Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Zarco: Aku Tak Sama Macam Lorenzo, Aku Tak Kejar Duit
Roda2

Zarco: Aku Tak Sama Macam Lorenzo, Aku Tak Kejar Duit

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/02/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WALAUPUN memegang status juara Moto2 selama dua tahun berturut-turut (2015, 2016), dan mengharungi musim terbaik dalam kelas MotoGP bersama Yamaha Tech3, sebelum memilih berhijrah ke KTM, tetapi apa dirancang tidak selancar diimpikan Johann Zarco.

Kontrak pelumba Perancis itu ditamatkan pertengahan musim lalu, tetapi beliau kembali semula memanaskan trek dalam tiga pusingan akhir dengan pasukan LCR Honda. Namun akhirnya memilih menyertai pasukan satelit, Reale Avintia Ducati.

Kini segalanya seakan berjalan lancar walaupun ujian pramusim di Litar Antarabangsa Sepang, minggu lalu tidaklah begitu memberangsangkan apabila sekadar berada di kedudukan ke-15, di belakang rakan pasukan pengilang, Andrea Dovizioso.

BACA >>> Abang Johann Pilih Ducati!

Ducati percayakan teman. Teman syiok le dan fiil dengan deme pun dah makin baik. Sekarang teman tau motor ni boleh menang. Teman masih kena belajar dan dah ada idea yang clear.

“Teman yakin dengan Ducati dan apa yang teman ada le ni dah cukup. Kalau teman pergi laju sangat, karang Ducati pikio teman nak benda lain pulak, tapi deme pasti akan tunaikan sebab teman tau Ducati memang kautim dengan pasukan satelit.”

Zarco juga ditanya, adakah keputusan KTM Factory di Sepang membuatkan Zarco menyesal dengan pilihan sekarang? Jawabnya, tidak. Ini kerana beliau sudah pun berikan yang terbaik kepada pasukan pengilang itu, tetapi menghadapi bermacam-macam masalah. Jadi pilihan yang ada cuma keluar dan terus pandang ke depan.

BACA >>> KTM Buka Mulut, Inilah Sebab Kenapa Zarco Kena Pecat

Apabila ditanya mengenai prestasi ditunjukkan rookie terbaik 2019, Fabio Quartararo yang menggantikan pelananya bersama pasukan satelit Yamaha,  Zarco mengakui kehebatan pelumba muda itu  yang lebih baik berbanding dirinya.

“Dia datang tepat masanya sebab Rossi mungkin bersara. Kalau teman buat macam dia, mungkin sekarang dah sama handal. Akan ada keputusan berbeza, tapi hidup ni seghope tu le,” katanya.

Tentang pengalaman menunggang Honda RC213-V bersama pasukan LCR Honda yang gagal direalisasikan pula, Zarco menjawab;

Mungkin perkara baik tu maghi dari sesuatu yang buruk sebab Ducati buka pintu. Hal ni luar kawalan. Teman tak sior nak melabun, cakap ‘No’ ke KTM macam (Jorge) Lorenzo cakap ‘No’ ke Honda.

“Teman tak kejor duit macam Lorenzo. Teman kena buat loan nak beli ghumah, dan kena bayor cukai ke Perancis lagi. Teman ada banyak je alasan nak terus kejor duit, tapi teman bukan orang seghope tu. Lainlah dia (Lorenzo) tinggal kat negara tak payah bayor cukai, atau mungkin dia bayor kurang.”

Persoalannya sekarang, apa ke hei Zarco petik mamat Lorenzo? Adakah beliau pernah tersakiti?

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Lorenzo Bersara

SUMBER: GPOne

2020 MotoGP Ducati Ducati Avintia Fabio Quartararo Johann Zarco Jorge Lorenzo MotoGP Reale Avintia Ducati roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R, Ringan 2kg

    23/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026

    1 Comment

    1. Jan on 19/02/2020 12:24

      Kenapa artikel Pandulaju tiba tiba ada loghat negeri ? haha

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.