Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»16 Fakta Pantas: Toyota RAV4 Serba Baharu Lancar di Malaysia! Harga Mula RM196k
Roda4

16 Fakta Pantas: Toyota RAV4 Serba Baharu Lancar di Malaysia! Harga Mula RM196k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UMW Toyota Motor menambah satu lagi pilihan model kenderaan utiliti sukan (SUV) untuk pasaran tempatan dengan memperkenalkan Toyota RAV4 serba baharu menerusi pelancaran secara atas talian.

Model segmen-C itu diperkenalkan pada pertengahan 90-an (generasi kedua) sebagai SUV yang menawarkan praktikaliti, pengendalian dan keselesaan seperti kereta penumpang.

Selepas tiga dekad, RAV4 kini kembali menerusi model generasi kelima sebagai pilihan tambahan buat pengguna Malaysia, terutama peminat SUV.

Apakah fakta menarik tentang model yang meraih anugerah Kereta Terbaik (COTY) Jepun 2019 ini?

1. Toyota RAV4 versi Malaysia adalah model import (CBU) dan ditawarkan dalam dua varian:

  • RAV4 2.5L – RM215,665
  • RAV4 2.0L – RM196,436

* Harga tidak termasuk insurans.

2. Ada enam warna untuk dipilih:

  • Dark Blue Mica (biru gelap)
  • Grey Metallic (kelabu metalik)
  • White Pearl CS (putih)
  • Red Mica (merah)
  • Attitude Black (hitam)
  • Silver Metallic (perak)

3. Luaran RAV4 serba baharu tampil lebih sporty, agresif dan moden menerusi rekabentuk maskular dengan garis badan tajam. Konsep oktagon silang dikukuhkan dengan rekaan gril trapezoid berlapis lebar yang menyerlahkan aura lasak SUV ini.

4. Seperti model terkini Toyota lain, RAV4 serba baharu dibangunkan berasaskan platform baharu Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) yang memberikan lebih aspek ketahanan, kestabilan dan penglihatan. Kedudukan cermin sisi pada pintu dengan pilar A tirus menawarkan sudut pandang lebih baik. Selain itu, tahap olengan badan juga dipertingkat.

5. Sistem trenkuasa baharu Dynamic Force kini lebih ringan dan berkuasa menerusi enjin 4-silinder dengan teknologi pembakaran berkelajuan tinggi dan pemasaan injap boleh ubah pintar VVT-iE. Enjin ini menawarkan kecekapan suhu terbaik di dunia pada tahap 40 peratus, iaitu dua kali ganda berbanding kebanyakan enjin pembakaran dalaman lain.

6. Ada dua kapasiti enjin RAV4 serba baharu ditawarkan:

  • 2.5L (A25A-FKS) – 205hp, 243Nm
  • 2.0L (M20A-FKS) – 121hp, 207Nm

7. Enjin 2.5L digandingkan dengan transmisi automatik anjakan terus 8-kelajuan (Direct Shift 8-AT), manakala enjin 2.0L menggunakan transmisi CVT dengan ciri Sequential Shiftmatic. Kedua-dua transmisi dipadankan dengan mod pemanduan Eco, Normal dan Sport. Juga ada ciri pedal syif.

8. Dimensi lebar 1,855mm dengan jarak roda 30mm lebih panjang memberikan ruang kabin lapang dan dilengkapkan papan pemuka meter Optitron premium yang jelas dan terang. Skrin  paparan multi-info (MID) 7 inci berwarna melengkapkan meter gabungan TFT yang boleh ditukar antara paparan analog atau digital.

9. Sistem infotainmen DVD-AVX 7 inci dengan enam pembesar suara dilengkapkan dengan ciri sambungan wayarles seperti Mirrorlink, Miracast, AUX, Bluetooth, Apple CarPlay dan Android Auto. Ciri arahan suara juga ditawarkan untuk kedua-dua varian.

10. Kerusi depan lebih tebal dengan sokongan lumbar belakang lebih besar untuk menampung postur duduk yang selesa mengikut pelbagai saiz badan. Kerusi pemandu boleh dilaraskan dengan fungsi 8-tetapi berserta memori.

11. Kerusi belakang dengan nisbah lipat 60:40 menawarkan ekstra ruang but untuk memuatkan barangan seisi keluarga, termasuk ciri buka pintu but elektrik menerusi sensor gerak kaki yang memudahkan pengguna memunggahkan dan memuatkan barangan.

12. Ruang but adalah terbaik dalam kelas dengan bahagian pelapik lantai boleh diterbalikkan mengikut pelbagai kegunaan, dan boleh dilaraskan ketinggian untuk mendapatkan lebih ruang.

13. Pemasangan penebat bunyi pada lantai meningkatkan redaman bunyi dan mengurangkan tahap kebisingan, kekerasan dan gegaran (NVH) dalam kabin.

14. Ciri lain ditawarkan RAV4 serba baharu adalah sistem kunci pintar (keyless) dan lebih banyak palam USB untuk mengecas peranti elektronik, termasuk pad pengecas wayarles yang beroperasi mengikut standard Qi. Juga ada banyak pemegang cawan dan botol.

15. RAV4 serba baharu turut dilengkapkan pakej keselamatan lengkap seperti:

  • 7 beg udara SRS
  • Cermin pandang belakang elektrokromik (EC) untuk elak silau lampu kenderaan belakang
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Pemantau Titik Buta (BSM)
  • Brek Parkir Elektrik (EPB) dengan ciri pegun HOLD
  • 2 perakam video digital (DVR)
  • Amaran Tekanan Tayar (TPW)
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX
  • Imobiliser dan sistem penggera
  • Sistem Telematik Kenderaan (VTS) dengan bantuan jejak menggunakan GPS/GSM

16. RAV4 serba baharu turut dipakejkan dengan sistem bantuan pemandu Toyota Safety Sense (TSS) yang terdiri daripada:

  • Sistem Praperlanggaran (PCS)
  • Amaran Tukar Lorong (LDA) dengan Bantuan Stereng
  • Bantuan Jejak Lorong (LTA)
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) untuk semua halaju
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)

BACA >>> #SMS2019: Toyota RAV4 di Singapura Berharga Mercedes, RM364k!
BACA >>> #PanduUji: Inilah Sebab Kenapa Saya Pilih Honda CR-V Baharu Versi Premium

GALERI
autoterkini SUV SUV Segmen-C Toyota Toyota RAV4 UMW Toyota Motor
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Proton eMas 7 Premium Plus Rasmi Di Malaysia – Varian Tertinggi Dengan Jarak 450km

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-60 3.3L MHEV Dilancar di Malaysia, Harga RM252k

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.