Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha Ténéré 700 World Raid 2026 Diperkenal dengan Kemas Kini Menyeluruh
Roda2

Yamaha Ténéré 700 World Raid 2026 Diperkenal dengan Kemas Kini Menyeluruh

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam23/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Yamaha Tenere 700 World Raid 2026 diperkenal

YAMAHA Ténéré 700 World Raid 2026 diperkenal dengan kemas kini besar 2026 yang menampilkan peningkatan ketara dari segi keselesaan, kawalan, dan kebolehan atas jalan biasa dan laluan off-road.

Walaupun tampil dengan rekabentuk hampir sama seperti model terdahulu, hampir setiap sistem utama dipertingkat untuk menjadikan motosikal dual-sport itu setanding generasi terbaharu jentera advencer.

Enjin CP2 Dipertingkat, Kini Patuhi Euro5+

Yamaha Tenere 700 World Raid 2026 diperkenal

Model baharu itu masih dikuasakan enjin 4-lejang dwi-paralel (CP2) 689cc yang dikemas kini untuk mematuhi piawaian Euro5+. Yamaha mendakwa ambilan udara direka semula bagi membantu meningkatkan tork pada rev rendah, yang memudahkan pengendalian di laluan teknikal atau bandar sesak.

Sistem terotel elektronik ride-by-wire Yamaha Chip Controlled Throttle (YCC-T), menggantikan kabel konvensional dengan dua mod kuasa disediakan:

  • Sport: Respons lebih pantas untuk tunggangan agresif
  • Explorer: Hantaran kuasa lebih lancar untuk permukaan jalan licin atau basah

Kawalan Elektronik Lebih Pintar

Yamaha Tenere 700 World Raid 2026 diperkenal
Yamaha Tenere 700 World Raid 2026 diperkenal

Dilengkapi unit unjuran inersia (IMU) 6-paksi, sistem itu mengawal kawalan traksi, kawalan gelincir, dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sensitif miring. Penunggang boleh memilih mod Street, Off-Road atau Off, bergantung tahap bantuan elektronik yang dimahukan. Sistem ABS juga boleh ditutup sepenuhnya atau hanya roda belakang untuk tunggangan off-road.

Sistem brek menggunakan brek cakera Brembo 282mm dengan hos keluli tahan karat untuk cengkaman membrek lebih konsisten, manakala kotak gear diperhalusi untuk anjakan gear lebih lancar. Posisi klac turut diubah untuk ergonomik lebih baik, dan ciri quickshifter kini ditawarkan sebagai opsyen tambahan.

Kapasiti Tangki 23 Liter, Rekabentuk Ergonomik

Yamaha Tenere 700 World Raid 2026 diperkenal
Yamaha Tenere 700 World Raid 2026 diperkenal

Dua tangki bahan api aluminium baharu kini terletak lebih rendah dan dekat dengan pusat graviti (CoG), untuk kapasiti 23 liter yang mencukupi jarak perjalanan sekitar 480km. Walaupun lebih besar, tangki kali ini lebih ringan dan membantu keseimbangan jentera.

Pelana gaya rali dan rekaan tangki lebih tirus menjadikan pergerakan penunggang lebih mudah sama ada dalam posisi duduk atau berdiri atas peg kaki.

Suspensi KYB Baharu, Damper Boleh Laras

Yamaha Tenere 700 World Raid 2026 diperkenal

Sistem suspensi depan kini menggunakan fork terbalik (USD) KYB 46mm dengan jarak travel 230mm, manakala di belakang dipasang monoshock KYB Monocross dengan jarak travel 220mm.

Yamaha Tenere 700 World Raid 2026 diperkenal

Tambahan baharu lain ialah stabiliser stereng 16-tetapan boleh laras mengikut kondisi jalan atau laluan berbatu.

Teknologi, Keselesaan Dipertingkat

Yamaha Ténéré 700 World Raid 2026 kini hadir dengan ciri kawalan jelajah, pengehad halaju, dan paparan panel meter TFT warna penuh 6.3 inci dalam tiga tema: Street, Explorer, dan Raid. Paparan itu kini boleh disambung ke aplikasi Yamaha MyRide untuk notifikasi telefon, muzik dan navigasi.

Port USB Type-C turut disediakan memudahkan penunggang mengecas peranti pintar. Antara penambahbaikan lain ialah:

Yamaha Tenere 700 World Raid 2026 diperkenal
Yamaha Tenere 700 World Raid 2026 diperkenal
  • Lampu utama LED direka baharu
  • Visor angin dan pelindung sisi boleh tanggal
  • Peg kaki lebih besar dengan pelapik getah boleh tanggal
  • Suis tongkat sisi diposisi semula

Warna, Ketersediaan

Yamaha Tenere 700 World Raid 2026 diperkenal
Yamaha Tenere 700 World Raid 2026 diperkenal

Yamaha Ténéré 700 World Raid 2026 ditawarkan dalam dua warna pilihan: Redline White (putih), dan Midnight Black (hitam).

Harga dan tarikh ketibaan ke pasaran berbeza mengikut rantau, tetapi Yamaha menjangka model tersebut bakal mula tiba di pengedar Eropah pada 2026.

SUMBER: VisorDown | Yamah-Motor.eu

Dual purpose bike roda2 Yamaha Yamaha 700 World Raid Yamaha Tenere 700 Yamaha Ténéré 700 World Raid 2026
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
    Trak dan Lori

    Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.