Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»12 Fakta Pantas: Tentang Lexus ES ‘MB Peja’ yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

12 Fakta Pantas: Tentang Lexus ES ‘MB Peja’ yang Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman25/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TENTU ada yang hendak tahu pasal Lexus ES yang baru saja dibeli Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu aka YB Peja bagi menggantikan Toyota Camry sebagai kenderaan rasminya. Kami andaikan varian dibeli itu ialah ES 250 Luxury, iaitu varian paling premium dan mahal dalam siri ES.

Kredit Foto: Berita HarianKredit Foto: Oriental Daily
Kredit Foto: Oriental Daily

Lexus ES serba baharu dilancarkan di Malaysia pada September tahun lalu, bersama satu lagi model kenderaan utiliti sukan (SUV) Lexus, RX.

ES ialah model teras sejak Lexus pada 1989 dan kekal sebagai sedan mewah popular jenama itu dengan jualan global mencecah 2.3 juta unit. Seiring usia 30 tahun di pasaran, ES (2019) kini menjadi penanda aras terkini dalam rekabentuk baharu Lexus.

Berikut beberapa fakta menarik yang perlu anda tahu tentang Lexus ES versi Malaysia.

BACA >>> MB Peja Tukar Lexus ES Sebagai Kereta Rasmi, Camry Lama Serah Kepada ADUN

1. Bertemakan Provocative Elegance, ES generasi ketujuh tampil dengan rekabentuk sporty pintar menerusi garis bumbung lebih rendah di belakang yang memberikan aura coupe. Selain menyerlahkan penampilan elegan, ia turut menyumbang kepada aspek kecekapan aerodinamik.

2. ES dibangunkan menggunakan casis serba baharu yang bukan hanya membolehkan penampilan lebih dinamik tetapi prestasi pemanduan jitu.

3. Keselesaan dalaman dipertingkat untuk semua penumpang dengan jarak pemisah tepi 1,022mm. Ruang kabin juga lebih lapang dan senyap yang menjadi keutamaan ES sejak dulu. Kerusi belakang boleh dilaraskan jenis elektrik dan ada liang pengudaraan untuk memberikan kemewahan dan keselesaan optimum kepada penumpang.

4. Sistem infotainment dengan paparan skrin sentuh 12.3 inci resolusi tinggi yang serasi konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto. Ada juga sistem bunyi Pioneer dengan 10 pembesar suara.

5. Bahagian papan pemuka menumpukan kepada pemandu dengan ruang dan reka letak yang menampilkan kemasan dan kehalusan rapi. Lexus turut menumpukan kepada perincian kualiti dan kemasan akhir ruang kabin dengan mengutamakan layanan ‘Omotenashi’, iaitu budaya layanan Jepun terhadap tetamu.

BACA >>> Lexus ES dan RX Facelift Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM300k

6. Aspek keselamatan ES dilengkapi sistem bantuan pemandu Lexus Safety System +(LSS+) dengan pakej termaju yang terdiri daripada teknologi keselamatan aktif seperti Bantuan Jejak Laluan (LTA) dengan kawalan stereng, Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC).

7. Ciri keselamatan aktif ES ialah: Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) dengan Kawalan Traksi dan Kawalan Mula Daki (HAC), Sistem Amaran Tekanan Tayar (TPWS), Pemantau Titik Buta (BSM) dengan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Signal Brek Kecemasan (EBS), Bantuan Belok Aktif (ACA), Kawalan Mula Pandu (DSC), Pemantau Paparan Panoramik (PVM), Pemantau Bantuan Parkir Undur (RPAM).

8. Ciri keselamatan pasif ES ialah: 10 beg udara SRS, tali keledar 3-poin dengan ciri retraktor kunci kecemasan (ELR), prategang, pengehad beban dan pengurang tegangan untuk penumpang depan, pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX, pengurangan kecederaan leher (WIL).

9. Trenkuasa ES dipadankan enjin 16 injap 4-silinder sebaris 2.5L DOHC (A25A-FKS) berkuasa 204hp @ 6,600rpm dan tork 247Nm @ 5,000rpm dengan teknologi pemasaan injap pintar VVT-iE (Variable Valve Timing – Intelligent by Electric Motor). Kelajuan maksimum ialah 210kmj dan pecutan 0-100kmj sepantas 9.1 saat.

10. Sistem transmisi adalah jenis automatik 8-kelajuan Direct Shift dengan kawalan anjakan pintar AI-Shift (Artificial Intelligence Shift Control).

11. Ada ciri but bebas tangan yang hanya memerlukan pemandu melintaskan kaki bawah bampar untuk membuka but. Sesuai dan mudah untuk memuat masuk barang yang dipegang penuh kedua-dua tangan.

12. Lexus ES facelift didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu Lexus ES 250 Premium pada harga RM299,888 dan Lexus ES 250 Luxury (RM332,888). Bagaimanapun, harga terbaharu Lexus ES sempena insentif pengecualian cukai jualan diberikan Kerajaan ialah RM288,663 untuk varian Premium dan RM320,510 untuk varian Luxury.

BACA >>> Harga Baharu Kenderaan Toyota, Lexus Kini Lebih Murah 1-6 Peratus

GALERI
Auto Terkini Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Lexus Lexus ES Menteri Besar Perak Roda4 sedan mewah
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

24/07/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.