Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»13 Lelaki Kena Cekup Sebab Gunting Rambut Masa PKP
Auto Terkini

13 Lelaki Kena Cekup Sebab Gunting Rambut Masa PKP

Han OthmanBy Han Othman27/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SERAMAI 13 lelaki termasuk pemilik kedai gunting rambut di Jalan Mengkuang, Butterworth ditahan polis kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam serbuan jam 3. 15 petang itu, semua lelaki warga tempatan berusia antara 17 hingga 24 tahun ditahan selepas gagal memberikan alasan munasabah.

BACA >>> Kedai Gunting Rambut, Cermin Mata, Salun Kecantikan Tidak Boleh Operasi!

Kredit Foto: Astro Awani

Menurut Noorzainy, siasatan awal mendapati pemilik kedai gunting itu menjalankan aktiviti menggunting rambut secara tertutup selepas Kerajaan tidak membenarkan premis gunting rambut beroperasi. Ketika serbuan, semua pelanggan berada dalam kedai dan sedang menunggu giliran menggunting rambut.

Dalam serbuan polis itu, kami menahan 13 orang yang disyaki berhimpun tanpa alasan dan siasatan mendapati mereka datang untuk gunting rambut secara tertutup. Kami difahamkan tuan punya kedai membuka perniagaan dan membenarkan pelanggan masuk ke dalam kedai untuk menggunting rambut,” katanya.

Kerajaan sebelum ini menarik kebenaran operasi untuk kedai gunting rambut, dan salun kecantikan seluruh negara sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Serbuan dibuat hasil maklumat awam dan semua mereka disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 6 Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta 342 kerana gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Jika disabitkan kesalahan boleh didenda atau penjara 1 tahun atau kedua-dua sekali.

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Syarat Syarikat Perlu Patuh Jika Mahu Operasi Sepanjang PKP

SUMBER: AstroAwani

Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor Gunting Rambut Ingkar PKP Kedai Gunting Rambut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PKP Fasa Keempat
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Autotainment

Protected: Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

23/06/2026
Auto Terkini

KTM 790 DUKE 2027 – Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R, Ringan 2kg

23/06/2026
Castrol Edge Roving Truck 2026
Auto Terkini

Bukan Sekadar Iklan Digital, Castrol Turun Padang dengan Lori LCD Gergasi ‘Roving Truck’

22/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

20/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

By Shazwan Hisam18/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.