Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#2018MotoGP: “Semua Pelumba Ada Peluang Menang” – Marquez
Auto Terkini

#2018MotoGP: “Semua Pelumba Ada Peluang Menang” – Marquez

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/03/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JUARA bertahan dan bakal kekanda MotoGP, Marc Marquez berpendapat perlumbaan musim 2018 bakal memberi cabaran sengit sebaik saja saingan bermula di Qatar minggu depan. Menurutnya, semua pelumba ada peluang untuk menjuarai perlumbaan tersebut.

Ini dibuktikan menerusi sesi ujian pramusim MotoGP di litar Losail, Qatar minggu lalu yang jelas menyaksikan beberapa pelumba utama mencatatkan jurang masa yang sangat hampir untuk masing-masing bergelar juara.

Dalam ujian akhir di Losail, Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) mengungguli carta masa dengan beberapa saat mengatasi catatan masa terpantas dibuat Jorge Lorenzo (Ducati Team) sejak 2008. Sesi ujian tersebut diakhiri dengan jurang masa kurang 3/4 saat bagi 10 pelumba teratas walaupun dalam trek panjang (5.6km).

BACA >>> Menjelang MotoGP 2018, Iannone Mengadu Suzuki GSX-RR Tidak Laju, Bergegar

Berdasarkan kelajuan dan catatan masa yang agak pantas dalam sesi ujian terakhir itu, Marquez yang terkenal dengan julukan ‘Semut Cervera’ itu beranggapan perlumbaan musim ini akan memberikan cabaran cukup sengit kepada dia dan pelumba utama lain.

Malah, pelumba yang memiliki senyuman seluas lautan mediterranean itu juga menganggap catatan masa yang direkodkan dalam ujian pramusim akhir tersebut tidak ubah seperti ujian kelayakan masa sebenar.

SEMUA PELUMBA LAJU BELAKA

“Kalau dilihat corak perlumbaan pada akhir ujian itu, nampak seperti (Danilo) Petrucci boleh jadi sangat laju dalam perlumbaan sebenar! Cal (Crutchlow) juga sangat laju dan konsisten, (Johann) Zarco pun laju dalam satu lap walaupun bergelut menamatkan seluruh perlumbaan dan akhir sekali, kekanda MotoGP Valentino (Rossi) juga sangat laju, dan Dovi (Andrea Dovizioso) akan jadi antara pelumba terkuat.

“Kami (Marquez dan pasukan) sudah sedia berlumba dan dapat keputusan pramusim yang baik. Kami bekerja keras di Malaysia, Thailand dan Qatar, termasuk melakukan banyak lap untuk cuba dan faham tentang jentera.

“Kami agak bergelut di Losail seperti dijangka, tetapi dapat memperbaiki kelajuan pada hari akhir, saya gembira kerana itu boleh jadi titik kelemahan saya,” kata Marquez panjang lebar seraya tersenyum indah dan sambung bersenam.

SUMBER: MCN

2018 MotoGP Marc Marquez MotoGP Repsol Honda Team sukan permotoran
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.