• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

Kawasaki Z900 RS Cafe Tampil Dua Warna Baharu untuk 2019

July 12, 2018 By AI Leave a Comment


RASANYA baru beberapa bulan saja Kawasaki memperkenalkan Z900RS Cafe (2018), tetapi pengeluar motosikal dari Jepun itu sudah pun mendedahkan spesifikasi motosikal versi 2019 di Jepun.

Kalau melihat versi pertama lalu (gambar bawah), penampilan sudah cukup memikat dengan kombinasi enjin, badan dan pengendalian yang old skool. Kepada mereka yang pernah biasa menunggang Z1000 dan superbike GPz1100B, kehadiran Z900 RS ini pasti menggembirakan.

Memang teruja mahu mencuba, tetapi apakan daya sportbike itu meman tiada dalam perancangan Kawasaki untuk menjejak jalan raya Malaysia.


Sememangnya sentiasa ada ruang untuk warna klasik Kawasaki, hijau limau (lime green), tetapi diakui itu bukanlah kegemaran semua orang. Jadi Kawasaki Jepun membuat tambahan warna.  Walaupun hanya didedahkan di Jepun, warna sama akan turut diperkenalkan di pasaran luar negara sama ada Eropah atau Asia.

Pilihan hijau terang masih ada untuk model 2019, tetapi pembeli ditawarkan dua tambahan warna secara diam kepada barisan sedia ada. Secara khususnya, kami sukakan versi biru baharu yang mana grafik pada kepala motosikal dihilangkan, termasuk tambahan panel tepi hitam di bawah pelana yang secara visual menyerlahkan imej motosikal berkenaan.

Ada juga warna kelabu untuk model 2019 di Jepun dengan jalur hijau.  Sportbike ini itu dijangka dijual di Jepun, bulan depan.

 

SUMBER: VisorDown

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kawasaki, Kawasaki Z900 RS, Kawasaki Z900 RS (2019), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Adakah Ini Nissan Grand Livina (2019)? Bakal Masuk Malaysia?Adakah Ini Nissan Grand Livina (2019)? Bakal Masuk Malaysia?
  • Harga Honda Dream (EX-5) Versi Thailand Boleh Cecah RM75k di VietnamHarga Honda Dream (EX-5) Versi Thailand Boleh Cecah RM75k di Vietnam
  • Jika Beginilah Rupa Honda RS150R, Mesti 'Laku Keras'Jika Beginilah Rupa Honda RS150R, Mesti 'Laku Keras'
  • Toyota Yaris Sah Masuk Malaysia Tahun Ini, Mampukah Cabar Perodua Myvi?Toyota Yaris Sah Masuk Malaysia Tahun Ini, Mampukah Cabar Perodua Myvi?
  • 5 Fakta Pantas: Toyota Hiace (2019) Serba Baharu Lancar di Filipina, Bakal ke Malaysia?5 Fakta Pantas: Toyota Hiace (2019) Serba Baharu Lancar di Filipina, Bakal ke Malaysia?

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 yang Bukan Bishe Bishe

KEHADIRAN Proton X70 menetapkan penanda aras baharu dalam … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Volvo XC40 - Baby SUV Sweden Penuh yang Dramatik dan Berteknologi

BABY Sweden ini memberikan sesuatu janji yang berbeza kepada peminat … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my