Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#2019MotoGP: Dani Pedrosa Bakal Sertai Pasukan Baharu – Petronas Yamaha?
Auto Terkini

#2019MotoGP: Dani Pedrosa Bakal Sertai Pasukan Baharu – Petronas Yamaha?

ZYBy ZY28/06/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENURUT sumber diyakini, Dani Pedrosa berkemungkinan besar bakal menyertai pasukan satelit baharu, Petronas Yamaha untuk Kejuaraan MotoGP musim akan datang.

Tidak lama selepas mengumumkan rancangan persaraan beliau di Barcelona awal bulan lalu; selepas diumumkan bahawa kontrak bersama Honda tidak lagi diteruskan untuk musim depan, khabar ini serentak dengan ura-ura pasukan Ángel Nieto Team bakal meninggalkan arena MotoGP tahun depan berikutan masalah kewangan, sekali gus membuka ruang kepada pasukan satelit baharu menggantikan tempat mereka.

Pedrosa juga khabarnya bakal disertai bekas pelumba akademi Valentino Rossi, Franco Morbidelli berikutan masalah dalaman yang membelenggu pasukan Marc VDS Honda sekarang.

“Zaman sekarang semua kena duit brader… masuk toilet pun caj 50sen”

Pasukan baru Petronas itu dijangka menggunakan jentera Yamaha M1 dengan spesifikasi pengilang (factory) terkini untuk peringkat awal. Bagaimanapun, penambahbaikan berikutnya bergantung kepada kos yang perlu ditanggung Yamaha.

Menurut Ketua Pasukan Movistar Yamaha, Lin Jarvis kepada MCN awal tahun ini;

“Kami ada dua penunggang factory dalam pasukan factory, dan mereka akan jadi fokus pembangunan pada masa akan datang. Ya, kami boleh bekalkan motosikal dengan spesifikasi setanding pasukan lain tetapi soalnya, duit.

“Seterusnya pembangunan untuk pelumba factory, jika ia berkesan dan kami punya cukup masa untuk hasilkan komponen tambahan, barulah akan dibekalkan untuk pelumba lain. Ini bergantung soal kewangan kerana terdapat peringkat harga berbeza untuk setiap spesifikasi jentera berbeza dan sokongan yang akan diberikan.”

Dengan kehadiran Pedrosa di sidang media Motul TT Assen hari ini, nantikan pengumuman rasmi dalam masa terdekat.

*factory = Pasukan yang disokong penuh pihak perusahaan

SUMBER: MCN

Dani Pedrosa dani pedrosa petronas yamaha dani pedrosa sertai yamaha franco morbidelli MotoGP Petronas petronas yamaha Yamaha
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.