untuk menghilangkan sisa berpasir yang boleh merosakkan material fabrik atau kulit kerusi. Gunakan bahan pencuci khas untuk jenis material kerusi kereta anda dan gosok menggunakan berus lembut dengan perlahan, tetapi berkali-kali hingga kesan kotoran hilang. Bilas dengan air bersih dan keringkan.

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Kemasan Krom dan Cat Kereta yang Perlu Anda Tahu

Bagi kerusi fabrik, anda boleh gunakan vakum stim yang memang dikhaskan untuk material jenis itu. Jika tiada, boleh hantar saja ke pusat cucian kereta yang menawarkan servis berkenaan.

SUMBER & FOTO: Popular Mechanics

autotainment bahagian dalaman kereta yang pemandu lupa cuci cuci dalaman kereta cuci interior dalaman kereta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

16/04/2026
Tersalah tekan pedal minyak
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

13/04/2026
Toyota Hilux BEV offroad
Sembang Deras

#SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

09/04/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

By Abang Hirata10/04/2026
Guru terlanggar pelajar SMK Tanjung Mas
Auto Terkini

Guru Direman Dua Hari Kes Rempuh Pelajar dalam Kawasan Sekolah

By Han Othman13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.