Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha X-Max 250 vs Modenas Elegan 250, Siapa Lagi ‘Power’?
Roda2

Yamaha X-Max 250 vs Modenas Elegan 250, Siapa Lagi ‘Power’?

ZYBy ZY08/05/201813 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEJAK pelancaran skuter baharu Yamaha X-Max 250 pada 9 Mac Januari lalu, timbul persoalan di kalangan peminat dan pemerhati industri motosikal tanah air.

Apakah rasional skuter itu dibawa masuk sedangkan tidak pernah diminta peminat (khabarnya)? Sebaliknya apa yang diminta, sampai ke sudah tidak menjelma. Sudahlah harga  RM22,498 yang boleh tahan keras juga hingga masing-masing tertanya, apakah kelebihan X-Max 250 berbanding skuter 250cc lain? Misalnya Modenas Elegan 250 yang sedia ada di pasaran dengan separuh harga X-Max 250.

Berikut perbandingan spesifikasi antara kedua-dua skuter tersebut (X-Max 250 vs Elegan 250) supaya kita semua dapat membuat penilaian:


KUASA

MODENAS ELEGAN 250
YAMAHA X-MAX 250

YAMAHA X-MAX 250

  • ENJIN: Silinder tunggal penyejukan cecair 249cc, 4-lejang, SOHC, EFi Blue Core
  • TRANSMISI: Automatik V-Belt
  • KUASA: 20hp @ 7,500rpm | TORK: 21Nm @ 6,000rpm

MODENAS ELEGAN 250

  • ENJIN: Silinder tunggal sejukan cecair 249cc, 4-lejang, SOHC 2 Injap, EFi
  • TRANSMISI: Automatik CVT
  • KUASA: 22.1hp @ 7,000 rpm | TORK: 22.4 Nm @ 6,500rpm

Atas kertas, prestasi kedua-dua skuter 250cc itu nampaknya tidak banyak berbeza. Daripada reviu tunggang uji kami dan rakan media lain, Elegan 250 terbukti mempunyai hantaran kuasa memuaskan. Walaupun tampak besar dan berat, skuter itu masih cukup bertenaga pada rev rendah, lantas memudahkan tunggangan dalam keadaan trafik bandar yang sesak.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Teknologi ‘Yamaha Blue Core’?

Namun, enjin Elegan 250 sedikit ‘kurang canggih’ kerana dilengkapi dua injap sahaja. Sebaliknya, X-Max 250 didatangkan dengan teknologi enjin Blue-Core 4 injap. Maknanya, enjin X-Max 250 direka untuk menghasilkan tenaga tinggi selain memberikan penjimatan bahan api melalui operasi enjin yang lebih cekap. Seberapa jimat? Kena tunggu tunggang uji dulu.


PENGENDALIAN

YAMAHA X-MAX 250

  • SUSPENSI: Fork teleskopik 110m travel (depan); Absorber kembar travel 84mm (belakang)
  • BREK: Cakera tunggal 267mm (depan); Cakera tunggal 240mm (belakang); ABS.
  • SAIZ RODA: 120/70 R15 (depan); 140/70 R14 (belakang)

MODENAS ELEGAN 250

  • SUSPENSI: Fork teleskopik (depan); Absorber kembar (belakang)
  • BREK: Cakera tunggal 260mm (depan); Cakera tunggal 240mm (belakang)
  • SAIZ RODA: 120/80 R14 (depan); 150/70 R13 (belakang)

Kedua-dua skuter dipasang brek cakera tunggal di depan dan belakang. X-Max 250 dilengkapi cakera berdiameter sedikit besar. Perbezaan paling ketara, sistem ABS yang mana teknologi itu tiada pada Elegan 250, tetapi ada pada X-Max 250. Sistem ABS skuter Yamaha itu merangkumi roda depan dan belakang. Jika di Indonesia, X-Max didatangkan dengan Sistem Kawalan Traksi.

Diameter roda depan dan belakang X-Max 250 juga seinci lebih besar berbanding Elegan 250. Apapun, bukan mudah untuk mengatakan tahap pengendalian X-Max akan jadi lebih bagus. Tetapi, saiz roda sebegitu kerap dibekalkan kepada skuter berprestasi. Jadi, aspek pengendalian X-Max 250 diramalkan lebih stabil pada kelajuan tinggi berbanding Elegan 250.


KEMASAN

YAMAHA X-MAX 250

  • DIMENSI: 2,160mm (panjang) x 790mm (lebar) x 1,385mm (tinggi)
  • JARAK RODA: 1,540mm
  • KAPASITI TANGKI: 13.2 liter
  • BERAT: 182kg

MODENAS ELEGAN 250

  • DIMENSI: 2,235mm (panjang) x 810mm (lebar) x 1,375 mm (tinggi)
  • JARAK RODA: 1,540mm
  • KAPASITI TANGKI: 12.5 liter
  • BERAT: 193kg (kering)

Asasnya, Elegan 250 dan X-Max 250 memiliki beberapa ciri utama skuter maksi masa kini seperti ruang simpanan besar (boleh muat 2 helmet fullface) dan ruang simpanan depan dengan soket USB. Malah, jarak roda cukup panjang, saiz pelana lebar dan kapasiti tangki besar. Ini bermakna kedua-dua skuter itu stabil, dan selesa ditunggang untuk perjalanan jauh.

