Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha RX King SE (2003) Versi NOS Ini Dijual Rp150 juta (RM43K)!
Roda2

Yamaha RX King SE (2003) Versi NOS Ini Dijual Rp150 juta (RM43K)!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/03/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA ada wang berpuluh-puluh ribu ringgit, sanggupkah anda habiskan dengan membeli motosikal yang sudah dihentikan pengeluaran kira-kira sedekad lalu?

Di Indonesia, tular kisah seorang penjual motosikal yang menjual model RX King Edisi Terhad (2003) pada harga Rp150 juta (RM43,900)! Kenapa mahal sangat?

Sebenarnya, apa yang membuatkan model 2-lejang itu mencecah harga sebegitu tinggi adalah kerana status ‘New Old Stock (NOS)’ , iaitu model lama dalam kondisi baharu dengan meter perbatuan rendah. Paling penting, motosikal tersebut bukan produk restorasi atau bikin semula supaya nampak baharu.

BACA >>> #Videotomotif: Mari Kita Dengar Bunyi Ekzos Yamaha RX-Z TwinBoss

Penjual motosikal, Ahmad Arif menerusi akaun Instagram Arif King Priok berkongsi kisah RX King SE (2003) yang dijual kepada pembeli dari Sumatera, Sabar Napitupulu.

“Alhamdulillah RX King SE asli NOS bukan restorasi sold out Rp150,000,000. RX King bukan kaleng-kaleng. RX King ada tempat yang baik buat penghobi dari semua kalangan,” katanya.

Ahmad memang sudah lama menjalankan perniagaan jual beli siri Yamaha RX di Jakarta Utara. RX King SE (2003) itu diperolehnya dari Tangerang selepas mendapat maklumat mengenai model itu daripada rakan sehobi. Menurutnya, model tersebut masih dalam balutan plastik dengan kesan debu kerana tidak ditutup sepenuhnya.

“Kondisi RX-King NOS ini memang istimewa, odometer hanya 5km! Jarak sebegitu biasanya untuk proses pindah motor saja,” katanya.

Iklan jualan motosikal hitam dengan dekal emas itu dimuat naik di media sosial selama beberapa hari sebelum dia dihubungi Sabar yang berminat membeli streetbike itu untuk diimpan dalam bilik pameran.

BACA >>> Yamaha RZ350 (1984) Edisi Kenny Roberts Ini Akhirnya Dilelong RM30k!

Apa yang membuatkan RX King SE (2003) istimewa adalah status motosikal itu sebagai model ulang tahun RX King 20th Anniversary yang didatangkan dengan peg kaki krom. Cuma 5,000 unit RX King SE seluruh Indonesia.

Yamaha Indonesia mula menawarkan RX King pada 1983 sebelum ditamatkan pengeluaran pada 2008. Model tersebut dihasilkan sebagai pengganti produk CBU, Yamaha RX-K.

RX King SE (2003) dipacu enjin 132cc berkuasa 18.3hp, sama seperti model standard, cuma berbeza seragam dan warna. Di pasaran Indonesia, streetbike itu dijual pada harga sekitar Rp15 juta (RM4,390). Kini selepas 17 tahun, siapa sangka harga model naked itu mampu melonjak 10 kali ganda.

BACA >>> #RetroAuto: Raja Kapcai Dua Dekad – Yamaha 125 yang Revolusioner!

SPESIFIKASI YAMAHA RX KING SE

  • Enjin: 2-lejang silinder tunggal
  • Gerek x Lejang: 58.0 x 50 milimeter
  • Sesaran: 132cc
  • Nisbah Mampatan: 6.9:1
  • Kotak Gear: Manual 5-kelajuan
  • Karburator: MIKUNI VM26
  • Saiz Tangki Minyak: 9.5 liter
  • Sistem Pencucuhan: CDI
  • Saiz Tayar: 2.75-18 (depan) dan 3.00-18 (belakang)
  • Sistem Brek: Brek cakera dwi-piston (depan), dram (belakang)

SUMBER: Kompas | IwanBanaran | Gridoto | Facebook

streetbike Yamaha Yamaha Indonesia Yamaha Indonesia Motor Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) Yamaha RX King SE (2003)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026

    1 Comment

    1. otosae on 04/05/2020 19:44

      legendary motorcycle in Indonesia

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.