Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha XMAX 300 Tech Max (2003) Lancar dengan Rupa Lebih Agresif, Berteknologi Tinggi
Roda2

Yamaha XMAX 300 Tech Max (2003) Lancar dengan Rupa Lebih Agresif, Berteknologi Tinggi

Han OthmanBy Han Othman28/10/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SKUTER maksi paling laris Yamaha, XMAX mendapat perubahan besar untuk edisi 2023 dengan rupa baharu menonjol dan ciri konektviti dan teknologi dipertingkat.

Kali pertama dilancarkan pada 2006, Yamaha XMAX kini ialah skuter terlaris dunia dengan jualan lebih 720,000 unit untuk jualan kolektif dengan saudaranya Yamaha TMAX.

BACA >>> Yamaha MT-125 (2023) di Eropah Kini dengan Panel Meter TFT 5.0 Inci, Harga RM26k

Bagi model baharu, Yamaha XMAX 300 Tech Max (2023) menampilkan unit infotainmen dengan ciri konektiviti baharu yang lebih maju, termasuk keselesaan tunggangan dan fungsionaliti dipertingkat. Berikut fakta mengenai skuter maksi baharu itu:

  • Menampilkan rekabentuk badan baharu yang lebih dinamik dan futuristik dengan rupa depan dan lampu depan bentuk ‘X’ agresif, serta penutup fork.
  • Lampau signal depan diposisikan lebih tinggi pada bahagian hendal.
  • Lampu LED penuh untuk lampu depan, belakang dan signal belok.
  • Ada dua warna eksklusif baharu: Dark Petrol (hitam kusam) dan Tech Black (hitam berkilat).
  • Dijana enjin Euro5 4-lejang 4-injap silinder tunggal 292cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 28hp @ 7,250rpm dan tork 29Nm @ 5,750rpm.
  • Sistem transmisi automatik  V-belt.
  • Tinggi pelana 795mm, berat basah 183kg, jarak lega bumi 135mm, kapasiti tangkit minyak 13.2 liter.
  • Sistem suspensi fork teleskopik dengan travel 110mm dan dwi-absorber dengan travel 95mm.
  • Brek cakera tunggal hidraulik 267mm (depan) dan 245mm (belakang) yang dilengkapi Sistem Brek Anti-Kuni (ABS).
  • Saiz tayar 120/70-50 (depan), dan 140/70-14 (belakang)
  • DNA siri Max dapat dikesan pada bentuk-X di belakang yang menyala apabila lampu belakang dihidupkan.
  • Mendapat fairing lebih bersegi dan fairing lebih rapi tanpa mengetepikan aspek pemanduan.
  • Sistem penghidup tanpa kunci (keyless) dan Sistem Kawalan Traksi (TCS) dikekalkan.
  • Visor angin boleh dilaraskan ketinggian untuk disesuaikan dengan gaya tunggangan dan fizikal penunggang.

  • Dilengkapkan dua panel meter, iaitu unit infotainmen TFT warna penuh 4.2 inci dengan konektiviti telefon pintar yang serasi navigasi Garmin, dan panel meter digital 3.2 inci di atas untuk paparan spidometer.
  • Rekaan pelana baharu dengan sulaman benang emas yang menambah baik aspek ergonomik, dan nampak lebih mewah.

  • Ruang simpanan bawah pelanan mampu memuatkan dua helmet muka penuh, dan barangan peribadi lain.
  • kedua-dua varian selain sistem penghidup tanpa kuni (keyless) dan kawalan traksi dikekalkan.
  • Bagi rupa lebih premium, bahagian badan plastik diberikan kemasan khas semi-metalik berkilat dan warna eksklusif.

BACA >>> HLYM Perkenalkan Dua Warna Baharu Yamaha XMAX, Harga Naik Jadi RM22.3k!
BACA >>> Jepun Lancar Yamaha XMAX (2022) Facelift dengan 4 Warna Baharu, Harga RM21.8k

Auto Terkini maxi scooter roda2 skuter skuter maksi Yamaha Yamaha EU Yamaha Motor Europe Yamaha XMAX (2023) Yamaha XMAX 300 Tech Max (2023)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

15/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: GWM Haval H7 Hi4 PHEV Kini Debut di Malaysia, Kembar Haval Raptor di China

15/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Hyundai Stargazer Rasmi Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Mula RM99k!

15/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.