Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»12 Fakta Pantas – Bukan Lancer EVO, Tetapi Lamborghini Huracan GT3 EVO (2019)!
Auto Terkini

12 Fakta Pantas – Bukan Lancer EVO, Tetapi Lamborghini Huracan GT3 EVO (2019)!

Abang HirataBy Abang Hirata17/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM dunia automotif, tanda nama popular seperti GTI, GT atau Evo sebenarnya bukan milik eksklusif sesuatu jenama, misalnya Volkswagen Golf GTI dan Peugeot 308 GTi, atau Bentley Continental GT dan Kia Ceed GT.

Ada tanda nama begitu sinonim dengan jenama tertentu, seperti Evo untuk Mitsubishi Lancer atau WRX untuk Subaru. Namun, itu bukan bermakna mana-mana pengeluar boleh sesuka hati menggunakannya kerana ia satu bentuk penghormatan. Janganlah pula GTI digunakan untuk kereta berkuasa 86hp atau SuperVeloce (SV) untuk kereta penumpang dengan rim besi.

BACA >>> Kia Ceed GT (2019) Kini dengan Gear DCT 7-Kelajuan

Jika dinaik taraf kepada aras lebih tinggi itu tidak mengapa. Terkini, nama Evo tidak lagi eksklusif untuk pengeluar Jepun apabila Volkswagen turut mempunyai varian Golf 1.5 TSI Evo. Satu lagi subsidiari Volkswagen Group turut menggunakan nama sama apabila Lamborghini Squadra Corse melancarkan Huracan GT3 EVO (2019).

Ini bukan Lamborghini Aventador SVJ 63, tetapi model khas perlumbaan yang dilancarkan di litar Nürburgring sempena pusingan Lamborghini Super Trofeo Europe. Tanda nama EVO pula ialah model evolusi kepada Huracán GT3 yang memegang status juara 12 perlumbaan antarabangsa, termasuk kejuaraan Rolex 24 at Daytona dan 12 Hours of Sebring.

Berikut 12 fakta pantas mengenai Lamborghini Huracan GT3 EVO (2019):

  1. Huracan GT3 EVO dibangunkan divisyen permotoran Lamborghini, Squadra Corse di Sant’Agata Bolognese, Itali.
  2. Pembangunan model dibuat berasaskan tiga tahun pengalaman perlumbaan serata dunia.
  3. Objektif utama proses pembangunan ialah menambah baik pemanduan supaya lebih mudah dan berada dalam jangkaan pemandu bukan profesional, termasuk meminimumkan kos pengurusan untuk pasukan lumba.
  4. Pasukan yang menjadi Huracan GT3 sebagai jentera lumba boleh menaik taraf model itu kepada kit EVO untuk tiga tahun perlumbaan akan datang
  5. Proses merekabentuk mengambil masa lebih setahun yang menumpukan aspek aerodinamik dengan kerjasama Dallara yang memiliki pengalaman dalam sukan permotoran lebih 40 tahun.
  6. Perubahan ketara ialah spliter, manakala bonet gentian kaca digantikan gentian karbon, termasuk komponen diambil daripada Huracan Super Trofeo Evo yang menambah baik prestasi penyejukan radiator.
  7. Rekabentuk bampar memberikan lebih mendapan, manakala spoiler gentian karbon meningkatkan aerodinamik. Difuser baharu turut diperkenal.
  8. Suspensi Öhlins 4 saluran memberikan kawalan optimum.
  9. Stereng Kuasa Hidraulik Elektro (EHPS) dengan suis untuk pelarasan bantuan kuasa stereng ketika memandu.
  10. Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) baharu buatan Bosch ABS M5.
  11. Menggunakan enjin 5.2L V10 daripada model baharu Huracan.
  12. Frem keselamatan direka semula dan lebih selesa untuk pemandu bertubuh tinggi

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Sebab Kenapa Lamborghini Bikin SUV (dan Ferrari Pun Ikut Sama)

Huracán GT3 EVO kini sudah boleh dipesan, manakala pemilik GT3 sedia ada boleh menaik taraf jentera masing-masing dengan kit EVO. Model lumba ini bakal membuat penampilan sulung pada 24 Hours of Daytona, Januari tahun depan.

GALERI
Evo Lamborghini Lamborghini Hracan GT3 EVO (2019) Roda4 Supercar
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.