Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 10 Tip Beli Kereta Terpakai untuk Elak Kena Tipu
Autotainment

#TahukahAnda: 10 Tip Beli Kereta Terpakai untuk Elak Kena Tipu

Han OthmanBy Han Othman09/02/202023 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBUT saja kereta terpakai, kami yakin ramai sedang dalam dilema dan risau, terutama anda yang memang sedang tercari-cari kenderaan untuk dibeli. Pelbagai persoalan timbul sama ada kereta tersebut pernah terlibat kemalangan, enjin masih baik atau mungkin tersilap beli kereta potong.

Apa yang pasti, bukan semua pembelian kenderaan terpakai berada dalam kondisi tip top seperti kereta baru. Boleh dikatakan beli kereta terpakai tidak ubah seperti bertaruh nasib. Di sini, kami berkongsi 10 tip membeli kereta terpakai yang mungkin sedikit sebanyak dapat mengelak diri anda ditipu:

1. KAJI & SELIDIK

Pembeli bijak akan buat ‘research’ dan tinjauan ke atas kereta yang ingin dibelinya sama ada menerusi sumber bercetak seperti majalah Mototrader, atau layari saja laman jual beli kereta terpakai online seperti Mudah.my, Carlist.my atau Oto.my. Apa patut dilihat ialah perbandingan jenis model, harga, spesifikasi dan ciri-ciri tambahan ditawarkan.

2. BAJET

Ketahui bajet anda sebelum ‘research’. Perkara ini amat penting untuk memudahkan anda mencari kereta yang benar-benar bersesuaian dengan bajet. Tidaklah jadi situasi bajet ciput, tetapi ada hati mahu beli kereta mahal.

3. BAWA MEKANIK SENDIRI
baik-pulih-kereta

Anda boleh juga bawa mekanik sendiri untuk memeriksa kondisi kenderaan yang ingin dibeli. Mekanik bukan saja perlu menilai bahagian luaran dan dalaman, tetapi juga enjin. Serahkan kepada pakar.

BACA >>> Ya atau Tidak Kos Senggara Kereta Terpakai Tinggi?

4. POTONG SAMBUNG

Pelanggan kini tidak perlu lagi risau dengan risiko terbeli kereta potong kerana setiap kenderaan yang hendak bertukar tangan atau nama perlu menjalani pemeriksaann Puspakom. Malah, kelulusan pinjaman daripada pihak bank bergantung kepada keputusan pemeriksaan Puspakom. Jadi amat sukar kereta potong dapat dijual melainkan anda memang ada niat memiliki kereta tanpa geran dan cukai jalan.

5. KESAN KEMALANGAN

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memastikan kenderaan yang pernah terlibat dengan kemalangan benar-benar selamat sebelum dibenarkan bergerak atas jalan raya. Pengguna boleh merujuk kepada borang B2 yang mengesahkan kenderaan tersebut selamat digunakan walaupun pernah terbabit kemalangan.

6. PERIKSA NOMBOR CASIS

Perkara paling penting ialah periksa nombor casis dan enjin. Pengguna perlu memastikan nombor tersebut sama dengan dokumen pendaftaran kereta

7. PEMERIKSAAN PUSPAKOM DAN JPJ
pemeriksaan percuma puspakom

Sekali lagi diulangi, pelanggan kini tidak perlu risau terhadap kereta terpakai kerana setiap kenderaan yang dijualkan kepada pelanggan harus melalui beberapa pemeriksaan daripada pihak Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn Bhd (Puspakom) dan JPJ. Pihak Puspakom akan memastikan kriteria ditetapkan dalam borang B7 mematuhi piawaian.

Apa perlu diteliti ialah nombor pendaftaran, enjin, tayar, keadaan cermin, penyaman udara, kotak gear, ekzos, potong sambung, nombor enjin dan casis serta ketebalan bunga tayar. Sekiranya pembeli masih tidak berpuas hati dengan laporan pemeriksaan Puspakom, pembeli boleh hantar kenderaan yang dibeli ke JPJ untuk diperiksa kali kedua.

BACA >>> Ketahui 6 Fakta Penting PUSPAKOM, Jangan Biarkan Hidup Anda Diselubungi Misteri

8. PANDU UJI

Anda berhak meminta dibenarkan memandu uji kenderaan yang mahu dibeli bagi memastikan enjin dalam keadaan baik. Antara bahagian enjin perlu dititik beratkan ialah kotak gear. Pastikan pertukaran gear lancar dan tidak tersangkut atau tersengguk. Maklumlah, kotak gear antara bahagian enjin paling mahal jika berlaku kerosakan.

