Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»224 Kes Kemalangan Lebuhraya KL-Karak Sejak Januari Hingga Julai 2022
Auto Terkini

224 Kes Kemalangan Lebuhraya KL-Karak Sejak Januari Hingga Julai 2022

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


POLIS mendedahkan 224 kes kemalangan jalan raya berlaku antara KM40 hingga KM50 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Kemalangan membabitkan kereta adalah paling tinggi dengan 164 kes, dan diikuti lori (24 kes) dalam tempoh masa sama. Kes kemalangan motosikal pula 14 kes.

Statistik didedahkan Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar dalam kenyataan hari ini.

@eynaredh0 Alhamdulillah Allah lindung kami dari di rempuh lori 😢 lori masuk gaung dan di khabarkan driver lori tu tersempit patah kaki..terima kasih abg lori yang cuba sebaiknya elak kereta kami di rempuh sehingga nyawa mereka hampir terkorban.. #kemalanganbentong #bentong #fyp #fypシ ♬ original sound – eynaredh0

Insiden kemalangan terbaharu adalah pada Jumaat lalu (29 Julai) membabitkan dua treler dipandu warga tempatan, masing-masing berumur 24 dan 30 tahun, dekat KM43.3 Lebuhraya KL-Karak, menghala timur.

Kes pertama berlaku apabila treler dengan muatan besi buruk hilang kawalan, dan terbabas sebelum terbalik di lokasi berkenaan. Treler itu dilaporkan dari Pelabuhan Klang menuju Kuantan ketika cuaca hujan dengan permukaan jalan licin.

Kes kedua pula berlaku beberapa minit kemudian membabitkan treler muatan kayu bergergaji yang terbabas menjunam ke dalam gaung di lokasi sama.

Treler kedua dilaporkan cuba mengelak trafik sesak berikutan kemalangan treler pertama dengan menghimpit laluan jalan. Bagaimanapun, pemandunya hilang kawalan hingga terlanggar batu penghalang jalan sebelum terjatuh dan terbalik ke dalam gaung.

Klip video kemalangan berkenaan turut tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

KONDISI PEMANDU TRELER

  • Pemandu treler pertama mengalami kecederaan belakang badan, tangan kiri dan kaki kanan, serta dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Bentong.
  • Pemandu treler kedua pula patah kaki dan tangan kanan, termasuk patah bahu kiri dan dirawat di hospital swasta.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Zaiham turut meminta pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan berhemah ketika memandu, termasuk memastikan kenderaan dipandu disenggara baik.

BACA >>> Video Penunggang Jatuh Tengah Jalan Nyaris Dilanggar Saga, Pantang Maut Sebelum Ajal!
BACA >>> Nahas 7 Kenderaan di PLUS, Pemandu Treler Ada 13 Rekod Kesalahan Trafik
BACA >>> Dua Beradik Maut, Estima Lima Sekeluarga Terbabas, Terbalik di Karak

Auto Terkini Kemalangan Lebuhraya KL-Karak 2022 Kemalangan Treler Karak Statistik Kemalangan Lebuhraya KL-Karak Zaiham Mohd. Kahar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    27/07/2026
    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.