BACA >>> #TunggangUji: Yamaha NVX 155 – Skuter Lincah, Mantap dengan CVT yang Menyeronokkan

Bezanya, ciri tambahan X-Max 250 mungkin mewajarkan harga tinggi yang ditawarkan skuter tersebut.

Antaranya, deflektor angin dan kedudukan hendal boleh laras yang dapat disesuaikan mengikut fizikal penunggang. Selain lampu LED depan, yang pastinya lebih terang berbanding lampu mentol biasa pada Elegan 250, X-Max 250 turut dilengkapi sistem kunci pintar (smart key) untuk keselamatan, ciri sama yang ada pada Yamaha NVX 155.

Aspek rekabentuk agak subjektif kerana bergantung cita rasa anda. Elegan 250 mengekalkan visual skuter maksi tradisional Taiwan, manakala X-Max 250 pula tampil lebih futuristik sebagai skuter gaya Eropah walaupun sedikit janggal bagi majoriti penunggang tempatan.


KESIMPULAN

Mudah untuk mengetepikan X-Max 250 jika dilihat pada harga semata-mata. Berdasarkan pemerhatian kami terhadap maklum balas pembaca, ramai peminat motosikal menganggap harga sekitar RM25,000 ke bawah itu dalam kategori mahal. Lebih-lebih lagi apabila dibandingkan dengan Elegan 250.

Bagaimanapun, selepas meneliti ciri yang bakal ditawarkan X-Max 250, kami percaya skuter Yamaha ini masih dapat menarik perhatian (dan nafsu) peminat skuter maksi yang mahukan jentera tunggangan urban dalam rekabentuk serba segar berserta ciri canggih. Apakah berbaloi menunggu? Anda tentukan!

Blue Core Modenas Modenas Elegan 250 motosikal skuter skuter maksi spesifikasi modenas elegan 250 spesifikasi yamaha xmax Yamaha yamaha x-max 250
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Triumph Daytona 660 2026
Roda2

Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

19/03/2026
QJMotor AX200s recall
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

17/03/2026
Mforce lancar semula minyak pelincir Mforce Oil
Aksesori

Mforce Lancar Semula Minyak Pelincir Motosikal Sintetik Penuh!

16/03/2026
WMoto NX150S 2026
Roda2

Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

16/03/2026

13 Comments

  1. Autobahn on 30/03/2018 15:42

    Hi nak tanya, since elegan 250 n xmax 250 beza harga dekat rm10k, boleh tak buat perbandingan dengan nmax 150 yg harga beza 2-3k tu

    Reply
  2. nizam on 22/06/2018 14:43

    berapa top speed elegan250 & xmax ni ye?tgh berkira2 nk beli ni

    Reply
  3. ijam on 19/12/2018 11:34

    nampak nya Elegan 250 macam berbaloi untuk dibeli utk kegunaan harian. Beza 10k cuma utk ABS dan sikit kosmetik,. Pro and con macam sama, power lebih kurang sama… Lepas guna 5 tahun resale value sama je dua2 jatuh teruk.

    Reply
  4. Misterram on 26/02/2019 20:07

    No brainer bayar lebih 10k utk Yamaha sebab mereka minta bantuan dari gergasi scooter Taiwan utk reka scooter merekasama juga dfn Kawasaki sebab Sym dan Kymco adalah pakar mengenai scooter.
    Scooter bkn reka utk laju. Cuma jalanan dlm bandar je . Tak lojik believe 10k lebih Mahal dan 2 kk kurang. Laju mungkin Sama….

    Reply
  5. Zainudinismail on 05/01/2020 14:57

    saya tengah berkira nak ambil elegance 250,reka bentuk yang menarik serta harga yang mampu milik

    Reply
    • Shah on 12/01/2020 07:54

      Saya beli elegan pun dah cukup. Beza 10k..tak sanggup saya.

      Reply
  6. Khairilbob on 11/01/2020 15:47

    Kalau tengok perbedaannya tak bnyak juga lebih kurang aje… Yamaha ada kelebihan sebab jenama nya sudah top… Tidak kurang hebat juga modenas keluaran tempatan yg berdaya saing dengan jenama yang lain dan harga yang jauh lebih murah.. Dengan ekonomi begini elegance 250 menjadi pilihan.

    Reply
  7. Shah on 12/01/2020 07:55

    Saya juga bercadang Beli elegan jelah…murah sikit

    Reply
  8. zaz on 13/02/2020 11:47

    beli ikut kemampuan tuan-tuan….citarsa berbeza….

    Reply
  9. xmax 46 on 07/06/2020 02:21

    xmax terlalu padu. bukan kategori skuter biasa seperti Modenas. Xmax adalah skuter Elite dan Mewah dan bukan tandinagn SYM dan ME

    Reply
  10. pojie on 03/07/2020 11:11

    like modenas…..sokong produk malaysia….hasilnya hampir sama dengan yamaha

    Reply
  11. Kamarudin on 05/11/2020 01:46

    Design dan spec yamaha xmax memang lebih unggul. Pun begitu, setidaknya ME masukkan rim 14 utk tayar blkg. yamaha ego, honda beatpun guna tayar rim 14

    Reply
  12. Kamarudin on 05/11/2020 01:48

    Design dan spec yamaha xmax memang lebih unggul. Pun begitu, setidaknya ME masukkan rim 14 utk tayar blkg. yamaha ego, honda beatpun guna tayar rim 14. jadi ME agak keterblakanbg disegi spek tayar blkgnya yg agak ciput saiznya.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

By Han Othman13/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.