Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha Tak Minat Bikin Enjin 3-Silinder untuk R25
Auto Terkini

Yamaha Tak Minat Bikin Enjin 3-Silinder untuk R25

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/01/20202 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KHABAR angin tentang Yamaha YZF-R25 versi 3-silinder dengan enjin aci engkol satah lintang (crossplane crankshaft) pernah dikecohkan sekitar 2017.

Walaupun sudah lebh dua tahun berlalu dan dunia pun sudah memasuki era 2020, tetapi kesahihan berita tersebut masih samar. Terbaharu, blog permotoran Kojinteki membuka semula isu tersebut dengan memberikan pendapat mengenai kebarangkalian kewujudan model tersebut.

BACA >>> Perbandingan Ringkas: Spesifikasi Kawasaki Z250 (2019) vs Yamaha R25 (2019)

Berdasarkan kajian dilakukan Kojinteki, ada tiga fokus utama untuk Yamaha mengembangkan enjin 250cc 3-silinder walaupun belum ada sebarang maklumat spesifik yang didedahkan pengeluar itu.

Logiknya, jika Kawasaki mampu menghasilkan enjin 4-silinder untuk jentera suku liter, Yamaha pun sepatutnya tiada masalah untuk membangunkan enjin 3-silinder untuk trenkuasa sama secara serius.

Namun menurut sumber Yamaha Japan, buat masa ini memang tidak kedengaran desas-desus mengenai enjin 250cc 3-silinder. Jika dibangunkan sekalipun, kemungkinan besar enjin itu dibikin untuk jentera pelbagai guna dan bukan sportbike.

BACA >>> Kenapa Ekzos Kawasaki Ninja ZX-25R Boleh Menjerit Lain Macam?

Masih tidak berpuas hati, Kojinteki sekali lagi bertanyakan isu tersebut di Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, Oktober lalu dan jawapan Yamaha kekal sama:

Kami tidak boleh jawab kerana belum pernah dengar. Kalau mesin 3-silinder 250cc ada, ia akan jadi pembangunan piston yang rumit. Boleh jadi melibatkan kos yang sangat besar.”

Tidaklah mengejutkan jika jawapan diberikan itu kurang menggembirakan. Dengan situasi pasaran Yamaha yang tersekat pada segmen sportbike kelas 250cc dan kemerosotan jualan pasaran segmen tersebut secara global, sudah tentu secara realisitik mana-mana pengeluar tidak mahu bersembang tentang apa-apa projek baharu.

Strategi pemasaran juga terpaksa lebih dinamik. Yamaha kini mengambil langkah realistik dengan menumpukan kepada pasaran skuter maksi yang lebih menguntungkan dan mendapat permintaan tinggi.

Jadi buat masa sekarang, jawapannya berhentilah berharap. Mungkin kalau adapun, impian itu akan muncul dalam 4-5 tahun akan datang, bergantung pasaran semasa. Bagaimanakah pula dengan wakil pengedar Yamaha di Malaysia? Apa agaknya strategi pemasaran mereka selain memperkenalkan warna baharu dan model edisi terhad dengan harga melantun-lantun? Hmmmm…. 😴

BACA >>> Young Machine: Yamaha R25 (2019) Lebih Laju Berbanding Versi Lama, CBR Terpantas

Aci Engkol Satah Lintang Auto Terkini Crossplane Crankshaft Kojinteki r25 roda2 sportbike Yamaha Yamaha YZ250F 2019 Yamaha YZF-R25
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026

    2 Comments

    1. Az on 08/01/2020 02:50

      Kawa dengan KH/SS250-750 dan akhir sekali KR250
      Suzuki dengan GT380.550.The Keetle 750
      semuanya hero 70 dan 80
      Memang Yamaha tah penah kluar model 3 silinder

      Reply
    2. Jan on 14/01/2020 00:21

      kos penghasilan mungkin lebih kurang sama macam 250cc 4 silinder, tapi performance yang belum tentu sama. Idea yang sangat menarik, tapi kurang menguntungkan dari sudut bisnes.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.