Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»11 Fakta Pantas: Nissan Kicks e-POWER Lancar di Thailand, Harga Mula RM120k
Roda4

11 Fakta Pantas: Nissan Kicks e-POWER Lancar di Thailand, Harga Mula RM120k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENANTIAN Nissan Kicks (2020) akhirnya berakhir apabila model kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak itu rasmi dilancarkan di Thailand yang juga menjadi negara pertama dunia melancarkan model itu dengan trenkuasa e-POWER.

Apakah yang perlu anda tahun tentang Nissan Kicks ePower ini?

1. Di pasaran, SUV yang akan bersaing rapat dengan Honda HR-V dan Mazda CX-3.

2. Dipadankan trenkuasa hibrid, terdiri daripada enjin petrol 3-silinder 1.2L HR12DE berkuasa 77hp @ 5,400rpm dan tork 103Nm @ 4,400rpm sebagai penjana bateri 1.57 kWh yang disimpan di bawah kerusi depan. Konfigurasi tersebut menyumbang kepada ruang but lebih luas, 432 liter.

3. Tugas pacuan roda diserahkan kepada motor elektrik e-POWER yang menawarkan pengalaman pemanduan seperti kenderaan elektrik (EV) dengan output maksimum 127hp dan tork 260Nm.

4. Ada empat pilihan mod ditawarkan: Smart, Eco, Normal dan EV. Juga disediakan ciri pedal tunggal (one-pedal) yang membolehkan pemandu memecut dan menyah pecut (menerusi brek regeneratif) menggunakan pedal minyak saja, sama seperti Nissan Leaf.

BACA >>> Nissan Kicks e-Power Lancar Secara Maya di Thailand 15 Mei Ini

5. Rekabentuk luaran menampilkan gril signatur V-motion dengan lampu utama yang disepadukan lampu siang (DRL) LED lebih ramping dan tirus. Rupa bampar depan tampak agresif dengan ambilan udara besar, kemasan gril hitam dan lampu kabus kompak dalam perumah hitam.

6. Bahagian sisi tidak banyak yang berubah, masih mengetengahkan rekaan bumbung apung dan pilar-C hitam serta kemasan cat dua tona. Rupa belakang menerima bampar baharu dengan difuser lebar yang dicat sama seperti warna badan. Lampu belakang masih konsep boomerang.

7. Rekaan ruang kabin masih menggunakan papan pemuka sama. Satu-satunya kemas kini utama adalah rekabentuk stereng diperbaharui, sama seperti Leaf. Konsol tengah direka semula untuk memuatkan tuil gear dan kawalan trenkuasa.

8. Ciri lain Kicks e-POWER adalah rim sport 17 inci, kawalan penyaman udara dwi zon, sistem infotainment skrin sentuh Nissan Connect dengan konektiviti  Apple CarPlay, kemasan kulit dan kluster instrumen digital 7 inci.

9. Ciri keselamatan standard didatangkan dengan 6 beg udara, Bantuan Brek (BA), Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Daki Bukit (HSA), dan pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX.

10. Kicks e-POWER turut dilengkapkan dengan sistema bantuan pemanduan Nissan Intelligent Mobility, terdiri daripada:

  • Kawalan Jelajah Pintar /Intelligent Cruise Control (ICC)
  • Amaran Perlanggaran Depan Pintar / Intelligent Forward Collision Warning (IFCW)
  • Brek Kecemasan Pintar / Intelligent Emergency Braking (IEB)
  • Amaran Titik Buta / Blind Spot Warning (BSW)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang / Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Monitor Pandangan Keliling Pintar dengan Pengesanan Objek Gerak / Intelligent Around View Monitor (IAVM) with Moving Object Detection
  • Cermin Pandang Belakang Pintar / Intelligent Rear View Mirror (IRVM)

11. Berikut varian dan harga Kicks e-POWER di Thailand:

Kicks e-POWER S
Kicks e-POWER E
Kicks e-POWER V
Kicks e-POWER VL
  • 1.2L S   – 889,000 baht (RM120,650)
  • 1.2L E   – 949,000 baht (RM128,790)
  • 1.2L V   – 999,000 baht (RM135,580)
  • 1.2L VL – 1,049,000 baht (RM142,370)

Adakah Malaysia akan membawa masuk Kicks versi Thailand ini? Sebelum ini, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) pernah mengesahkan yang Kicks memang berada dalam senarai model baharu untuk pasaran Malaysia. Cuma masa pelancarannya belum tahu bila.

BACA >>> Nissan Kicks (2020) Akan Lancar di India dengan Enjin 1.3L Turbo!
BACA >>> #LAAS2017: Nissan Kicks Tiba di Amerika, Hulurkan Salam kepada Honda HR-V, Mazda CX3

GALERI
Kicks e-POWER E
Kicks e-POWER S
Kicks e-POWER V
Kicks e-POWER VL
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Honda HR-V Mazda CX-3 Nissan Nissan Intelligent Mobility Nissan Kicks (2020) Nissan Kicks e-POWER Nissan Thailand Roda4 SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026
    Roda4

    Wagon M Pertama, BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026 Tiba di Malaysia, Harga RM898,800

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.