Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha YZF-R6 Di Amerika Bulan Ini, Malaysia Bila Pula?
Roda2

Yamaha YZF-R6 Di Amerika Bulan Ini, Malaysia Bila Pula?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/04/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEHADIRAN Yamaha YZF-R6 sejak Oktober tahun lalu membuatkan ramai peminat tidak keruan. Bakal mendarat bulan ini, Yamaha Amerika Syarikat (AS) sudah mula membuka tempahan model tersebut dengan slogan ‘Jadilah yang Pertama Atas Jalan… untuk Memilikinya’ (Be The First On The Track…To Own It).

Malah, 500 pembeli pertama bakal menerima aksesori Quick Shifter percuma  bernilai AS$199 (RM878). Berdasarkan data didedahkan, motor ilham rupa Yamaha YZF-R1 itu menawarkan teknologi kawalan elektronik terbaik dan ciri badan aerodinamik.


Yamaha AS bakal menawarkan tiga opsyen warna, iaitu Matte Black (hitam), Team Yamaha Blue (biru) dan Intensity White/Matte Silver (putih/perak). Harga seunit model bermula AS$12,199 (RM53,823) seunit. Enjin 599cc DOHC penyejukan cecair itu mampu menghasilkan kuasa 116.8hp pada 14,500rpm dan tork 61.7Nm (10,500rpm). Hantaran kuasa pula diserahkan kepada transmisi 6-kelajuan dengan klac gelincir multiplat.

CIRI BAHARU YAMAHA YZF-R6 (2017):

GAYA R SERIES

Fairing baharu tirus ialah isyarat awal bahawa model versi 2017 ini akan didatangkan dengan ciri aerodinamik dipertingkat. Penampilan lampu LED membuatkan rupa depan nampak ‘jahat’ dan dilengkapi kombinasi lampu signal belok di depan, tangki aluminium baru, bahagian belakang gaya R1 dengan kemasan kerusi lebih baik.

BANTUAN ELEKTRONIK LENGKAP

Terima kasih teknologi ride-by-wire Yamaha Chip Controlled Throttle (YCC-T)! Gabungan bantuan elektronik memberikan penunggang lebih kawalan termasuk pilihan respon enjin D-Mode, sistem kawalan traksi multi-mod dan aksesori quick shifter.

SUSPENSI R1

Bagi memastikan keyakinan mutlak pada tayar depan dengan respon ideal, R6 baharu ini dilengkapi suspensi fork terbalik KYM 43mm di depan, manakala penyerap hentak KYB baharu ialah jenis boleh laras.

CIRI ABS

Model ini menampilkan brek cakera bersaiz 320mm dengan kaliper Nissin, termasuk ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk hentian lebih sempurna.

Setakat ini, masih tiada ura-ura bilakah masanya jentera ini akan mengasah jalan raya Malaysia. Harap bersabar dan terus berdoa.

roda2 sportsbike Yamaha Yamaha AS Yamaha R6 (2017)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.