• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Sumbang 4 Unit Motosikal Kepada UniMAP

Yamaha Sumbang 4 Unit Motosikal Kepada UniMAP

March 9, 2018 By Abang GYL 1 Comment

FacebookTwitter

Yamaha Sumbang 4 Motosikal Kepada UniMAPDALAM usaha meingkatkan lagi kesedaran keselamatan kepada pengguna jalan raya, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) menjalinkan kerjasama bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan menyumbang empat unit motosikal bagi tujuan berkenaan.

Dengan sumbangan dan kerjasama itu, UniMAP menerusi Unit Penyelidikan Teknologi Motorsport (MoTECH) akan bersama-sama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal memperkenalkan siri kursus pemanduan dan cara-cara menunggang motosikal dengan selamat.

Lebih menarik, kursus itu bukan saja terhad kepada mahasiswa di UniMAP malahan ia turut terbuka kepada orang ramai. UniMAP juga akan menggunakan Litar Go-Kart sebagai pusat latihan.

Bukan itu saja, UniMAP turut mengajak anak-anak muda supaya menggunakan kawasan litar sebagai tempat mengasah bakat dan bukannya berlumba di atas jalan raya yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

BACA >>> 5 Tip Bawa Pembonceng dengan Selamat dan Selesa

Yamaha Sumbang 4 Motosikal Kepada UniMAPPengarah Urusan HLYM, Datuk Jim Khor berkata, kerjasama ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutamanya melibatkan penunggang motosikal.

Tambah Jim Khor, empat model Yamaha yang disumbangkan kepada UniMAP terdiri daripada model Lagenda 115, Nouvo LC, 135 LC dan FZ150i.

Majlis penyerahan motosikal disempurnakan oleh Jim Khor kepada Timbalan Naib Canselor UniMAP, Profesor TS Dr. Uda Hashim sambil disaksikan oleh Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ, Profesor Ir. Datuk Mohamad Dalib.

BACA >>> 8 Tip Penting Buat Pembonceng Motosikal

GALERI

Yamaha Sumbang 4 Motosikal Kepada UniMAP_PanduLaju (3)
Yamaha Sumbang 4 Motosikal Kepada UniMAP_PanduLaju (4)
Yamaha Sumbang 4 Motosikal Kepada UniMAP
Yamaha Sumbang 4 Motosikal Kepada UniMAP_PanduLaju (5)
Yamaha Sumbang 4 Motosikal Kepada UniMAP

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 135 LC, fz150i, Lagenda 115, MoTECH, Nouvo LC, UniMAP, Yamaha, Yamaha Sumbang 4 Motosikal Kepada UniMAP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
    Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
  • RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
    RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my