Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»13 Soalan Paling Banyak Ditanya Tentang Proton X70
Autotainment

13 Soalan Paling Banyak Ditanya Tentang Proton X70

Abang GYLBy Abang GYL13/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS sekian lama pung pang pung pang, akhirnya semua teka-teki tentang Proton X70 sudah terjawab. Begitu juga harga yang memang dinanti-nanti peminat kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama dikeluarkan pengeluar nasional itu.

Bertalu-talu kami diajukan pelbagai soalan mengenai X70, dan selepas ditapis, disunting dan diteliti, inilah 13 soalan tentang SUV tersebut yang paling kerap ditanya pembaca.

BACA >>> Misteri Selesai! Proton X70 Rasmi Dilancarkan dengan Harga Bermula RM99,800

1. BERAPAKAH HARGA?

Ada empat varian, X70 dijual pada harga bermula RM99,800 – RM123,800.  Lebih menarik, harga ini juga sama untuk jualan di Sabah dan Sarawak.

  • Standard 2WD – RM99,800
  • Executive 2WD – RM109,800
  • Executive AWD – RM115,800
  • Premium 2WD – RM123,800

2. KENAPA MAHAL SANGAT?

Kami sejujurnya agak terkejut dengan pengumuman harga dibuat Proton, terutama untuk varian paling premium (Premium 2WD). Anggaran asal kami ialah sepatutnya dalam julat RM135,000. Bayangkan pada harga RM123,800, anda sudah boleh dapat varian X70 paling lengkap.

Dan kami terkejut pula bila komen pembaca cakap harga macam ini mahal. Mungkin sebab namanya Proton. Jadi, ramai anggap jenama nasional tidak boleh jual mahal lebih RM100,000. Jadi kami buat andaian mungkin yang beri komen itu belum lagi melihat X70 depan mata, dan tidak tahu (atau tak nak ambil tahu) pada harga semasa untuk segmen SUV di Malaysia.

Memang betul kereta nasional patut berharga murah, tetapi mestilah sesuai dengan ciri dan spesifikasi diberikan, termasuk harga pasaran sebenar negara ini. Mahu harga murah, tapi mahu kereta yang ada 6 beg udara, full spec, jimat minyak, kabin premium dengan kerusi Nappa, ada bumbung panoramik, rim besar 19 inci, penyaman udara dwi-zon, dan set infotainment dan banyak lagi.

BACA >>> #SembangDeras: Benarkah Harga Kereta di Malaysia Mahal? Penasihat Kewangan Ini Buat Perbandingan

3. BERAPA WARNA?


Ada 5 pilihan warna menarik untuk dipilih, iaitu:

  • Snow White (putih)
  • Armour Silver (perak) – kecuali Executive AWD
  • Jet Grey (kelabu) – kecuali Standard 2WD
  • Cinnamon Brown (coklat) – kecuali Standard 2WD dan Executive AWD
  • Flame Red (merah) – Premium 2WD sahaja

4. GUNA ENJIN APA? CAMPRO KE?

Kenalah maju ke depan bang oii… Proton X70 ini guna enjin 1.8TGDi @ Turbocharged Gasoline Direct Injection berkuasa 182hp @ 5,500rpm dan tork 285Nm @ 1,700-4,400rpm.  Kotak gear pula jenis automatik 6-kelajuan, siap dengan mod manual dan boleh pilih hendak beli varian 2WD atau AWD.  

5. LAMPU SEMUA LED KE?

Ya, semua varian ada ciri LED untuk lampu depan dan belakang KECUALI Standard 2WD (paling asas) daripada jenis halogen.

6. SEMUA ADA BUMBUNG PANORAMIK?

Hanya versi premium diberikan bumbung panoramik. Sebenarnya, kami tidak rasa ciri itu sebagai satu keperluan, cuma kosmetik. Ini kerana iklim negara kita yang konsisten panas dan hujan sepanjang tahun tidak berapa sesuai untuk ciri seperti itu, sama juga macam lampu kabus belakang. Ia lebih kepada kehendak dan feeling good pembeli Malaysia yang suka kereta mereka berbumbung panoramik. Nampak mewah dan stailo katanya.

7. BERAPA KAPASITI TANGKI?

60 liter.

8. SAIZ RIM DAN TAYAR BERAPA?

  • Standard 2WD – 225/65 R17
  • Executive 2WD, dan AWD – 225/60 R18
  • Premium 2WD – 225/55 R19

9. JAMINAN BERAPA LAMA?

5 tahun tanpa had perbatuan. Hah, boleh balun kaw-kaw 😛

10. BERAPA KERUSI?

Ada 5 kerusi.

11. BUATAN CHINA, BOLEH TAHAN LASAK KE?

Di China, model Boyue (X70) ialah model Geely paling laris, dan duduk dalam ranking 10 SUV terbaik di sana. Malah untuk X70 ni, Proton berani bagi waranti sampai 5 tahun tanpa had perbatuan. Maksudnya sepanjang 5 tahun selepas pembelian, bawalah X70 ni sejauh mana yang anda suka kerana kereta ada waranti. Tak payah nak susah hati, asalkan kita ikut terma dan syarat supaya waranti kekal sah. Ini standard yang semua pengeluar pun buat benda sama.

12. ADAS TU APA BENDA? ADA BERAPA AIRBAG?

Ada 6 beg udara untuk semua varian!

