• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha MT-07 (2021) Lancar di Thailand, Harga RM38.4k

Yamaha MT-07 (2021) Lancar di Thailand, Harga RM38.4k

March 26, 2021 By Aryon Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAK diperkenalkan pada 2014, MT-07 pantas menjadi antara model Yamaha paling laris yang bukan saja di Jepun, tetapi juga seluruh dunia dan tidak terkecuali Malaysia.

Bagi edisi  2021 ini yang dilancarkan di Thailand sempena Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2021, beberapa penambahbaikan dilakukan seperti rupa dipertingkat lebih segar dan naik taraf teknologi moden.

MT-07 lama
MT-07 (2021)

Berikut ringkasan mengenai MT-07 (2021):

  • Ini ialah model generasi ketiga yang mengetengahkan gaya baharu karakter 'hyper naked' dengan rekabentuk diperbaharui.
  • Lampu utama kini diubah kepada unit tunggal dengan ciri LED, dan diapit lampu siang (DRL) bentuk vertikal. Bar hendal lebih tinggi dan lebar bagi menambah baik aspek ergonomik tunggangan.
  • Ventilator ambilan udara dan unit kawalan elektronik (ECU) turut dikemas kini yang menjadikan model 2021 ini lebih responsif dan diperhalusi berbanding generasi terdahulu.
  • Dijana enjin 4-lejang 4-injap 689cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) yang dipertingkat aspek prestasi dan kelancaran hantaran kuasa menerusi transmisi manual 6-kelajuan jenis klac basah multiplat.
  • Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan monoshock prabeban boleh laras di belakang.
  • Sistem brek jenis dwi-cakera 298mm di depan dan cakera tunggal 245mm di belakang yang dibekalkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pada kedua-dua roda.
  • Saiz tayar 120/70ZR17 di depan dan 180/55ZR17.
  • Memiliki tinggi pelana 805mm, jarak roda 1,400mm dan jarak lega bumi 140mm, manakala kapasiti tangki petrol 14 liter.

Model ini akan berada di bilik pameran Yamaha seluruh Thailand dalam masa terdekat pada harga 289,000 baht (RM38,470), tidak termasuk cukai. Masih tiada perkembangan debut model ini di Malaysia. Biasanya, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) tidak mengambil masa lama melancarkan model popular jenama itu untuk pasaran tempatan.

BACA >>> Yamaha MT-07 (2021) Serba Baharu Lancar, Enjin Sama dengan Naik Taraf ECU, Harga RM32k
BACA >>> Yamaha MT-15 Sudah Ada di Kedai, Harga (Cadangan) RM11,988!

yamaha-mt-07-thailand-2021-3
yamaha-mt-07-thailand-2021-5
yamaha-mt-07-thailand-2021-4
MT-07 (2021)
MT-07 (2021)
yamaha-mt-07-thailand-2021-6
yamaha-mt-07-thailand-2021-7
yamaha-mt-07-thailand-2021-8
yamaha-mt-07-thailand-2021-9
yamaha-mt-07-thailand-2021-2
yamaha-mt-07-thailand-2021-10
yamaha-mt-07-thailand-2021-11
yamaha-mt-07-thailand-2021-12
yamaha-mt-07-thailand-2021-13
yamaha-mt-07-thailand-2021-14
yamaha-mt-07-thailand-2021-15

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: naked bike, Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2021, roda2, sportbike, Yamaha, Yamaha Motor Thailand, Yamaha MT-07 (2021)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev