Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»#MAS2025: Zeekr 7X Debut di Malaysia – SUV EV Mewah, Canggih pada Harga Mula RM182k
Kenderaan Elektrik (EV)

#MAS2025: Zeekr 7X Debut di Malaysia – SUV EV Mewah, Canggih pada Harga Mula RM182k

Han OthmanBy Han Othman10/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR kenderaan tenaga baharu (NEV) premium dari China,  Zeekr Group mengumumkan debut kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik mewah pertama untuk segmen famili Zeekr 7X sempena pameran Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS),  Serdang yang bermula 9 hingga 15 Mei ini.

Ditayangkan buat kali pertama di Malaysia, Zeekr 7X dibangunkan berasaskan platform Arkitektur Pengalaman Mampan (Sustainable Experience Architecture, SEA) yang memberikan ruang kabin lebih luas menerusi jarak roda lebih panjang, pengendalian mantap, dan kawalan bunyi dan getaran (NVH) dipertingkat.

Zeekr 7X juga memberikan keselesaan pemanduan bertaraf premium, ideal buat keluarga moden yang mahukan gaya hidup eksklusif.

1. Zeekr 7X – SUV EV Mewah untuk Keselesaan Premium

Berikut ciri utama Zeekr 7X:

  • Pengecasan Pantas 800V: Model pertama Zeekr dengan sistem pengecasan voltan tinggi 800V, membolehkan pengecasan ultra pantas untuk lebih kemudahan.
  • Prestasi Mengesankan: Pecutan 0–100 km/j hanya dalam 3.8 saat – setanding kereta sport, tetapi dalam bentuk SUV praktikal.
  • Jarak Pemanduan Sejauh 600km: Dengan jarak WLTP sehingga 600km, ia sesuai untuk perjalanan jauh tanpa kerisauan.
  • Suspensi Udara Adaptif: Memberi keselesaan pemanduan lebih halus dengan penyesuaian automatik mengikut permukaan jalan.

Zeekr 7X ditawarkan dalam tiga varian:

  • RWD Standard – RM182,000
  • RWD Long Range – RM195,000
  • AWD Performance – RM230,000

Harga Istimewa untuk 500 Pelanggan Pertama

Pengarah Urusan Zeekr Asia Tenggara, Alex Bao berkata;

Selepas mendapat sambutan menggalakkan di Singapura dan Thailand, kami berbesar hati membawa Zeekr 7X ke Malaysia.

Model ini direka untuk mendefinisi semula segmen SUV elektrik mewah menerusi rekabentuk sofistikated, teknologi canggih dan keselesaan maksimum.”

2. Zeekr 009 Executive – MPEV Mewah dengan Varian Baharu

Pada masa sama, Zeekr turut memperkenalkan varian baharu dalam barisan kenderaan pelbagai guna elektrik MPEV mewah jenama itu, Zeekr 009 Executive pada harga anggaran RM310,000 untuk 500 pelanggan pertama. Varian itu melengkapkan pilihan sedia ada: Ultra Luxury 6-kerusi dan Luxury 7-kerusi.

Ciri Zeekr 009 Executive

Berikut spesifikasi Zeekr 009 Executive:

  • Motor pacuan roda depan (FWD) dengan output kuasa 250kW (335hp) dan tork 373Nm
  • Bateri 116kWh dengan jarak pemanduan 604km (mengikut ujian WLTP)
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 7.9 saat

Tempahan kini dibuka di reruai Zeekr di Malaysia Autoshow 2025, termasuk bilik pameran Zeekr berhampiran anda.

Zeekr turut melancarkan warna baharu Mineral Green (hijau gelap) untuk Zeeke 009 Ultra Luxury dan Luxury yang melengkapkan pilihan warna sedia ada: Phantom Black (hitam) dan Crystal White (putih).

Kesimpulan

Dengan pelancaran Zeekr 7X dan 009 Executive, Zeekr terus menunjukkan komitmen dalam membawa kenderaan elektrik mewah dan praktikal ke pasaran Malaysia. Sama ada anda mencari SUV prestasi tinggi untuk keluarga atau MPV elektrik berkelas, Zeekr kini menjadi pilihan premium terkini di Malaysia Autoshow 2025.

Zeekr 7X
Zeekr 009 Executive
Kenderaan Elektrik (EV) kenderaan elektrik pelbagai guna (MPEV) Malaysia Autoshow 2025 MAS 2025 MPEV Roda4 Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS) Zeekr 009 Executive Zeekr 7X
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

26/06/2026
Autotainment

Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

26/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.