Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»4 Reviu Pantas | Modenas Dominar D400 vs Pulsar NS200 vs Kawasaki Z250
Roda2

4 Reviu Pantas | Modenas Dominar D400 vs Pulsar NS200 vs Kawasaki Z250

ZYBy ZY24/04/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BARU saja dunia permotoran tempatan dikejutkan dengan kapcai 185cc daripada SYM Malaysia awal minggu lalu, pengeluar motosikal nasional, Modenas pula dengan rasmi melancarkan Modenas Dominar D400 dengan harga jauh lebih murah berbanding jangkaan awal kami, malam Rabu lalu.

BACA >>> Modenas Dominar 400 ‘Naik Gila’, Jual Harga Tak Masuk Akal RM13,788!

Ditawarkan pada harga bermula RM13,788 (tidak termasuk GST, untuk masa terhad sahaja), kami anggarkan harga jualan biasa sport-tourer ini ialah sekitar RM16,000, sekali gus meletakkan Dominar D400 sebagai pesaing hebat kepada naked bike aras mula lain yang kebanyakannya ditawarkan dalam julat harga RM10,000-RM20,000.

Jika mahu lakukan perbandingan dalam spektrum harga ini, hanya dua pesaing paling menonjol, iaitu Pulsar NS200, juga keluaran Modenas, dan Kawasaki Z250, naked bike 250cc pilihan ramai sejak dilancarkan di pasaran tempatan 5 tahun lalu. Pulsar NS200 ditawarkan pada harga atas jalan sekitar RM10,000, manakala Z250 pula lebih mewah, antara RM20,000-RM22,000.

Dengan perbezaan harga sekitar RM5,000, dapatkah Dominar D400 memikat hati anda? Ikuti analisis awal kami dengan membandingkan aspek kuasa, ciri dan praktikaliti ketiga-tiga model naked bike tersebut.

1. KUASA

  • Modenas Dominar D400 | 35Hp @ 8,000rpm | 35Nm @ 6,000rpm
  • Modenas Pulsar NS200 | 23.5Hp @ 9,750rpm | 18.6Nm @ 8,000rpm
  • Kawasaki Z250 | 31.5Hp @ 11,000rpm | 21 Nm @ 10,000rpm

Dominar D400 dengan kuasa puncak cuma 35hp, mungkin menghampakan ramai peminat motosikal Malaysia yang rata-ratanya mengharapkan kelajuan lebih tinggi seiring sesaran enjin 373cc. Namun harus diingat, tidak seperti jentera sukan a.k.a sportbike tulen, jentera naked bukan dibina untuk mencapai kuasa dan kelajuan maksimum yang tinggi.

Berbeza Pulsar NS200 dan Z250 yang berkongsi nadi dan talaan sama dengan saudara sportbike fairing masing-masing, nadi Dominar D400 pula ditala dengan karakteristik sport-cruiser. Ini jelas dilihat pada angka tork enjin 373cc Dominar yang sangat tinggi, boleh dikatakan hampir dua kali ganda lebih ‘pikap’ berbanding dua pesaing itu.

Jika anda bertubuh badan besar, Dominar D400 ialah pilihan terbaik untuk dibawa meronda dalam bandar mahupun meredah lebuh raya.

2. CIRI

  • Modenas Dominar D400 | ABS, ada dual channel | Klac Sliper
  • Modenas Pulsar NS200 | ABS, tiada | Klac Sliper
  • Kawasaki Z250 | ABS, tiada | Klac Sliper

Kemenangan mudah bagi Modenas Dominar D400 dalam segmen ini kerana tiada satu pun pesaing yang dilengkapi ABS Dual-Channel (depan dan belakang) dan klac sliper, iaitu ciri mewah yang biasa ada pada motosikal dalam julat harga lebih tinggi.

Jika anda masih mahukan naked bike aras mula Kawasaki dengan ciri disebutkan itu, pilihan yang ada cuma Kawasaki Z300 yang berharga sekitar RM26,000 tidak termasuk cukai dan insurans (tidak termasuk kos lesen B penuh jika belum ada). Dalam segmen bajet, varian sportbike, Modenas Pulsar RS200 cuma ditawarkan dalam ABS Single-Channel dan tanpa klac sliper pada harga yang cuma sedikit rendah berbanding Dominar 400, iaitu sekitar RM13,000.

BACA >>> 10 Soalan Paling Banyak Ditanya Tentang Modenas Dominar D400

Selain ABS dan klac sliper, ketiga-tiga naked bike itu mempunyai ciri setara. Fork depan masih teleskopik dan sistem suspensi belakang monoshock dengan brek cakera tunggal di depan dan belakang, termasuk rekabentuk keseluruhan menarik.

3. PRAKTIKALITI

  • Modenas Dominar 400 | Tangki 13 Liter
  • Modenas Pulsar NS200 | Tangki 12 Liter
  • Kawasaki Z250 | Tangki 17 Liter 

Memandangkan antara tujuan utama memilih naked bike ialah untuk tunggangan harian ke tempat kerja, kapasiti tangki minyak pasti menjadi antara kriteria utama yang perlu disemak selain kadar penggunaan bahan api.

Berita baik, ketiga-tiga naked bike dalam senarai ini memenuhi kriteria di atas dengan kapasiti tangki memuaskan. Kawasaki Z250 didatangkan dengan tangki paling besar, iaitu 17 liter. Dengan penjimatan bahan api sekitar 24km per liter (atau lebih jika ditunggang lebih relaks), soal tunggangan jarak jauh sememangnya tidak menjadi masalah bagi nakedbike Kawasaki ini. Pulsar NS200 dan Dominar D400 pula walaupun dengan tangki yang lebih kecil, masih menawarkan tahap penggunaan api munasabah untuk sesaran enjin masing-masing dengan kadar penjimatan sekitar 27-30km per liter, bergantung gaya tunggangan.

BACA >>> Mahu Servis Motosikal, Hubungi Saja Mobile Service Modenas

Dari segi keselesaan, ketiga-tiga naked bike mempunyai ergonomik hampir menegak selain pelana yang cukup empuk untuk tunggangan jarak jauh. Kelebihan kepada Kawasaki dengan enjin dwi-silinder, tunggangan terasa lebih lancar berbanding Dominar D400 dan Pulsar NS200, dengan enjin silinder tunggal menjadikan getaran lebih terasa pada kedua-dua nakedbike Modenas ini.

Selain itu, Kawasaki Z250 juga sudah terbukti tahan lasak berbanding jentera 250cc lain, manakala sukar meletakkan status sama untuk Modenas Pulsar NS200 dan Dominar D400 kerana kedua-dua model nasional itu masih baharu di pasaran Malaysia. Namun, berdasarkan banyak maklum balas positif penunggang di negara asal jenama itu, iaitu India, dapat dijangka kedua-dua naked bike versi rebadge Modenas itu turut memiliki kualiti dan ketahanan yang setara.

4. SPESIFIKASI

bajaj dominar 400 Bajaj Pulsar NS200 dominar 400 abs harga dominar 400 harga kawasaki z250 harga pulsar ns200 Kawasaki Malaysia KAWASAKI Z250 modenas dominar 400 MODENAS Dominar D400 modenas pulsar NS200 perbandingan spesifikasi dominar 400 spesifikasi dominar 400 spesifikasi kawasaki z250 spesifikasi pulsar ns200
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

24/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

21/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

20/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

18/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

By Abang Hirata25/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.