Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»11 Fakta Pantas – Honda CBR500R (2019) dengan Gaya Tunggangan Lebih Sporty
Auto Terkini

11 Fakta Pantas – Honda CBR500R (2019) dengan Gaya Tunggangan Lebih Sporty

AryonBy Aryon13/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA CBR500R (2019)
menampilkan kemas kini yang memberikan lebih posisi tunggangan sporty, dan juga lebih kuasa. Honda kali pertama memperkenalkan sportbike fairing ini pada 2013 yang sejak itu setiap tahun tidak pernah gagal menampilkan aneka pembaharuan.

Selain tanda nama ‘R’ yang dikhaskan untuk versi fairing, CBR500R sebenarnya berkongsi DNA sama dalam famili CB500 lain, terdiri daripada CB500F yang merujuk kepada model naked, manakala CB500X untuk model gaya advencer dwi-guna.

BACA >>> Honda CBR500R, CB500F dan CB500X Sambut 2018 dengan Wajah Serba Baharu

Menariknya, ketiga-tiga model itu dijual pada harga yang lebih kurang sama, dan turut dibawa masuk Boon Siew Honda (BSH) untuk pasaran Malaysia. Jadi, versi 2019 ini pastinya ditunggu-tunggu peminat CBR500R ini. Apa yang menarik tentang sportbike separuh liter ini?

1. Clip-on CBR500R (2019) dipasang rendah pada kaki fork berbanding sebelum ini. Bukan diklip atas klamp tripel, tetapi clip-on versi baharu ini dipasangkan di bawah tripel atas baharu. Ini bermakna posisi penunggang lebih ke depan untuk tunggangan gaya sportbike prestasi tinggi. Pelana juga ditinggikan kurang 19mm, tetapi masih di bawah 787mm.

2. Supaya sesuai dengan ergonomik baharu, fairing dikemas kini. Bagi meningkatkan prestasi, aerodinamik dipertingkat dengan plastik baharu dari muncung hingga ekor. Foto dipaparkan ialah CBR500R versi Eropah, jadi ada perbezaan untuk versi Malaysia

3. Dengan ergonomik dan plastik sporty, CBR500R (2019) juga mendapat kemas kini motor. Ambilan diubah, bersama pemasaan sesondol (cam) dan ekzos. Menurut Honda, kuasa dan tork model facelift kini ditetapkan lebih kepada julat rendah dan sederhana yang sepatutnya menambah baik pecutan, terutama ketika keluar selekoh.

4. Penunggang agresif,  termasuk yang kurang kemahiran, patut berterima kasih dengan ciri baharu klac sliper dan  bantuan. Kombinas klac yang ringan ditarik dan kurang membuang ketika gear dianjak turun pasti akan disukai ramai pemilik sportbike Honda ini. Ia memudahkan tunggangan dalam bandar, dan juga lebih selamat ketika menunggang secara agresif.

5. CBR500R (2019) diberikan absorber baharu yang memberikan prestasi redaman konsisten selain menambah baik kawalan.

6. Di sebalik visor ialah panel instrumen LCD baharu, dengan maklumat tambahan. Ramai penunggang akan sukakan bacaan posisi gear, dan ada juga lampu untuk menganjak naik (upshift) gear untuk mereka  yang mahukan tunggangan ekonomi.

BACA >>> #EICMA2018: Enjin Honda CB500F (2019) Dikemas Kini Lebih Umphh!

7. Semua sistem lampu CBR500R (2019) kini daripada jenis LED.

8. Perubahan diberikan mengurangkan berat CBR500R (2019) ini sebanyak 1.8kg. Istimewanya, kapasiti tangki ditingkatkan kepada kira-kira 384mm.

9. ABS kekal dengan opsyen tambahan AS$300 (RM1,257).

10. Dijangka berada di pasaran Amerika pada Mac 2019. Jika mengambil kira masa CBR500R versi 2018 dilancarkan pada Disember 2017 di Malaysia, sportbike ini mungkin menjengah pasaran tempatan pada hujung tahun depan. Tidak mustahil juga serentak dengan pasaran Amerika.

11. CBR500R (2018) dijual pada harga RM31,681 (bukan ABS), dan RM35,179 (ABS). Kami jangka CBR500R (2019) dijual pada harga sedikit lebih mahal lebih kurang RM300-RM400.

SPESIFIKASI

HONDA CBR500R (2019)

ENJIN

Jenis: Parallel twin
Sesaran: 471cc
Gerek x Lejang: 67.0mm x 66.8mm
Nisbah Mampatan: 10.7:1
Tren Injap: DOHC; 4 injap per silinder
Bahan Api: EFI dengan badan terotel 34mm
Transmisi: 6-kelajuan
Pacuan Final: rantai sealed O-ring

CASIS

Suspensi: Fork 41mm tidak boleh laras, travel 4.3 inci (depan); Absorber boleh laras spring prabeban linkage-assisted, travel 4.7 inci (belakang)
Tayar: Dunlop D222; 120/70 x 17 (depan), 160/60 x 17 (belakang)
Brek: Cakera 320mm disc dengan kaliper 2-piston Nissin (depan), cakera 240mm dengan kaliper 1-piston Nissin (belakang)

DIMENSI

Jarak Roda: 1,409mm
Rake: 25.5º
Trail: 101.6mm
Tinggi Pelana: 784mm
Kapasiti Bahan Api: 17 liter
Berat Kerb: 190kg
Warna:

  • Grand Prix Red (merah)
  • Matte Gray Metallic (kelabu)

Harga: AS$6,699 (RM28,083) * harga dibuat mengikut tukaran langsung Dolar Amerika-Ringgit Malaysia. Akan berbeza mengikut cukai. 

GALERI

SUMBER: UltimateMotorcycling

CBR500R Honda Honda CBR500R Honda CBR500R (2019) roda2 sportbike
Aryon

    Artikel Berkaitan

    rider-p-hailing-bg
    Auto Terkini

    BUDI95 untuk Rider P-Hailing Naik? PMX Cadang Tambah kepada 250 Liter Sebulan

    18/05/2026
    Roda4

    BRABUS Bodo Rasmi Diperkenal Secara Global, Hanya Ada 77 Unit Seluruh Dunia!

    18/05/2026
    Auto Terkini

    Dua Jet Pejuang Bertembung Di Idaho, Semua Kru Terselamat

    18/05/2026
    Mercedes Autohaus Kuantan
    Auto Terkini

    Pusat 4S Mercedes-Benz Terbesar di Pantai Timur, Asbenz Stern Autohaus Lancar di Kuantan

    18/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.