Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha R15 di Kedai Hujung Bulan Ini, Harga Dijangka Cecah RM14k! (Haa.. Tepokkk…)
Roda2

Yamaha R15 di Kedai Hujung Bulan Ini, Harga Dijangka Cecah RM14k! (Haa.. Tepokkk…)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/08/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAMI banyak terima aduan pembaca. Kata mereka, pergi kedai motor nak beli motor, motor tak ada. Kahkahkah!

Sila bawa bertenang, Yamaha YZF-R15 dijangka tiba di kedai motor hujung bulan ini (baca nada Pak Jabit, Man Laksa). Kalau anda boleh menunggu lama Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) bawa masuk R15, apalah salahnya menunggu dua minggu lagi untuk melihat model tersebut ada di kedai motor.

Disebabkan terlalu ramai mengirimkan mesej kegeraman bertanyakan motor yang tidak kunjung tiba, kami gesit singgah ke beberapa kedai motosikal untuk buat sedikit tinjauan. Apapun tinjauan di beberapa kedai itu, termasuk maklumat terkini yang kami peroleh ialah tidak mewakili pengedar Yamaha secara keseluruhannya.

BACA >>> Sportbike Bakal Fenomena? Yamaha YZF-R15 Lancar di Malaysia, Harga RM11,988

BERAPA UNIT WAKIL PENJUAL DAPAT?


Menurut tauke kedai yang kami jumpa, R15 dijadualkan tiba hujung bulan ini ataupun awal bulan depan. Ketika disoal siasat berapakah unit yang akan diterima, jawapannya;

“Warna pun kami tak tau, inikah pula berapa unit stok yang kami dapat. Kami memang tak terima booking,” kata tauke kedai yang enggan dikenali.

Menurut tauke kedai lagi, sebaik saja R15 sampai, harga jualan mungkin sekitar RM13,000 – RM14,000.

Jadi, sendiri fahamlah dan bersedialah pecahkan tabung yang ada. Namun, ada juga pusat jualan yang sedia terima tempahan, mungkin yakin dengan stok yang akan diterima.

HLYM SENGAJA HADKAN UNIT?

Jika diperhatikan sejak dulu lagi, HLYM lebih selesa mengambil pendekatan cara selamat atau ‘play safe‘ dengan menyediakan stok terhad bagi produk baharu kerana memberi kelebihan kepada tauke motosikal bermain harga disebabkan permintaan tinggi.

BACA >>> Perbandingan Sportbike RM12K: Yamaha R15 atau Modenas Pulsar RS200?

Walhal HLYM memang sedia maklum produk Yamaha sentiasa dapat perhatian peminat motosikal di Malaysia. Tetapi masih juga tidak berani ambil risiko. Lihat saja berapa lama, HLYM buat keputusan membawa masuk R15, termasuk stok yang terhad untuk model NVX 155 ketika dilancarkan.

Jadi, model lain yang dipamerkan di ibu pejabat HLYM, Sungai Buloh bolehlah dianggap sekadar pameran sahaja. Paling laju pun diperkenalkan di Malaysia ialah sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun nanti.

Nasihat kami, jika anda bukan spesies sabar, carilah alternatif jenama lain yang sentiasa ada stok di pasaran. Sebaliknya jika anda memang fanatik Yamaha, teruskan bersabar kerana sabar itu separuh daripada iman. Iman pula adalah mutiara.

HLYM Hong Leong Yamaha Motor R15 Yamaha R15 Yamaha YZF-R15 Yamaha YZF-R15 v3.0
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Suzuki GSX-8T, GSX-8TT Menang Red Dot Award 2026

    14/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    14/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    11/05/2026
    Roda2

    Aveta Rasmi Bawa Peugeot Motocycles Ke Malaysia – Sasar Segmen Premium Urban

    07/05/2026

    1 Comment

    1. Malek on 18/08/2018 19:27

      R15 mcm syok pakai.. Lagi2 kalau enjin feel padat tiada knocking sound.. Yamaha reka enjin motor ada test betul2 ke? Lagenda 115z injection enjin ada bising atau knocking sound area head.. X silap ego solariz dll pun… Penggunaan rocker arm baru yg ada bearing ke puncanya? Cuba test bawa 115z fi..kalau lc dgn fz ok je kemungkinan reka bentuk rocker arm bearing yg double… 4 valve

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.