ADAS ialah singkatan kepada Advanced Driver Assistance System, iaitu teknologi bantuan pemandu termaju yang menggunakan 9 sensor dan 5 kamera untuk memberikan 7 ciri keselamatan tambahan seperti berikut:

  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Amaran Lencong (LDW)
  • Sistem Maklumat Titik Buta (BLIS)
  • Sistem Amaran Buka Pintu (DOW)
  • Kawalan Lampu Tinggi Pintar (IHBC)

Ciri ADAS ini cuma ada untuk X70 varian Premium 2WD.

BACA >>> Pendedahan Kedua: ADAS – Lengkapkan Proton X70 dengan Ciri Keselamatan Termaju

13. APA PANDANGAN TENTANG PROTON X70

Tanpa ragu-ragu, kami boleh katakan X70 mampu mengembalikan era kegemilangan Proton sebab produk pertama ini memang bagus dan berkualiti. Anda boleh lihat sendiri di bilik pameran proton terdekat.

Cuma pesan kami kepada Proton, jangan banyak main dan sentiasa kena pertingkatkan mutu perkhidmatan selepas jualan. Jangan sampai pelanggan menunggu tempahan terlalu lama yang menunjukkan Proton tidak cekap. Janganlah sampai jika berlaku masalah tentang kereta, pelanggan perlu mengadap masalah sama berulang kali sampai naik fed-up.

Pelanggan sentiasa faham tiada produk yang sempurna, dan sesuatu komponen itu ada tempoh haus dan lusuh (wear and tear) tertentu. Tetapi takkanlah masalah serupa boleh berlaku berulang kali dalam tempoh setahun? Ingat, hidup mati jenama Proton bergantung kepada SUV ini.

BACA >>> Pertandingan Servis Selepas Jualan Proton Bermula untuk Pilih 6 Mekanik Terbaik

Jika X70 berjaya, ini akan menjadi batu loncatan untuk Proton terus dipercayai rakyat Malaysia. Biarkan apa orang hendak cakap, janji Proton kena kekal konsisten dan komited dalam memberikan yang terbaik buat rakyat Malaysia dan pelanggannya.

Ada soalan tambahan lain? Boleh tanya dalam ruang komen di bawah dan kami akan cuba jawab satu-persatu.

autotainment FAQ Proton X70 Geely Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) PROTON Holdings Berhad Proton X70 Roda4 Soalan Tentang Proton X70 SUV SUV kompak
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Jualan kereta di Malaysia
Auto Terkini

MAA: SUV Pacu Pertumbuhan Kenderaan Penumpang 2025, Jualan Sedan Menyusut

20/01/2026
Mercedes-Benz CLA Electric 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-Benz CLA 2026 Serba Baharu – EV Kompak Premium Tayang di Malaysia

19/01/2026
Chery Tiggo 8 2026
Roda4

SUV Segmen-D 7-Kerusi, Chery Tiggo 8 Pula Diperkenal, Harga RM129,800!

19/01/2026
New Kia Carnival 2026
Roda4

Kia Carnival 2026 Baharu Rasmi Lancar di Malaysia, CKD dari Kulim, Harga Mula RM188,888

20/01/2026
View 16 Comments

16 Comments

  1. Minie on 14/12/2018 23:47

    Betul ke model Ckd X70 nanti akan guna engine 1.5? Dan design akan berlainan sikit?

    Reply
  2. Alson on 15/12/2018 21:00

    Persoalan yang sangat penting… Memandangkan subsidi ron95 akan hanya kepada kenderaan bersesaran 1.5L dan ke bawah sahaja…

    Reply
  3. Zainul on 16/12/2018 12:53

    Servis mcm mana? Mahal x?sbb engine oil kena pakai 6 liter kan berbanding suv lain guna 4 liter je.Major servis plk berapa kos dia?

    Reply
    • asd on 08/10/2019 20:36

      5L je la bang. Ingt motor boat ke smpi 6L.

      Reply
  4. Kamal on 20/12/2018 13:53

    Akan adakah model 7 seater pada masa akan datang? Samada X70 atau model lain.

    Reply
  5. Hanz on 08/01/2019 22:25

    Maintenance cost and spare parts?

    Reply
  6. Benison on 12/01/2019 21:30

    What about fuel consumption on a daily use, nobody ever talks about this. I think this is important. Any ideas?

    Reply
    • ABG GYL on 12/01/2019 22:32

      Untuk FC, perlukan ujian secara terperinci. Kami perlukan kereta lebih lama untuk buat ujian

      Reply
  7. Christ on 18/03/2019 11:58

    Btl ka x70 masalah part? Tunggu part dari china ambil masa. Psl fully imported dari china kan. Bkn assembl d malaysia

    Reply
  8. Jasre on 20/03/2019 17:40

    Apakah rekabentuk yg digunakan untuk proton x70?

    Reply
  9. YUSSOP BIN RAPNAN on 15/04/2019 19:18

    PREMIUM X70, can be tinted?

    Reply
    • ABG GYL on 16/04/2019 14:10

      Boleh. tiada masalah

      Reply
  10. Kishean rao on 01/05/2019 12:28

    Megapa tidak ada 1.5cc

    Reply
    • AO on 09/10/2019 07:26

      Versi CKD ada. Siap turbo

      Reply
  11. Long Jee on 05/12/2019 10:19

    Petrol Ron95 sesuai tak untuk kegunaan Proton X70 ni?

    Reply
  12. Muhammad on 03/04/2023 16:23

    Apa soundproof material yg memang sedia ada pada X70 ni?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.