Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha NVX 155 Bakal Dilancarkan Bulan Depan? Harga Anggaran RM9,000?
Roda2

Yamaha NVX 155 Bakal Dilancarkan Bulan Depan? Harga Anggaran RM9,000?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/02/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

yamaha nvx 155PADA Oktober tahun lalu, kehadiran Yamaha NVX 155 menggemparkan pasaran tempatan apabila membuat kemunculan pada acara MotoGP. Ternyata kemunculan sulung skuter berkenaan di peringkat Asean membuatkan peminat motosikal tempatan penasaran.

Indonesia juga sudah mengumumkan harga model tersebut pada awal Januari lalu dan tempahan boleh dibuat secara online.

Kini tibalah masa Malaysia bakal menerima kehadirannya. Bagi yang ternanti-nanti skuter ini, anda tidak lagi perlu menunggu lama. Kami jangkakan Yamaha NVX 155 dilancarkan dalam masa terdekat. Mungkin juga bulan hadapan.

yamaha nvx 155SKUTER PANAS

Kenapa kami yakin model ini akan dilancarkan dalam masa terdekat? Ini kerana kami sudah pun menerima brosur Yamaha NVX 155 yang menandakan kelibat skuter panas itu semakin hampir.

Jika Indonesia menggunakan slogan ‘One Stage Ahead’ (Selangkah Ke Hadapan), Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) pula mengambil ‘Your NVX Your Style’ (NVX Anda Gaya Anda) untuk pasaran tempatan.

BACA >>> Yamaha NVX 155 Buat Kejutan Di MotoGP Sepang – Bakal Masuk Malaysia Awal 2017

yamaha nvx 155
yamaha nvx 155
yamaha nvx 155
yamaha nvx 155

Malah, muka depan brosur tertulis NVX Supersports Scooter dan apa yang lebih menarik, versi pasaran tempatan ini dilengkapi teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Bagaimanapun, kami tidak dapat mengeluarkan brosur dalam tangan ini. Bimbang kalau pihak HLYM tarik muka pula nanti seperti mana kami pernah mendedahkan lebih awal nama Ego Solariz sebelum dilancarkan.

yamaha nvx 155HARGA

Di Indonesia, Yamaha NVX 155 didatangkan dengan tiga varian, iaitu standard (Rp21.85 juta/ RM7,210.50), Versi R (Rp23.75 juta/RM7, 837.50) dan varian tertinggi S (Rp26.15 juta/RM8,629.50).

Persoalannya, apakah kehadiran Yamaha NVX 155 bakal menggugat pasaran NMAX? Berapa pula harga jualan NVX 155?

Buat masa ini, harga jualan NMAX ialah RM8,812 seunit. Jika HLYM meletakkan harga NVX 155 sama seperti NMAX, pasti model tersebut akan laku keras.

Spesifikasi penuh Yamaha NVX 155 untuk pasaran Malaysia akan dipaparkan malam ini. Sebelum itu, apa kata layan dulu beberapa foto yang dikirimkan pembaca kepada kami.

Sama-sama kita nantikan!

GALERI

yamaha nvx 155
yamaha nvx 155
yamaha nvx 155
yamaha nvx 155
yamaha nvx 155
yamaha nvx 155
yamaha nvx 155
yamaha nvx 155
yamaha nvx 155
yamaha nvx 155
yamaha nvx 155
yamaha nvx 155
HLYM Hong Leong Yamaha Motor Yamaha Aerox Yamaha NMAX Yamaha NVX 155
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    03/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Qabil Irfan Azlan tamat kempen Moto4 European Cup 2026 di Barcelona-Catalunya tempat ke-4
    Sukan Permotoran

    Qabil Irfan Raih 13 Mata di Barcelona, Azam Lebih Agresif di Portugal

    26/05/2026

    2 Comments

    1. Arnablompat on 02/03/2017 14:47

      Nak kena Tggu lama ke admin. Dah X sabar. Estimate March ke April nii

      Reply
      • Rezz on 11/05/2017 14:48

        Jun

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.