Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»10 Perkara Menarik Honda City Hatchback (2021)! Lancar di Thailand, Harga Mula RM80k
Roda4

10 Perkara Menarik Honda City Hatchback (2021)! Lancar di Thailand, Harga Mula RM80k

Han OthmanBy Han Othman25/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA City Hatchback (2021) baru saja dilancarkan di Thailand yang disebut-sebut bakal menjengah pasaran tempatan seawal tahun depan sebagai pengganti Jazz.

Debut model hatchback itu melengkapkan famili baharu City diperkenalkan Honda Thailand selain City e:HEV yang dijana enjin hibrid dengan tork paling berkuasa dalam kelas dan dijual pada harga 839,000 baht (RM112,980).

Berdasarkan penampilan luaran, kami berani katakan memang tidak mustahil City Hatchback (2021) bakal mendapat sambutan hangat di Malaysia nanti.

BACA >>> 6 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang 4 Varian Honda City (2020), Harga Mula RM74k

Jom kami senarai 10 fakta menarik pasal City Hatchback (2021):

1. City Hatchback ditawarkan dalam tiga varian pada harga seperti berikut:

  • S+ – 599,000 baht (RM80,680)
  • SV – 675,000 baht (RM90,910)
  • RS – 749000 baht (RM100,880)

Didatangkan dalam warna Ignite Red (merah, RS), Blue (biru), Cement Gray (kelabu), Pearl White (putih mutiara), Glossy Black (hitam) dan Taffeta White (putih, S+).

2. Ini kali pertama City tampil dalam versi hatchback yang masih mengekalkan asas rekabentuk City generasi kelima, juga dilancarkan di Thailand.

3. Ciri standard ialah antena sirip yu, rim aloi 15-16 inci, dan teknologi LED penuh untuk lampu utama, lampu belakang dan lampu signal belok.

4. Varian RS ialah versi paling maju dengan tambahan aksesori sport seperti gril hitam berkilat, dan lencana RS serta bampar depan dan belakang agresif. Spoiler dicat hitam termasuk penutup cermin sisi yang disepadukan signal belok. Rim bersaiz 16 inci dan turut diberikan ciri tambahan seperti pedal syif, dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

5. Ruang kabin menggunakan material sued dan kemasan aksen merah. Konsol tengah menggunakan plastik hitam Piano Black dan dihidangkan unit infotainment skrin sentuh 8 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto, serta sokongan arahan suara SIRI.

6. Kluster instrumen jenis paparan TFT 7 inci. Varian RS mendapat aksen merah untuk penampilan lebih sporty.

7. Kerusi menggunakan material sued dan kulit hitam, berbeza mengikut varian. Juga memiliki ciri kerusi Ultra Seat yang boleh dilipat dan direbahkan dalam 4 mod untuk mendapatkan ruang kargo lebih luas.

8. Praktikaliti ditawarkan varian RS ialah dua palam USB, outlet kuasa di depan dan dua di kerusi belakang, sistem Honda Connect yang dioperasikan menerusi sambungan telefon pintar dengan manawarkan lapan fungsi utama, terdiri daripada maklumat alat ganti, maklumat log perjalanan, sambungan WiFi hingga 40 meter, pengurusan beg udara, status kenderaan, buka pintu dan hidupkan enjin secara kawalan jauh, amaran halaju dan GPS.

9. Ciri keselamatan dilengkapkan Kawalan Daya-G yang mampu menyerap dan menyuraikan daya impak, 6 beg udara (varian RS), kamera undur, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Daki (HSA), Signal Henti Kecemasan (ESS).

10. Trenkuasa dijana enjin 12-injap 3-silinder 1.0L Turbo DOHC VTEC Dual VTC dengan kotak gear CVT yang menghamburkan kuasa 122hp @ 5,500rpm dan tork 172.6Nm @ 2,000-4,500rpm. Anggaran penggunaan bahan api ialah 4.2 liter per 100km dengan kadar emisi 100g per km, dan patuh Euro5.

hatchback hatchback segmen-B hatchback subkompak Honda City Honda City (2021) Honda Thailand Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Denza Z9GT
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.