Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Zontes 703F: Model Advencer 3-Silinder Masuk Malaysia Akhir 2025?
Auto Terkini

Zontes 703F: Model Advencer 3-Silinder Masuk Malaysia Akhir 2025?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/12/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMASA di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2023, Zontes ada mempamerkan motosikal adventure 703F dan menawarkannya ke pasaran China. Motosikal itu kini sedang menunggu giliran untuk dieksport ke pasaran luar, salah satunya ialah Malaysia.

Zontes 703F adalah motosikal pertama dengan konfigurasi tiga silinder sebaris daripada jenama pengeluarnya, menunjukkan komitmen tinggi untuk memberi saingan sengit dalam segmen adventure 700cc di arena global.

Zontes 703F ada sejumlah ciri yang cukup menarik termasuk binaan, komponen digunakan selain prestasi enjin yang pasti tidak menghambarkan pemiliknya kelak. Berikut ialah perinciannya:

  • Enjin 4-lejang 3-silinder sebaris 699cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api, menjanjikan kuasa 96hp @ 10,000rpm dan tork 76Nm pada 7,500rpm.
  • Kotak gear manual 6-kelajuan dengan teknologi Quickshifter.
  • Enjin itu ditala dengan cukup tepat untuk menawarkan kelancaran kuasa dan mengurangkan kesan getaran dengan adanya syaf pengimbang berbanding trenkuasa konfigurasi dwi-silinder sebaris.
  • Daya pecutan ternyata memberangsangkan dengan kelajuan maksimum sehingga 218kmj dan jika dipasang tiga unit kotak simpanan, kelajuan maksimum pula 201kmj.
  • Data kuasa pecutan itu mampu menandingi sesetengah jentera pesaing 1,100cc bersama kelajuan 207kmj dan 900cc (204kmj).
  • Bukan itu sahaja, Zontes 703F mampu memecut ke 100km dalam masa 3.8 saat dan didakwa sebagai motosikal adventure terpantas dalam segmennya di peringkat global.
  • Frem motosikal jenis berkembar diperbuat menggunakan material aluminium seberat 11kg, menawarkan kadar ketegaran dan kestabilan tinggi semasa pecutan.
  • Sub-bingkai belakang seberat 3.8kg. Swingarm juga diperbuat daripada aluminium. Kebanyakkan motosikal ADV lain dibina dengan casis besi.
  • Braket peg kaki diperbuat menerusi proses tempaan, membolehkannya memiliki kekuatan 36 peratus lebih tinggi berbanding tetuang aluminium.
  • Kawalan haba enjin dikatakan lebih baik dengan sistem sejukan cecair dan penggunaan radiator berasaskan minyak dengan kira-kira 30 peratus lebih cekap mengurangkan kepanasan trenkuasa.
  • Saiz tangki minyak berkapasiti 22 liter dan boleh ditingkatkan kepada 30 liter dengan pakej opsyen. Satu isian penuh 30 liter boleh mencapai jarak sehingga 600km!
  • Rim jenis spokes digunakan berukuran 21 inci untuk roda depan, 18 inci di belakang dengan balutan tayar jenama Michelin berukuran 90/90 (depan) dan 150/70 (belakang).
  • Fork hadapan dan absober tunggal belakang menggunakan jenama Marzocchi dan boleh laras prabeban, redaman dan mampatan.
  • Sistem brek jenis cakera berkembar untuk roda depan, cakera tunggal di belakang dengan kaliper jenama J.Juan. Ada Sistem Brek-Antikunci (ABS) dwi-saluran dan Kawalan Cengkaman.
  • Menggunakan sistem kemasukan tanpa kunci dan butang serta tempat duduk boleh dibuka dengan menekan butang.
  • Zontes 703F dilengkapi ciri pemanas tangan, penyelaras visor angin secara elektrik dan lampu automatik serta lampu suluhan belokan.
  • Motosikal itu dilengkapi kamera pemuka resolusi 1080 dengan sudut 140º dengan sensor night vision serta apertur F1.8 dan ruang penstoran 128 gigabit.
  • Instrumen meter jenis TFT dengan aplikasi Zontes Smart App yang menawarkan fungsi kawalan jauh kenderaan, bacaan data, rakaman tunggangan dan beberapa fungsi lain.
  • Ada radar belakang untuk mengimbas kenderaan lain yang berada dalam zon titik buta dan indikator lampu akan nyala pada cermin sisi.
  • Tambahan lain ialah soket USB Type-C dan Type-A, gard tangan dan enjin, lampu kabus, braket kotak sisi dan belakang.
  • Dimensi panjang 2,355mm, lebar 940mm, tinggi 1,395mm. Jarak roda 1,565mm dan jarak bumi 205mm. Berat kasar 241kg.
  • Ketinggian pelana 845mm.
Adventure 700cc autoterkini roda2 Zontes 703F zontes adventure zontes Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Mangsa Letupan Rakyat Malaysia Terima Pampasan RM80K Daripada Kerajaan Thailand

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.