Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha Y15ZR V2 Sah Lancar Ahad Ini!!!
Auto Terkini

Yamaha Y15ZR V2 Sah Lancar Ahad Ini!!!

Abang GYLBy Abang GYL22/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) sebelum ini menerusi laman Facebook menyiarkan foto acah yang mengajak orang ramai ke Jasin, Melaka hujung minggu ini dengan imej lampu depan berserta ayat ‘Beranikah Anda Mencabar Kuasa Dan Prestasi?’

Selain lampu, imej paling ketara ialah angka ‘150’ dan kami jangka itu memang Yamaha Y15ZR V2 (versi 2.0). Ya, model moped yang lebih dikenali sebagai ‘YSuku’ itu sah akan dilancarkan secara rasmi Ahad ini bersempena perlumbaan Petronas Sprinta Cub Prix 2019 di Jasin Melaka.

Menerusi laman facebook Yamaha Motor Malaysia yang disiarkan hari ini, ia mengajak orang ramai menyaksikan pelancaran Yamaha Y15ZR baru.

Walaupun agak lambat memperkenalkan Yamaha Y15ZR V2 di Malaysia, namun ia tetap menjadi penantian terutamanya peminat 2-roda.

LAMPU LED

Yamaha Y15ZR V2 baharu ini didatangkan dengan beberapa perubahan. Antaranya, nahagian lampu depan kini direka baharu dengan ciri LED. Lampu signal belok pula diberikan ciri LED, satu-satunya dalam kelas super moped.

Berbanding versi sedia ada, perubahan paling ketara ialah panel meter dalam bentuk LCD penuh seperti NVX. Paparan skrin sedikit kecil itu memaparkan spidometer, odometer, indikator petrol dan lain-lain.

BACA >>> Kelibat Yamaha Y15ZR Versi Monster Energy (2019) Dilihat di Malaysia?

Yamaha Y15ZR V2 Malaysia
Yamaha Y15ZR V2 Malaysia

CIRI KILL SWITCH

Menariknya, Yamaha Y15ZR V2 dibekalkan suis pemati (kill switch), sama seperti motosikal kuasa tinggi, juga super moped pertama menggunakan ciri tersebut. Malah, moped ini turut dilengkapkan suis lampu tinggi overpass supaya mudah dicam pengguna jalan raya lain ketika menunggang malam, juga sama seperti motosikal kuasa tinggi.

BACA >>> Yamaha Y15ZR Bakal Perkenal Enjin Baharu? Kod 155cc Dikesan

Yamaha Y15ZR V2 Malaysia

AGAK-AGAK BERAPA HARGA?

Bagaimanapun, kami dimaklumkan spesifikasi enjin termasuklah kuasa masih kekal sama dan tidak berubah walaupun ramai yang meminta supaya kuasanya dipertingkatkan.

Persoalannya, berapakah tanda harga yang bakal diletakkan HLYM. Dengan segudang ciri baharu, kami pasti tanda harga Yamaha Y15ZR V2 akan meningkat. Kan?

BACA >>> Jika Beginilah Rupa Yamaha Y15ZR, Mesti ‘Laku Keras’

BACA >>> SOHC atau DOHC? Enjin Mana Satu Lebih Bagus? Kenali Istilah, Fungsi dan Perbandingan

enjin Yamaha Y15ZR V2 Malaysia Harga Yamaha Y15ZR V2 Malaysia kapcai malaysia moped malaysia Yamaha Y15ZR V2 malaysia
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Auto Terkini

    Bontu Masuk Eropah, Lagi Syarikat dari China, Tawar Kuadrisikal EV

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.