BACA >>> Nak Beli @ Jual Kereta Sambung Bayar? Nah, Ini 10 Risiko Yang Bakal Anda Hadap

9. SEMAKAN SAMAN DAN SENARAI HITAM
myeg-renew-insurance-roadtax-pandulajudotcomdotmy

Sila semak status kenderaan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JPJ untuk memastikan kenderaan anda bebas saman dan senarai hitam. Jika tidak, anda hanya mengundang pelbagai masalah.

10. PESANAN PENTING

Harus diingatkan, kereta yang cantik dan menawan dari segi luaran tidak semestinya terbaik. Sekiranya merasakan diri tertipu dengan syarikat penjual kenderaan terpakai, anda boleh merujuk perkara ini kepada bahagian Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

10 Panduan Membeli Kenderaan Terpakai autotainment JPJ Kereta terpakai PUSPAKOM Tip beli kereta terpakai
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

19/01/2026
Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
E&O Express
Autotainment

#TahukahAnda: Malaysia Ada Perkhidmatan Kereta Api Mewah Ala Eropah?

20/01/2026
Nombor plat 'kuman'
Auto Terkini

JPJ: Pasang Plat Nombor ‘Kuman’ Boleh Kena Denda hingga RM10k!

29/12/2025

23 Comments

  1. anika on 26/09/2017 17:05

    nak tanye apa dokumen-dokumen yang mesti ada jika kita nak beli kereta second hand ye?

    Reply
    • ABG GYL on 26/09/2017 21:17

      Depend pada anda beli secara tunai atau hutang. jika hutang, bank akan minta salinan ic, lesen, 3 bulan slip gaji dan 6 bulan bank statement beserta kwsp.

      Reply
  2. Zar on 10/03/2018 13:41

    Kalau beli kereta second hand, adakah kereta itu akan diperiksa terlebih dahulu di Puspakom sebelum persetujuan nak beli atau bila sudah bayar?

    Kalau beli kereta second hand secara tunai, biasanya kaedah pembayaran macam mana yang digunakan untuk pembayaran kereta? Bank draft, cek, transaksi online?

    Reply
    • ABG GYL on 10/03/2018 13:57

      1.) Sebelum pertukaran nama dilakukan, kereta perlu menjalani pemeriksaan PUSPAKOM terlebih dahulu. Jika semua lepas, JPJ baru benarkan penukaran nama. Dalam erti lain, kereta dalam keadaan okey atau anda boleh minta mana-mana mekanik yang anda kenali untuk check kondisi kereta terlebih dahulu.

      2.) Terpulang kepada anda dan perbincangan dengan pihak penjual.

      Reply
  3. Hairul anuar on 10/12/2018 17:27

    Sekiranya semasa beli oner lama dh siapkan chek puspakom dan lulus.. Setelah 2 thun oner bru nk jual krte tu semula bila mahu msuk puspakom didapati kereta yg di beli sebelum ni ada lah kereta potong.. Ape perlu oner tu buat..

    Reply
  4. Gn on 28/12/2018 00:33

    Boss Sy nak beli kereta kancil thn 2007 dgn harga Rm2800(OTR) dari dealar… Boleh ke berurusan dgn dia sebab harga kereta nak murah sangat ( below market)….Tlg bg pendapat

    Reply
    • ABG GYL on 28/12/2018 11:17

      Pesanan kami, pergi tengok kereta dahulu.

      Reply
  5. m nizam on 11/02/2019 14:01

    sekiranya pemilik kereta yang lama tidak menjelaskan samannya yang tertunggak,,adakah saman itu akan berpindah milik juga kepada pemilik yang baru?

    Reply
    • ABG GYL on 11/02/2019 18:19

      Tidak. Jika saman atas no pendaftaran kereta dan masih belum berbayar, owner baru perlu bayar. Jika atas nama pemilik kenderaan lama, maka ia atas owner lama.

