Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Zeekr 7X 2025 Diperkenal di Eropah dengan Cas Sepantas 13 Minit dan Jarak Pandu 480km/615km
Roda4

Zeekr 7X 2025 Diperkenal di Eropah dengan Cas Sepantas 13 Minit dan Jarak Pandu 480km/615km

Abang HirataBy Abang Hirata31/12/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA pelancaran X dan 009 pada baru-baru ini, Zeekr mengesahkan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik Zeekr 7X 2025 bakal menjadi model seterusnya yang ditawarkan di pasaran tempatan. Model ini terlebih dahulu diperkenal di China pada September 2024 dan sudah menerima lebih 58,000 pesanan dalam tempoh 20 hari.

Sebagai makluman, Zeekr ialah jenama mewah di bawah Geely dengan jangkaan harga sepremium seperti X dan 009. Di China, harga Zeekr 7X 2025 bermula 229,900 yuan (RM140,680) hingga 269,900 yuan (RM165,160).

Terbaharu, Zeekr 7X 2025 diperkenalkan di Eropah yang menunjukkan strategi global syarikat dan model kenderaan elektrik (EV) ketiga di sana selepas X dan 009. Jualan Zeekr serata dunia kini sudahpun melebihi 400,000 unit walaupun baru ditubuhkan pada 2021.

Zeekr 7X 2025 direka dan dibangunkan di Pusat Rekabentuk dan Teknologi Zeekr di Gothernburg, Sweden. Seperti 001 dan X, 7X menggunakan platform modular SEA dan model Zeekr pertama di Eropah membawa identiti depan baharu.

Rekabentuk depan tampil kemas dengan bentuk lampu Matrix LEDdan tidak membosankan. Bahagian sisi juga kemas tanpa garisan menonjol dan hendal pintu disimpan ke dalam.

Pakej Comfort Pack bagi varian Performance AWD membolehkan pembeli memesan pintu depan dan belakang menggunakan operasi elektrik dan kerusi depan dengan fungsi pemanasan, penyejukan dan urutan.

Bahagian belakang tidak serabut dengan sebaris lampu LED. Dari segi trekuasa, 7X Eropah sama seperti pasaran China dengan dijana pek bateri litium nikel mangan (NMC) dan litium besi fosfat (LFP) dalam opsyen pacuan roda belakang (RWD) atau semua roda (AWD).

Ciri Zeekr 7X 2025 Eropah

  • Dimensi panjang 4,787mm, lebar 2,100mm (termasuk cermin sisi) dan tinggi 1,650mm (termasuk antena), manakala jarak roda 2,900mm.
  • Kapasiti but 539 liter.
  • Unit infotainmen skrin sentuh HD ultra langsing 16 inci.
  • Cip pemproses Qualcomm Snapdragon 8295, paling pantas untuk kenderaan Zeekr.
  • Paparan dongak (HUD) realiti terimbuh 36.2 inci (opsyen).
  • Teknologi arahan suaran ZeekrGPT.
  • Dilengkapi 11 kamera,  satu radar.
Premium RWD
  • Motor tunggal belakang 310kW (421ps), dan tork 440Nm.
  • Bateri LFP 75kWj.
  • Anggaran jarak pemanduan 480km (kombinasi WLTP).
  • Pengecas terbina dalam 22kW.
  • Sistem voltan 800V.
  • Pengecasan AC 22kW 4.5 jam (10-100 peratus).
  • Pengecasan DC 360kW 13 minit (10-80 peratus).
  • Keupayaaan pengecasan pantas DC maksimum 480kW.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 6 saat.
  • Kelajuan maksimum 210kmj.
  • Rim 19 inci.
Long Range RWD
  • Motor tunggal belakang 310kW (421ps), tork 440Nm.
  • Bateri NMC 100kWj.
  • Anggaran jarak pemanduan 615km (kombinasi WLTP).
  • Pengecas terbina dalam 22kW.
  • Sistem voltan 800V.
  • Pengecasan AC 22kW mengambil masa 5.5 jam (10-100 peratus).
  • Pengecasan DC 360kW mengambil masa 16 minit (10-80 peratus).
  • Keupayaaan pengecasan pantas DC maksimum 480kW.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 6 saat.
  • Kelajuan maksimum 210kmj.
  • Rim 19 inci.
Performance AWD
  • Dwi motor depan dan belakang 470kW (639ps), dan tork 710Nm (Performance).
  • Bateri NMC 100kWj.
  • Anggaran jarak pemanduan 543km (kombinasi WLTP).
  • Pengecas terbina dalam 22kW.
  • Sistem voltan 800V.
  • Pengecasan AC 22kW mengambil masa 5.5 jam (10-100 peratus).
  • Pengecasan DC 360kW mengambil masa 16 minit (10-80 peratus).
  • Keupayaaan pengecasan pantas DC maksimum 480kW.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 3.8 saat.
  • Kelajuan maksimum 210kmj.
  • Suspensi udara aktif dengan jarak bumi boleh dinaikkan hingga 45mm (opsyen).
  • Rim 21 inci.

Mengenai harga, varian Premium RWD dijual pada harga €52,990 (RM245,710) dan Long Range RWD, berharga €55,990 (RM259,600), manakala varian paling berkuasa, Performance AWD berharga €62,990 (RM292,070).

Kenderaan Elektrik (EV) Roda4 Zeekr Zeekr 7X Zeekr 7X 2025
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Honda CR-V 2026 | Jepun
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

01/03/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.