• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dua Beradik Maut, Estima Lima Sekeluarga Terbabas, Terbalik di Karak

Dua Beradik Maut, Estima Lima Sekeluarga Terbabas, Terbalik di Karak

December 17, 2021 By Farah Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HAJAT sekeluarga pulang ke Kelantan untuk menghadiri majlis pertunangan, berakhir tragedi apabila terlibat dalam sebuah kemalangan di Kilometer (KM) 44.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Bentong pagi tadi.

Dalam insiden kira-kira jam 3.33 pagi itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dilaporkan hilang kawalan atas jalan raya lembap sebelum terbabas.

Impak kemalangan mengakibatkan dua ahli keluarga mangsa, Wafa Safia Mohd Hairy, 17, dan  Adam Haiqal, 12,  maut di tempat kejadian, manakala tiga beranak lagi, Mohd Hairy Ahmad (bapa), 44, Zuraini Zolkifli (ibu), 44, dan Fahmi Eyman, 10, kini kritikal.

Menurut polis, keluarga tersebut menetap di Shah Alam, Selangor dan sedang dalam perjalanan ke Kelantan untuk menghadiri majlis pertunangan adik Zuraini. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat, manakala tiga ahli keluarga cedera dirawat di hospital sama.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis turut mengingatkan pengguna Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur supaya lebih berhati-hati kerana negeri di Pantai Timur Semenanjung kini sedang mengalami Monsun Timur Laut.

BACA >>> Treler Langgar Jejambat, Penunggang Motosikal Di Belakang Terhuyung-Hayang!
BACA >>> Video Bukti Kenapa Ramai Takut Guna RFID di Tol
BACA >>> SAH!!! Tiada Lagi Lorong Touch 'n Go, Smart TAG Menjelang 15 Januari 2022

SUMBER: FBPolisBentong

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bentong, estima, karak kemalangan, kemalangan, kemalangan maut, Toyota Estima

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my