      Reply
  6. Alam on 04/03/2019 23:06

    Macam sy dah kena tipu. Dah report TTPM dan menang award tapi used car xnak bayar. dah pergi ke KPDNKK tp smpai sekarang x naik mahkamah lagi. Jadi, boleh ke sy batalkan award pastu hire lawyer sendiri. Sebab dah 2 tahun lebih sy kne bayar loan tapi kereta xboleh jalan

    Reply
  7. azlina on 22/03/2019 14:43

    salam…saya ingin beli kereta chery eastar secondhand ..tp sya xtahu sgt tntang kereta ni..dr review yg saya dpt byk yg cakap ok..apa pendapat encik atau encik bleh kongsikan apa yg encik tahu psal kereta ni…

    Reply
    • ABG GYL on 25/03/2019 14:48

      Kalau boleh abang tak galakkan

      Reply
  8. Mohd Ridzuan Mohd Razab on 02/05/2019 01:57

    Boleh bantu saya….saya rasa saya dh tertipu dgn iklan kereta mudah.com.Saya nak beli toyota prius c terpakai. No plate W 5057 D. Katanya tahun 2013 harga kereta rm31,920 + 0tr 3,580.total harga rm35,500. Adakah benar dan betul harga semasa kereta ini?

    Reply
  9. shafik on 06/05/2019 17:28

    salam, sy ada apply loan utk kereta perodua myvi se 2010,penjual beritahu yg pada mulanya loan sy tak lulus kerana sy mempunyai rekod ctos dan ccris dan dia cuba apply bnyk tmpt akhirnya lulus satu tmpt.tetapi sy dikehendaki membayar sejumlah wang rm 3.5k pada awalnya,, sy cuba nak membatalkan urusan dgn mengatakan yg wang sy tak cukup..dan sy beritahu dia wang sy hanya ada rm 1.5k.. lalu dia kata sy bayar rm 1.5k dulu, nanti hujung bulan bayar lg 500..bermakna jumlah yg dia minta hanyalah rm 2k daripada 3.5k yg dia minta awal tadi.. boleh ke tiba2 bertukar mcm tu??

    Reply
    • ABG GYL on 07/05/2019 14:38

      kena bertanya dulu duit RM3.5k untuk tujuan apa

      Reply
  10. solahuddin on 30/08/2019 18:55

    Ayah sy bagi sy guna kereta proton wira lama beliau kepada sy.. sy dah pakai lebih kurang 6 tahun.
    Lebih kurang 15 thn dulu dia beli dia sebuah kedai kereta 2nd hand.

    Selepas 10 thn pakai, then somebody bagitau dia kereta ni bekas kereta potong sbb ada jumpa kesan potong.
    Maksudnya ayah sy dah kena tipu dgn kedai kereta ketika membelinya walaupun ada geran yg sah.

    Adakah kereta potong memang totally tidak boleh dijual?
    Jika sy buat test di Puspakom dan Puspakom detect kesan potong, adakah kereta sy akn disita?
    Langsung sy tidak boleh pakai dan jual?

    Reply
  11. Rahmad on 08/11/2019 01:28

    Macam mana nak semak nombor plat kenderaan used yg dah biasa kemalangan?

    Reply
  12. yuu on 11/11/2019 18:52

    apa masalah yang akan di hadapi jika kereta secondhand yang kita beli tak boleh tukar nama ke atas nama sendiri…

    Reply
  13. Razi on 30/01/2020 16:33

    Macam mana saya nak buat semakan kenderaan second hand sekiranya kenderaan tersebut pernah buat insurance claim kemalangan.

    Reply
  14. Nekman on 10/02/2020 09:20

    Selepas check puspakom..surat tu hanya blh bertahan selama sebulan je.. Kalau lebih 2thn..kne buat checkup di puspakom semula..

    Reply
  15. Muhammad hilmi on 10/02/2020 22:05

    Sy baru nk beli.kereta myvi secondhnd. Salesman tu kira kos untuk jpj puspakom agreement sampai rm1150. Sy rasa mcm trtipu kt situ. Nk tnya kos untuk smua tu boleh sampai 1000 ke atau salesman tu mau makan duit lebih.

    Reply
    • AO on 12/02/2020 00:35

      Kos JPJ dan Puspakom tu dah tetap. Tapi kos lain-lain tu yang buat mahal macam dokumentasi, dan caj upah. Benda ni ikut dealer used car tu sendiri

      Reply
  16. Sha on 04/11/2021 02:32

    Nak tanya kalau kereta second hand boleh ke kita handle sendiri untuk buat jpj/puspakom, insurance dan roadtax sendiri? Tapi buat loan hanya untuk body kereta?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

By Han Othman15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.