• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #SMS2019: Toyota RAV4 di Singapura Berharga Mercedes, RM364k!

#SMS2019: Toyota RAV4 di Singapura Berharga Mercedes, RM364k!

January 11, 2019 By Admin PanduLaju 3 Comments

FacebookTwitter


SINGAPURA baru saja melancarkan Toyota RAV4 pada Pameran Motor Singapura (SMS) 2019 yang berlangsung 10-13 Januari ini. Pasti ramai kecewa kerana kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C itu kemungkinan besar tidak akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Di atas jalan RAV4 ialah lawan kepada pesaing lain seperti Honda CR-V, Nissan X-Trail, Proton X70 dan Mazda CX-5.

BACA >>> Toyota RAV4 (2019) Bakal Perkenal Enjin Petrol dan Hibrid

UMW Toyota Motor mungkin ada alasan tersendiri untuk tidak turut serta dalam pasaran SUV saiz pertengahan di negara ini. Penampilan RAV4 generasi kelima lebih ranggi yang diilhamkan daripada rekabentuk geometri menerusi dua lapis gril trapezoid yang diapit sepasang lampu utama projektor LED.

TOYOTA RAV4-16
TOYOTA RAV4-11
TOYOTA RAV4-12

Bahagian belakang dipadankan lampu LED sedikit besar dan pintu berkuasa elektrik. Melengkapkan penampilan SUV itu rim 18-inci. Ruang kabin lebih lapang dan ringkas dengan diserikan ciri iluminasi LED, butang penghidup enjin dan tiga palam USB.

BACA>>>Mahu Beli Honda CR-V 2017? Ini 10 Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu...

Tidak ketinggalan elemen mewah yang boleh dilihat menerusi penggunaan paparan multi-info dan meter halaju 7-inci. Sama seperti Camry, RAV4 dibina berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) yang digabungkan dengan sistem bantuan pemandu, Toyota Active Sense.

TOYOTA RAV4-4
TOYOTA RAV4-7
TOYOTA RAV4-6

Toyota Active Sense membariskan beberapa ciri keselamatan pemanduan seperti termasuk Sistem Pra-Perlanggaran (PCS) dengan Pengesan Pejalan Kaki dan Penunggang Basikal (PCD), Amaran Tukar Lorong (LDA) dengan Bantuan Stereng (SA), Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) dan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB).

BACA >>> #KLIMS2018: Toyota Camry Serba Baharu Lancar di Malaysia, Harga RM189,900

RAV4 dipacu enjin 4-silinder 2.0L berkuasa 170hp dan tork 203Nm dengan kotak gear CVT Direct Shift, dan hadir dalam satu varian pada harga S$119,988 (RM363,606).

GALERI

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Borneo Motors Singapore, Pameran Motor Singapuran (SMS) 2019, Singapore Motorshow 2019, SMS 2019, SUV, SUV segmen-D, Toyota, Toyota RAV4, UMW Toyota Motor

Comments

  1. UMW Tamak says

    January 11, 2019 at 10:00 PM

    Bukan segment D. Patut segment C. Lawan CR-V dan X70 kan.

    BTW x bawa masuk sebab UMW Toyota BODOH. Nak jual mahal sangat dah ada Fortuner. Jadi senang je lah, x perlu bawa masuk. CH-R pun dah RM150K, Fortuner RM180K, Harrier pula RM220K. Nak letak Rav4 celah mana? UMW Toyota Malaysia bodoh dan tamak. Elok tutup terus x payah ada Touota kat Malaysia sini.

    Reply
    • Diamond Shines Bright says

      January 22, 2019 at 3:35 PM

      Why do you have to be so angry you can’t blame them completely....yes their cars are considered expensive compared to other country but atleast Toyota has made great effort in manufacturing their cars as it will last longer than other car brands

      Reply
  2. Faizal Ahmad says

    September 9, 2019 at 7:04 PM

    I'll buy Lexus NX F Sport that only around RM400k compare to this RAv4.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?
    #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my