Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»12 Fakta Pantas: Tentang Kawasaki Z900RS (2018) yang Perlu Anda Tahu
Roda2

12 Fakta Pantas: Tentang Kawasaki Z900RS (2018) yang Perlu Anda Tahu

AryonBy Aryon06/04/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAWASAKI Z900RS melakukan debut sempena Pamera Motor Tokyo 2017, yang diilhamkan daripada model retro ikonik 1970-an, Z1. Peminat di Amerika dan Eropah adalah antara kelompok pembeli yang sangat teruja dengan kemunculan motosikal retro-moden ini.

Lebih-lebih lagi buat pengunjung sana yang dapat melihat sendiri jentera tersebut di depan mata sempena Pameran Motosikal Antarabangsa (IMS) New York City. Atas jalan, Z900RS akan berentap dengan model pesaing lain seperti Triumph Street Cup, BMW R nineT dan Honda CB1100EX.

BACA >>> Kawasaki Z900RS Lancar di Tokyo, Bangkitkan Ilham Legenda Retro Z1

Berikut ialah 12 fakta pantas tentang Z900RS:

1. Z900RS menggunakan platform Z900 dengan rekabentuk gaya retro yang diilhamkan daripada model sportbike ikonik Kawasaki Z1. Gaya paling menyerlah dapat dilihat menerusi rekaan tangki petrol ‘air mata’ (teardrop), lampu utama klasik dengan LED, kowl belakang paruh itik, dan rim corak lidi.

2. Ini ialah model kedua dalam barisan Z900. Model basis Z900 yang dilancarkan untuk 2017 ialah sportbike naked bagi menggantikan Z1000, dan Z800. Atas kertas, Z900 ialah pesaing kepada Yamaha MT-09 dan Suzuki GSX-S750/1000.

3. Z900RS dikuasakan enjin 4-sebaris 16 injap 948cc DOHC penyejukan cecair dan ditala untuk prestasi kuasa rev rendah dan pertengahan. Menurut Kawasaki, bagi mendapatkan prestasi enjin rev rendah dan pertengahan, nisbah mampatan ditetapkan kepada 10.8:1, profil aci ambilan pada 248° dan durasi ekzos pada 244°. Tiada kuasa kuda didedahkan, tetapi dianggarkan berkuasa 125hp.

BACA >>> 11 Fakta Pantas: Kawasaki Z900RS Café (2018), Retro 80-an Jadi Sandaran

4. Bagi pecutan mencukupi, dan meningkat kecekapan bahan api serta mengurangkan getaran di lebuh raya, transmisi Z900RS memuatkan gear pertama pendek dan gear 6 yang tinggi.

5. Bagi mengelak lantunan roda ketika menurunkan gear pula, Z900RS menggunakan ciri klac sliper.

6. Buat pertama kali Kawasaki menggunakan ekzos Tuned Exhaust Note pada Z900RS dengan ciri rekaan keluli tahan karat 4-ke-1. Bagi menyediakan bunyi retro daripada enjin 4-sebaris, Kawasaki dengan teliti menala panjang paip ekzos,  rekabentuk pengumpul, lekukan dan ketumpatan gentian kaca dalam damper.

Menurut sumber Kawasaki, ada lebih 20 lakaran sistem diuji sebelum padanan sempurna diperoleh. Binaan dalaman pintar bagi pra kamber berjaya mencapai tahap keseimbangan bunyi dan prestasi. Pada rpm rendah, ekzos bebas dalam laluan lurus, manakala rpm tinggi, ekzos berkeliaran menerusi laluan tambahan

7. Z900RS menampilkan frem trellis ringan dengan enjin dipasang rigid yang disambungkan pada 5 poin kepada frem – depan dan belakang kepala silinder, di sebalik silinder, dan atas dan bawah kotak engkol. Bagi tambahan keselesaan, Z900RS direka dalam bentuk yang santai dengan menaikkan profil depan dan merendahkan bahagian belakang.

BACA >>> Kawasaki Z900 RS Cafe Tampil Dua Warna Baharu untuk 2019

Bersama frem baharu, Z900RS juga menampilkan kapit atas tripel (upper-triple clamp) yang meningkatkan ofset stereng kepada 34mm, dan mengurangkan trail serta memberikan operasi lebih ringan.

8. Tugas suspensi diuruskan fork terbalik 41mm dan suspensi belakang Horizontal Back-Link Kawasaki. Fork tersebut boleh dilaraskan sepenuhnya dengan 10 tetapan mampatan dan 12 tetapan lantunan (rebound), manakala absorber juga daripada jenis prabeban, dan damper lantunan boleh laras sepenuhnya.

Menurut Kawasaki, aturan itu menyumbang kepada sentralisasi besar dan memastikan suspensi ditempatkan cukup jauh dari ekzos supaya tidak terjejas akibat bahang.

9. Z900RS dihentikan menggunakan dua cakera 300mm di depan yang diapit kaliper 4-piston radial, dan cakera tunggal 250mm di belakang dengan kaliper 1-piston. Ciri ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) pula ialah standard.

10. Z900RS turut menambah baik aspek Kawalan Traksi kepada dua tahap. Mod 1 untuk kondisi standard  dan Mod 2 untuk kondisi hujan. Sistem tersebut juga boleh dimatikan.

11. Spidometer dan takometer gaya analog menampilkan imej retro, manakala LCD multifungsi memberikan adunan teknologi moden. Memang menarik.

BACA >>> Perbandingan Ringkas Kawasaki Z900 vs Z900RS

12. Z900RS tampil dalam dua warna: Metallic Flat Spark Black (hitam) dan Candytone Brown (cokelat). Harga pula bermula AS$10,999 (RM44,985).

GALERI
Kawasaki Kawasaki Z1 Kawasaki Z900RS motosikal motosikal retro-moden roda2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Mforce lancar semula minyak pelincir Mforce Oil
    Aksesori

    Mforce Lancar Semula Minyak Pelincir Motosikal Sintetik Penuh!

    16/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.